NEW
Font size
Worksheetssistem pengangkutan bab 1
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Antara pernyataan berikut yang manakah BENAR
Limfosit tidak mengandungi granul dalam sitoplasmanya
Limfosit mengandungi nukleus dan sitoplasma yang besar
Limfosit terbentuk di limpa
Limfosit menghasilkan antibodi
Seorang budak lelaki terpijak cebisan kaca lalu kakinya tercedera. Pendarahan pada kakinya tidak berhenti. Apakah yang akan terjadi sekiranya darahnya tidak membeku?
Tekanan darahnya meningkat
Tekanan darahnya menurun
Kadar respirasinya bertambah
Kadar denyutan jantungnya bertambah
Antara bahan berikut yang manakah tidak ditemui dalam bendalir limfa
Eritrosit
Leukosit
Limfosit
Air
Selepas kelahiran, bayi diberikan sejenis suntikan untuk menghalang jangkitan penyakit tertentu seperti Hepatitis. Apakah jenis keimunan yang diperolehi oleh bayi tersebut?
Keimunan pasif semulajadi
keimunan pasif buatan
Keimunan aktif semulajadi
keimunan aktif buatan
Antara yang berikut,yang manakah benar mengenai floem
nmengangkut bahan organik
mengangkut garam mineral
mengangkut sukrosa
memberi sokongan kepada tumbuhan
Antara organisma berikut yang manakah mempunyai JLP/I yang paling besar?
Rajah menunjukkan struktur jantung manusia. Mengapakah ventrikel kiri mempunyai dinding yang lebih tebal daripada ventrikel kanan?
untuk menahan tekanan hidrostatik yang tinggi
untuk menghasilkan tekanan osmosis darah yang tinggi
untuk mengangkut darah ke seluruh badan melalui tekanan tinggi
untuk mengisi lebih banyak darah ke dalam jantung
Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi hati dalam pembekuan darah
menghasilkan platlet
menghasilkan vitamin K
menghasilkan prothrombin
membebaskan enzim trombokinase
Rajah menunjukkan keadaan kaki seorang lelaki yang membengkak berbanding kaki seorang yang normal. Antara penyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai penyakit ini.
Penyakit ini dikenali sebagai untut
Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus
Penyakit ini menyebabkan pengumpulan bendalir tisu
Penyakit ini disebabkan oleh gigitan nyamuk
Rajah menunjukkan eksperimen di mana kulit batang tumbuhan dikotiledon dibuang.
Apakah proses yang dikaji dalam eksperimen ini?
Fotosintesis
Transpirasi
Translokasi
Gutasi
Maklumat yang diberi adalah tentang sejenis keimunan:
Antibodi dihasilkan selepas seseorang sembuh daripada penyakit.
Apakah jenis keimunan tersebut?
Keimunan aktif buatan
Keimunan aktif semula jadi
Keimunan pasif buatan
Keimunan pasif semula jadi
Antara sel berikut, yang manakah terlibat dalam barisan pertahanan kedua?
Rajah menunjukkan aliran darah yang tidak normal.
Apakah keadaan yang ditunjukkan dalam bulatan.
Trombus
Thrombosis
Embolus
Embolisme
Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan cara untuk mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular?
mengambil banyak garam
memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
menghadkan pengambilan lemak
mengambil asid lemak omega 3 dalam gizi seharian
Antara yang berikut yang manakah merujuk kepada barisan pertahanan kedua?
Demam
Bersin
Sebum
Mukus
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN persamaan antara salur xilem dengan trakeid?
menjadi sel mati apabila matang
dikuatkan oleh lignin
mempunyai pit
mempunyai saiz yang sama
Antara yang berikut, yang manakah menyokong turus air berterusan dalam salur xilem?
Tekanan akar
Daya lekitan dan daya lekatan
Tarikan transpirasi
Osmosis antara sel akar rambut dengan xilem
Yang manakah BUKAN protein plasma?
Fibrinogen
Leukosit
Albumin
Globulin
Apakah jenis keimunan yang diterima oleh seseorang melalui pemvaksinan?
Keimunan pasif semula jadi
Keimunan Aktif semula jadi
Keimunan pasif buatan
Keimunan aktif buatan
Daya yang menarik air dari bahagian bawah batang hingga ke daun untuk menggantikan air yang hilang adripada daun.
Apakah daya tersebut ?
Tekanan akar
Tarikan transpirasi
Daya lekitan
Tindakan kapilari
Apakah fungsi septum dalam jantung?
memastikan darah mengalir dengan lancar dari satu ruang jantung ke ruang yang lain.
Mengasingkan darah beroksigen dengan darah terdeoksigen
memastikan darah dibahagikan kepada dua bahagian
menguatkan struktur jantung
Seorang lelaki yang menggunakan perentak tiruan tidak digalakkan melakukan aktiviti cergas.
Pernyataan manakah yang menerangkan situasi tersebut?
Denyutan jantung diperlahankan oleh perentak tiruan
Denyutan jantung dikawal oleh perentak tiruan
Perentak tiruan menghalang pemindahan impuls elektrik
Perentak tiruan menyebabkan pengenduran atria dan ventrikel
Rajah menunjukkan embun terbentuk pada tumbuhan di waktu malam yang sejuk dan lembab.
Proses manakah di dalam daun yang membentuk embun itu?
Gutasi
Transpirasi
Sejatan
Translokasi
Penghidap AIDS biasanya akan mendapat jangkitan sekunder seperti pneumonia dan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan fungi. Apakah yang menyebabkan penghidap AIDS mudah mendapat jangkitan sekunder itu.
HIV menyerang neutrofil dan merencat fagositosis
HIV menyerang dan memusnahkan limfosit-T dan merencat fagositosis oleh makrofaj
HIV menyebabkan monosit memusnahkan lebih banyak patogen
HIV menyebabkan eosinofil meningkatkan tindak balas alergik
Seorang wanita mengalami sakit dada. Apakah penyakit yang dialami oleh individu tersebut?
Trombosis
Embolisme
Hipertensi
Angina
Dalam satu eksperimen untuk mengkaji sistem vaskular, akar pokok keembung direndam dalam larutan eosin.
Tujuannya ialah untuk
mewarnakan tisu xilem
mewarnakan tisu floem
menguatkan dinding sel xilem
meningkatkan kesegahan sel akar
Trombin, Fibrin, Protrombin dan Fibrinogen adalah empat jenis protein.
Antara urutan berikut, yang manakah BETUL dalam pelibatan protein-protein itu semasa pembekuan darah?
Trombin, fibrinogen, protrombin, fibrin
Fibrinogen, fibrin, Protrombin, trombin
Protrombin, trombin, fibrinogen,fibrin
Fibrin, trombin, Fibrinogen, protrombin
Pembukaan dan penutupan stoma dalam daun dikawal oleh
Tekanan segah
Tekanan osmosis
Tekanan dinding
Tekanan hidrostatik
Rajah menunjukkan mekanisme yang digunakan oleh antibodi untuk memusnahkan antigen. Apakah mekanisme tersebut?
Peneutralan
Lisis
Aglutinasi
Opsonisasi
Rajah menunjukkan graf sejenis keimunan.
Apakah jenis keimunan tersebut.
Keimunan aktif buatan
keimunan pasif buatan
keimunan pasif semula jadi
keimunan aktif semula jadi
Antara yang berikut, yang manakah protein plasma aktif yang bertindak sebagai enzim?
Fibrinogen
Trombokinase
Trombin
Protrombin
Rajah menunjukkan sistem peredaran darah bagi satu organisma.
Organisma yang manakah mempunyai sistem peredaran ini?
Manusia
Katak
Ikan
Belalang
Bagaimanakah keimunan pasif buatan diperolehi?
Melalui pemvaksinan
Suntikan antiserum
Setelah sembuh dari jangkitan
Melalui plasenta
Apakah yang akan berlaku kepadapengangkutan bahan dalam tumbuhan jika tiada lignin di dalam tisu.
Sukrosa dapat diangkut secara berterusan
Asid amino dapat diangkut secara berterusan
Air tidak dapat diangkut secara berterusan
Glukosa tidak dapat diangkut secara berterusan
Sel darah manakah yang menghasilkan heparin?
Basofil
Neutrofil
Limfosit
Monosit
