Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

wang dan bank

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
Wang didefinisikan sebagai
a)
Komoditi yang diterima oleh individu sebagai alat perantaraan pertukaran.
b)
Komoditi yang diterima umum sebagai alat simpanan nilai.
c)
Komoditi yang ditukarkan dengan komoditi lain mengikut kadar yang dipersetujui.
d)
Komoditi yang diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran.
2.

Berikut merupakan sifat-sifat bagi wang, KECUALI

a)

Diterima Umum

b)

Nilai yang stabil

c)

Mudah rosak

d)

Penawaran terhad

3.

Berikut merupakan fungsi-fungsi wang KECUALI

a)

alat perantaraan untuk penukaran

b)

alat Pengukur nilai dan unit akaun

c)

ukuran bayaran tertunda

d)

tahan lama

4.
Maksud Bank Pusat ialah
a)
institusi kewangan yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
b)
institusi kewangan yang mengawal perbelanjaan individu
c)
badan kerajaan yang ditubuhkan untuk mengendalikan operasi kewangan kerajaan dan mengawal kestabilan aktiviti institusi kewangan
d)
institusi kewangan yang menjalankan aktiviti perniagaan
5.

Semasa berlaku inflasi bank pusat akan

a)

mengurangkan penawaran wang

b)

meningkatkan penawaran wang

c)

mengekalkan penawaran wang

d)

meningkatkan jual beli

6.

Semasa deflasi bank pusat akan

a)

mengurangkan permintaan wang

b)

meningkatkan penawaran wang dalam pasaran

c)

menstabilkan nilai matawang asing

d)

menghadkan aktiviti jual beli

7.

Bank perdagangan ialah

a)

milikan swasta dan aktivitinya adalah berteraskan keuntungan

b)

perbankan yang mengkhususkan dalam penyediaan perkhidmatan kepada syarikat koporat

c)

menjalankan operasi penerimaan deposit simpanan dan tetap

d)

menjalankan urusan bank mengikut syariat islam

8.

Fungsi bank perdagangan ialah menerima deposit atau menyimpan deposit. berikut merupakan deposit yang disediakan oleh bank perdagangan KECUALI

a)

Deposit Tabungan

b)

Deposit Semasa

c)

Simpanan Rizab

d)

Deposit Tetap

9.

Bank Perdagangan Memberikan Pinjaman kepada pelanggan, firma, dan kerajaan. berikut merupakan pinjaman yang disediakan oleh Bank Perdagangan KECUALI

a)

pinjaman bercagar

b)

pinjaman persendirian

c)

kad kredit

d)

pinjaman sementara

10.
Kemudahan Overdraf ialah 
a)
memberi pinjaman kepada pemegang kad kredit secara  tidak langsung
b)
mendiskaunkan bil-bil pertukaran yang dimiliki oleh pelanggannya
c)
Bank membenarkan pelanggannya mengeluarkan wang melebihi  baki dalam akaun semasa
d)
mengenakan kadar faedah yang tinggi kepada pelanggan
11.

Berikut merupakan lain-lain kemudahan yang diberikan oleh bank perdagangan KECUALI

a)

menjual mata wang asing

b)

membuat pembayaran tetap

c)

memberi perkhidmatan pindahan kredit

d)

memberi diskaun niaga

12.
Maklumat yang berikut berkaitan dengan urus niaga rumah teres.

RUMAH TERES DUA TINGKAT
* Tiada bayaran pendahuluan
* Bayaran bulanan RM1 500
* Tempoh ansuran 20 tahun

Apakah ciri wang yang membolehkan urusniaga tersebut berlaku?
a)
Mudah dibawa
b)
Diterima umum
c)
Kestabilan nilai
d)
Penawaran terhad
13.
Manakah yang menerangkan ciri deposit semasa?
a)
Merupakan wang sah
b)
Menerima sijil simpanan
c)
Memperoleh kadar faedah yang tinggi
d)
Membuat pembayaran menggunakan cek
14.

Pilih matawang yang betul mengikut negara.

a)

Singapura - Rupiah

b)

Malaysia - Ringgit Malaysia

c)

Brunei - Ringgit Brunei

d)

Thailand - Dolar

15.
Cik Shafi telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 36000 daripada Syarikat Z. Beliau telah membayar RM 8000 sebagai pendahuluannya dan bakinya dibayar secara ansuran selama 5 tahun.
Mengapa syarikat Z bersetuju dengan cara ansuran?
a)
Mempunyai kehendak serentak 
b)
Mempunyai nilai yang stabil.
c)
Mempunyai ciri tahan lama.
d)
Mempunyai penawaran yang terhad.
16.
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah bersaiz kecil dan ringan supaya mudah dibawa kemana-mana sahaja.
Merupakan ciri wang apa ?
a)
Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil.
b)
Tahan lama.
c)
Mudah dibawa.
d)
Diterima Umum.
17.
Apakah yang dimaksudkan dengan penawaran terhad ?
a)
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah nilainya tidak mudah berubah dalam jangka masa pendek atau panjang.
b)
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah kuantitinya tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan nilainya ; tidak terlalu kurang hingga menjejaskan aktiviti ekonomi.
c)
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah boleh dibahagikan kepada unit-unit nilai yang lebih kecil bagi membolehkan urus niaga dapat dijalankan dengan mudah dan tepat.
d)
Benda yang hendak dijadikan wang mestilah bersaiz kecil dan ringan supaya mudah dibawa kemana-mana sahaja.
18.

En Ali membayar pendahuluan untuk rumah teres dua tingkat RM 50 000 dan ansuran bulanan sebanyak RM3500

a)

Alat perantaraan pertukaran

b)

Alat bayaran tertunda

c)

Alat ukuran nilai

d)

Alat penyimpan nilai

19.

En Hashim membeli sepasang kasut dengan harga RM 180. Apakah fungsi wang dalam situasi diatas?

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat simpanan nilai

c)

Alat bayaran tertunda

d)

Alat perantaraan pertukaran

20.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda?

a)

Mampu membuat perbandingan nilai sesuatu barang sebelum membuat pembelian

b)

Mampu menggunakan sesuatu barang sebelum bayaran dijelaskan

c)

Mampu memiliki barangan yang dijual dengan bayaran minimum

d)

Mampu menggunakan sesuatu barang untuk tempoh tertentu

21.

Mengapakah Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang pelbagai nilai?

a)

Diterima umum sebagai alat perantara pertukaran

b)

Mudah dibawa dan tidak mudah rosak

c)

Mudah dibahagikan kepada unit-unit kecil

d)

Mudah dibawa dan tidak mudah rosak

22.
Tujuan utama Bank Negara Malaysia mengenakan keperluan rizab berkanun ke atas bank-bank perdagangan adalah untuk
a)
mengawal kecairan bank-bank perdagangan
b)
mewujudkan punca-punca pendapatan bunga kepada bank-bank perdagangan
c)
mengawal bank-bank perdagangan daripada mendapatkan keuntungan yang berlebihan
d)
mewujudkan satu cara untuk mempengaruhi keupayaan bank-bank perdagangan memberi pinjaman
23.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan fungsi wang.


Apakah fungsi wang tersebut?

I Alat perantaraan pertukaran

II Alat bayaran tertunda

III Alat ukuran nilai

Iv Alat simpanan nilai

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

24.

Rajah di atas menunjukkan deposit semasa dan deposit tabungan.


Apakah yang ditunjukkan oleh kawasan berlorek?

I Menerima buku akaun sebagai bukti simpanan

II Kemudahan menggunakan cek

II Mengeluarkan wang yang melebihi baki

Iv Menerima kadar faedah yang lebih tinggi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Logo merujuk kepada sebuah institusi kewangan bank di Malaysia.

Antara yang berikut, manakah fungsi institusi kewangan tersebut?

I Mengeluarkan wang kertas.

II Mengawal rizab berkanun

III Menerima deposit daripada firma besar

Iv Memberikan khidmat nasihat terhadap pelaburan kerajaan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV