wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penunjuk Ekonomi

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah penunjuk ekonomi? ( ada 2 jawapan)

a)

Keluaran Dalam Negara Kasar

b)

Indeks Harga Pengguna

c)

Kadar pertukaran asing

d)

Imbangan pembayaran

2.

Pernyataan manakah menerangkan indeks harga pengguna?

a)

mengukur tingkat harga barang bagi suatu tahun berbanding tahun sebelumnya

b)

mengukur kuasa beli barang dan perkhidmatan pada tempoh masa yang ditetapkan

c)

mengukur harga purata barang dan perkhidmatan bagi suatu tahun berbanding tahun dasar

d)

mengukur indeks tahun semasa berbanding indeks harga tahun sebelum bagi sekumpulan barangan

3.

Pernyataan manakah yang menerangkan inflasi tarikan permintaan?

a)

Permintaan masyarakat melebihi penawaran dalam pasaran

b)

harga barang import meningkat setiap tahun

c)

tingkat harga pengeluaran semakin meningkat

d)

Permintaan kuasa beli meningkat seiring dengan penawaran pasaran

4.

Manakah menunjukkan kesan inflasi?

a)

Pendapatan benar masyarakat meningkat

b)

pengeluar akan meningkatkan guna tenaga

c)

Kos sara hidup berkurangan

d)

Permintaan barangan eksport bertambah di pasaran antarabangsa

5.

Pernyataan manakah yang benar tentang pengangguran?

a)

Apabila semua tenaga buruh digunakan sepenuhnya

b)

Apabila terdapat lebihan penawaran buruh dalam pasaran

c)

Apabila jumlah guna tenaga melebihi jumlah tenaga buruh

d)

Apabila terdapat ramai guna tenaga yang tidak mendapat pekerjaan

6.

Apakah kesan inflasi terhadap kadar faedah dinaikkan?

a)

Bekalan wang dalam pasaran bertambah

b)

Kos pinjaman berkurangan

c)

Orang ramai akan kurang membuat pinjaman

d)

Pendapat negara akan bertambah

7.

Malaysia telah mencatat guna tenaga penuh sejak tahun 2000. Kesan daripada situasi tersebut ialah

a)

penurunan kadar inflasi

b)

peningkatan pendapatan negara

c)

penurunan kadar pertumbuhan ekonomi

d)

peningkatan kadar pertumbuhan penduduk

8.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu rumus penunjuk ekonomi


X = Guna tenaga + Pengangguran


Pernyataan manakah yang menerangkan tentang X?

a)

jumlah penduduk

b)

penduduk berumur 15 tahun hingga 64 tahun yang bekerja

c)

jumlah pendapatan negara

d)

jumlah tenaga buruh

9.

Bilakah sesebuah negara boleh dikatakan mencapai guna tenaga penuh?

a)

Imbangan pembayaran yang positif

b)

Kadar pengangguran kurang daripada 4%

c)

Eksport meningkat sebanyak RM100 juta setahun

d)

Kadar pertumbuhan ekonomi negara meningkat sebanyak 3%

10.

Kadar inflasi di Malaysia telah menurun daripada 3.14% pada tahun 2014 kepada 2.10% pada tahun 2015. Perubahan ini mungkin disebabkan oleh

a)

kejatuhan eksport Malaysia

b)

akaun imbangan dagangan

c)

peningkatan kadar upah yang kecil

d)

penurunan harga barang dan perkhidmatan

11.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan jumlah penduduk di Malaysia.

Tenaga Buruh = 15 618 200 orang


Bekerja = 15 100 000 orang

Berapakah kadar pengangguran penduduk di Malaysia berdasarkan maklumat di atas?

a)

1.8%

b)

3.1%

c)

3.32%

d)

3.66%

12.

Maklumat di bawah berkaitan dengan data ekonomi di Malaysia pada tahun 2016.


Jumlah penduduk 31.7 juta orang

Tenaga buruh 22.03 juta orang

Pengangguran 1.109 juta orang


Guna tenaga di Malaysia pada tahun 2016 ialah...

a)

9.67 juta orang

b)

23.139 juta orang

c)

20.921 juta orang

d)

30.591 juta orang

13.

Antara yang berikut, manakah merupakan contoh pengangguran kitaran?

a)

syarikat taman tema air mengurangkan bilangan pekerja pada bulan Ramadan

b)

industri perhotelan mengurangkan bilangan pekerja disebabkan kemelesetan ekonomi dunia

c)

kekurangan sumber biji timah menyebabkan ramai pekerja perlombongan bijih timah menganggur

d)

industri perbankan mengurangkan bilangan kerani kaunter kerana peningkatan penggunaan mesin juruwang elektronik

14.

Pernyataan di bawah menunjukkan satu situasi yang berlaku dalam ekonomi. Situasi menggambarkan..


'Perubahan stuktur ekonomi negara daripada sektor utama kepada sektor ketiga menyebabkan ramai pekerja ladang kehilangan pekerjaan'

a)

pengangguran kitaran

b)

pengangguran geseran

c)

pengangguran bermusim

d)

pengangguran berstruktur

15.

Antara berikut, manakah kesan masalah pengangguran? ( ada 2 jawapan)

a)

Lambakan pekerja asing

b)

Peningkatan kes rompakan

c)

Ekonomi negara menurun

d)

Kadar pertukaran asing jatuh

16.

Pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) membantu kerajaan untuk

a)

menetapkan kadar inflasi

b)

menetapkan kadar pertukaran asing

c)

mengukur kadar pertumbuhan ekonomi

d)

mengukur kadar pertumbuhan penduduk

17.

Antara berikut yang manakah dapat menunjukkan taraf hidup penduduk sesebuah negara?

a)

saiz bandar

b)

saiz isi rumah

c)

pendapatan per kapita penduduk

d)

bilangan pekerja dalam sektor pertanian

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor pertumbuhan ekonomi? (ada 2 jawapan)

a)

I pertukaran asing

b)

II imbangan dagangan

c)

III kemajuan teknologi

d)

IV sumber alam semula jadi

19.

Bagaimanakah kemajuan teknologi membantu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara?

a)

meningkatkan aliran wang masuk

b)

meningkatkan kadar upah pekerja

c)

meningkatkan kecekapan pengeluaran

d)

meningkatkan harga barang dan perkhidmatan

20.

Antara berikut , makah kesan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi? ( ada 2 jawapan)

a)

memberi banyak peluang pekerjaan

b)

kemudahan insfaktuktur yang mencukupi

c)

melahirkan tenaga buruh yang kurang kemahiran

d)

pengeluaran barang yang berlebihan