Font size
WorksheetsIMP 1(Persiapan dan Kemahiran Perseorangan) KOMP A
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah pakaian dan kelengkapan yang tidak dibekalkan kepada anggota?
Topi Hutan
Baju Loreng
Seluar Loreng
Kasut SWAT
Antara berikut, manakah kelengkapan yang tidak terdapat di dalam Beg Galas?
Sepasang pakaian simpanan.
Tuala.
Beret.
Alat pencukur, sabun, berus dan ubat gigi.
Apakah kelengkapan yang tidak dibawa di tubuh badan?
Ubat Nyamuk
Peta
Disk pengenalan
Kompas yang diikat dengan tali dan disimpan dalam sarungnya
Kit melepaskan diri disimpan secara rahsia di dalam pakaian supaya senang untuk digunakan jika ditawan oleh musuh.
Betul
Salah
Apakah bahan-bahan yang tidak ada di dalam "kit melepaskan diri"?
Alat pemotong yang kecil dan tajam.
Dawai yang lembut.
Ponco.
Tali halus yang teguh.
Penyamaran merupakan aspek yang tidak perlu diambil perhatian oleh semua anggota apabila mereka berada di medan sama ada untuk tugas operasi atau latihan.
Betul
Salah
Penyamaran adalah bertujuan untuk mengelakkan sesuatu objek itu dari dikesan.
Betul
Salah
Berikut adalah jenis-jenis penyamaran KECUALI :
Penyamaran Anggota Badan
Penyamaran Pakaian dan Peralatan
Penyamaran Helmet
Penyamaran Peta
Bahagian anggota badan yang terdedah tanpa penyamaran akan mewujudkan perbezaan yang jelas di antara anggota berkenaan dengan suasana di sekelilingnya.
Betul
Salah
Penyamaran di bahagian badan yang terdedah terutama di bahagian muka serta tangan boleh dibuat menggunakan krim penyamar (camouflage cream), lumpur atau arang mengikut kesesuaian tempat dan keadaan.
Betul
Salah
Penggunaan warna samaran mestilah tidak sama dengan suasana persekitaran supaya ia berbeza di antara anggota atau objek dengan keadaan di sekelilingnya
Betul
Salah
Pakaian dan alat kelengkapan tidak perlu dibuat penyamaran kerana ia tidak penting.
Betul
Salah
Penyamaran TIDAK boleh dilakukan menggunakan ___________ ?
Daun-Daun Kayu
Cebisan Kain Celoreng
Jaring Penyamaran
Batu kecil
Langkah yang mesti diambil untuk menyamarkan helmet ialah dengan membuang sarung helmet dan span di dalam helmet.
Betul
Salah
Penyamaran bagi senjata persendirian juga perlu dibuat dengan tebal sehingga keberkesanan penggunaan senjata tersebut terganggu.
Betul
Salah
Apakah yang dimaksudkan dengan mengambil kedudukan perlindungan dan penyembunyian yang baik ?
Tidak dapat melihat musuh.
Pemerhatian yang luas.
Ruang pendengaran terhad.
Berlindung di atas pokok mati.
Panduan untuk memilih kedudukan perlindungan dan penyembunyian yang baik adalah seperti berikut KECUALI :
Melihat dari celah-celah penyembunyian
Berjalan di garisan langit yang cerah
Pemilihan penyamaran yang menyerupai keadaan sekeliling
Elakkan mengambil perlindungan di kawasan yang terasing
Apakah DUA cara yang paling baik untuk memerhati keadaan tanah ?
Bentuk Z
Pusingan ke Dalam
Pusingan Lawan Jam
Bentuk U
Melalui bunyi-bunyian yang didengari, seseorang anggota itu boleh menentukan perkara-perkara seperti berikut KECUALI:
Menentukan sama ada bunyi itu dilakukan oleh binatang, pasukan sahabat atau musuh.
Menentukan keadaan moral musuh.
Menentukan jenis senjata apabila berlaku letupan atau tembakan.
Menentukan arah dan jarak datangnya bunyi itu.
Cara-Cara Mengenal Bunyi. Bagi memperoleh pendengaran yang lebih jelas, seseorang anggota itu perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut KECUALI:
Mendiamkan diri dan condongkan badan ke hadapan sedikit, mulut separuh terbuka dan halakan satu telinga ke arah bunyi. Telinga yang diarahkan ke arah bunyi juga boleh di corong dengan tangan supaya pendengaran akan bertambah jelas.
Jika difikirkan ada orang yang sedang berjalan atau melakukan sesuatu pada tanah seperti mencangkul atau yang menyebabkan pergerakan tanah, bolehlah lekapkan sebelah telinga ke atas tanah.
Telinga jangan sekali-kali ditutup dengan memakai peralatan yang menutup telinga kerana ini akan menghalang pendengaran.
Elakkan daripada memakai cermin mata dan sentiasa memerhati sekeliling.
