wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GOLONGAN KATA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan golongan kata yang anda pelajari, kecuali

a)

Kata Nama

b)

Kata Ganti Nama

c)

Kata Kerja

d)

Peribahasa

2.

Kata nama merupakan golongan kata yang telah anda pelajari di dalam kelas. Kata nama terbahagi kepada dua jenis, iaitu

a)

Kata Nama Am

b)

Kata Adjektif

c)

Kata Nama Khas

d)

Kata Sendi Nama

3.

Pilih dua contoh Kata Nama Am yang betul

a)

Proton Saga

b)

Menara Berkembar Petronas

c)

kunci

d)

katil

4.

Berikut merupakan contoh Kata Nama Khas yang betul, kecuali

a)

Gucci

b)

selipar

c)

Si Comel

d)

SMK Seri Kenanga

5.

Pilih dua contoh Kata Nama Khas yang betul

a)

beras

b)

Myvi

c)

kelas

d)

Simpang Renggam

6.

Kata Ganti Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu

a)

Kata Adjektif

b)

Kata Ganti Nama Diri Pertama

c)

Kata Ganti Nama Diri Kedua

d)

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

7.

Pilih satu contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama

a)

saya

b)

kamu

c)

engkau

d)

mereka

8.

"______ berharap agar seluruh rakyat akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dijalankan oleh pihak kerajaan selama 14 hari mulai daripada hari ini," titah Sultan Selangor.

a)

Patik

b)

Saya

c)

Beta

d)

Kalian

9.

Berikut merupakan beberapa contoh Kata Kerja yang betul, kecuali

a)

memasak

b)

membajak

c)

menulis

d)

bulat

10.

Mak Cik Kiah sedang _______ bawang di dapur.

a)

mengetuk

b)

menumbuk

c)

memukul

d)

memalu

11.

Pengemis itu _________ oleh pekerja restoran tersebut.

a)

dihalau

b)

dibuang

c)

ditindas

d)

dihalang

12.

Pilih tiga jawapan yang salah berdasarkan Kata Kerja yang telah dipelajari

a)

ditonton

b)

lampin

c)

bujur

d)

kamu

13.

Puan Khoo melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan _________ itu.

a)

rendah

b)

tinggi

c)

sempit

d)

singkat

14.

Kata Adjektif merupakan kata yang menggambarkan sifat atau keadaan sesuatu perkara. Antara yang berikut, pilih dua contoh Kata Adjektif yang betul

a)

mereka

b)

perlahan

c)

menerkam

d)

pedas

15.

4. Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih __________.

a)

tegang

b)

teguh

c)

tegap

d)

tegar

16.

Baju Ching Ting sudah ________ kerana kerap dipakainya.

a)

uzur

b)

kelam

c)

layu

d)

lusuh

17.

Harimau hutan yang berjaya ditangkap itu sangat __________.

a)

tembam

b)

gebu

c)

ganas

d)

comel

18.

Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama. Pilih tiga contoh Kata Sendi Nama yang betul

a)

di

b)

ke

c)

jingga

d)

daripada

19.

Kapal terbang itu berlepas ________ pukul 3.00 petang.

a)

lencana

b)

pada

c)

merah

d)

tinggi

20.

Rohana berasal ________ Kuala Lumpur.

a)

daripada

b)

ke

c)

pada

d)

dari