wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kenali Karangan

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama formula penulisan perenggan pendahuluan?

a)

Segi Tiga Semulajadi

b)

Bulatan Sfera

c)

Piramid Terbalik

d)

Segi Empat Condong

2.

Berdasarkan imej tersebut, apakah C ?

a)

Ayat Arah

b)

Subjek dan Predikat

c)

Tugasan-tugasan

d)

Isu

3.

Apakah perbezaan A dan B?

a)

A ialah unsur yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan manakala B ialah perkara pokok yang ingin difokuskan.

b)

A ialah perkara kecil yang terdapat dalam soalan karangan manakala B ialah perkara besar yang tiada dalam karangan.

c)

A ialah ditulis dalam lingkungan dua ayat sahaja manakala B ditulis melebihi dua ayat.

d)

A tidak menggambarkan penceritaan karangan secara keseluruhan berbanding B.

4.

Tajuk karangan: Masalah keracunan makanan dalam kalangan murid semakin meningkat dari semasa ke semasa. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Apakah Tema yang sesuai untuk tajuk di atas.

a)

Obesiti

b)

Kebuluran

c)

Makanan

d)

Teknologi

5.

Tajuk karangan: Amalan rumah terbuka telah diadakan setiap tahun bagi setiap perayaan di Malaysia. Huraikan kepentingan amalan rumah terbuka ini dalam kalangan masyarakat di Malaysia.


Apakah Isu perbincangan ini?

a)

Perayaan di Malaysia

b)

Rumah

c)

Amalan rumah terbuka

d)

Masyarakat di Malaysia

6.

Tajuk karangan: Rakyat Malaysia ialah berbilang bangsa.

Huraikan langkah-langkah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.


Apakah unsur tugasan-tugasan dalam soalan karangan ini?

a)

kebaikan

b)

kesan

c)

inisiatif

d)

langkah

7.

Sila susun formula penulisan Ayat Arah di bawah.

a)

Subjek + predikat + SADUK + harapan

b)

Subjek + SADUK + tugasan + harapan

c)

Subjek + tugasan + SADUK+ harapan

d)

Subjek + tugasan + harapan + SADUK

8.

Perenggan Isi kebiasaannya dimulakan dengan...

a)

Ayat Isi

b)

Ayat Huraian

c)

Ayat Contoh

d)

Ayat Penegas

9.

Sila kenalpasti ayat Isi yang paling tepat di bawah.

a)

Kesan penggunaan rumah hijau adalah pemanasan global.

b)

Langkah untuk memastikan murid selamat di sekolah ialah meletakkan alat pemadam api di kawasan terbuka agar murid dapat menggunakan alat tersebut apabila kecemasan berlaku.

c)

Sebagai contoh, murid boleh mengulang kaji pelajaran Matematik dengan melakukan latihan sebanyak yang boleh.

d)

Kebaikan menuntut ilmu ialah murid dapat meluaskan pengetahuan.

10.

A- Ayat Isi

B- Ayat huraian

C- Ayat Contoh

D- Ayat Kesan

E- Ayat Penegas


Sila kenalpasti jalinan ayat A dan B yang tepat.

a)

Permainan video merupakan sebuah permainan yang dapat melatih pemainnya untuk berfikir di luar kotak. Video ialah rakaman peristiwa yang dapat diambil untuk dijadikan kenangan.

b)

Kebaikan bersukan ialah pelajar dapat menyihatkan tubuh badan. Otak ialah organ paling penting untuk mengakses idea-idea baharu.

c)

Langkah memupuk perpaduan kaum ialah pihak kerajaan mengadakan rumah terbuka. Rumah terbuka ialah acara yang diadakan apabila sekumpulan masyarakat meraikan perayaan dengan mengadakan jamuan makan yang dikunjungi oleh masyarakat berbilang kaum.

d)

Sebagai contoh, amalan memuliakan tetamu dapat meluaskan rezeki tuan rumah. Oleh itu, jelaslah bahawa melayani tetamu merupakan adab yang perlu dipraktikkan.

11.

Berikut ialah unsur negatif yang sering ditulis oleh murid dalam karangan kecuali...

a)

Murid yang tidak meluangkan masa dengan baik akan berisiko untuk terjebak dalam gejala sosial negatif seperti melepak dan pergaulan bebas.

b)

Sekiranya murid ponteng ke sekolah, murid akan ketinggalan pelajaran sekali gus prestasi peperiksaan akan merosot.

c)

Jika murid tidak menghormati guru, guru akan berkecil hati terhadap murid sehingga murid hilang keberkatan menuntut ilmu.

d)

Murid yang berdisiplin dalam penguruskan masa seperti mengadakan jadual waktu ulangkaji pelajaran mampu melakukan lebih daripada satu perkara pada hari tersebut.

12.

Berikut ialah elemen ayat penyata bonus kecuali...

a)

Kata-kata tokoh

b)

Peribahasa

c)

Fakta menarik

d)

Ayat Penegas

13.

Berapakah bilangan perenggan dalam sebuah karangan menengah bawah yang dikategorikan sebagai cemerlang?

a)

5

b)

4

c)

6

d)

9

14.

Jika karangan tersebut memerihalkan tentang Tema Pendidikan, apakah subjek yang sesuai digunakan?

a)

Polis, penjenayah, dan pesalah

b)

Doktor, jururawat, dan pesakit

c)

Peguam, defenden, dan plantif

d)

Pengetua, guru, dan pelajar

15.

Ayat penegas ditulis bagi menegaskan kembali jalan cerita sesebuah perenggan isi.


Ayat penegas sering dikaitkan dengan ayat...

a)

Contoh

b)

Huraian

c)

Isi

d)

Penyata Bonus

16.

Berikut merupakan teknik penulisan jenis perenggan pendahuluan kecuali...

a)

Teknik Definisi

b)

Teknik Imbas Kembali

c)

Teknik Kata-kata Tokoh

d)

Teknik Persoalan

17.

Berikut ialah sinonim bagi perkataan 'rakyat' kecuali...

a)

pribumi

b)

warganegara

c)

pemerintah

d)

bumiputera

18.

Berapakah markah keseluruhan bagi karangan pendek dan karangan panjang?

a)

Karangan pendek 20 markah manakala karangan panjang 60 markah.

b)

Karangan pendek 10 markah manakala karangan panjang 40 markah.

c)

Karangan pendek 20 markah manakala karangan panjang ialah 80 markah.

d)

Karangan pendek 10 markah manakala karangan panjang 30 markah.

19.

Apakah elemen yang terdapat dalam kata pemeri?

a)

adalah

b)

seperti

c)

agar

d)

iaitu

20.

Apakah kriteria penulisan cemerlang?

a)

Huraian ayat jelas, menarik dan matang

b)

Huraian idea jelas dan menarik

c)

Idea masih relevan

d)

Ayat masih gramatis