wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ P.I T5 KEGEMILANGAN & KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIYAH

Total questions: 17

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Faktor kegemilangan Kerajaan Abbasiyah ialah

a)

Kestabilan politik

b)

Dasar politik kerajaan Abbasiyah

c)

Kestabilan mazhab

d)

Perpaduan antara kaum

2.

Dasar politik kerajaan Abbasiyah ialah

a)

memberi layanan yang adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira bangsa dan keturunan

b)

menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara luar.

c)

Sungai Dajlah menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan.

d)

Baghdad menjadi tempat pertemuan sarjana dari Timur dan Barat.

3.

Faktor Kota Baghdad sebagai pusat pemerintahan yang strategik kecuali _____________

a)

kedudukannya yang berada ditengah-tengah laluan para pedagang Timur dan Barat.

b)

Sungai Dajlah telah menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan.

c)

Baghdad juga menjadi tempat pertemuan sarjana dari Timur dan Barat.

d)

Memudahkan dasar perluasan kuasa dilaksanakan

4.

Dasar perpaduan kaum yang dilaksanakan oleh Kerajaan Abbasiyah kecuali ___________

a)

orang bukan Arab tidak diberi jawatan dalam pentadbiran.

b)

memberi layanan yang adil kepada mereka.

c)

memberi layanan baik selagi mereka tidak mengkianati Kerajaan Abbasiyah.

d)

Mereka bebas melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing

5.

Para sarjana Islam menjelaskan dengan terperinci mengenai hukum-hukam yang berkaitan jual beli, sewa, gadaian, hutang, perkongsian dan sebagainya.

Ia berkaitan _____________

a)

Penghayatan konsep kerja sebagai ibadah.

b)

Penghayatan ekonomi Islam

c)

Penghayatan muamalat Islam.

d)

Penghayatan sosial Islam

6.

Kerajaan Abbasiyah merosot semasa pemerintahan ______________

a)

Khalifah al-Wathiq

b)

Khalifah al Muntasir

c)

Khalifah al Muayyad

d)

Khalifah al Mutawakkil

7.

Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah ke tangan __________pada 15 Muharam 656 Hijrah bersamaan 22 Januari 1258 Masihi.

a)

Monggul

b)

Ottoman

c)

Turki Uthmani

d)

Buwaih

8.

Kelemahan pemerintahan Kerajaan Abbasiyah pimpinan al Wathiq _____________

a)

tidak banyak melakukan pembaharuan

b)

bergantung sepenuhnya kepada pegawai-pegawai Turki dan Parsi dalam polisi pemerintahan

c)

Cuba mengembalikan polisi pemerintahan kepada bangsa Arab

d)

membiarkan bangsa Turki dan Parsi menguasai ekonomi

9.

Faktor-faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiyah

a)

Kelemahan pemerintahan khalifah ,Kegawatan ekonomi

b)

Perpecahan wilayah-wilayah , serangan luar

c)

Perebutan kuasa , Perselisihan fahaman agama

d)

Masalah sosial yang meningkat

10.

Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan seperti menteri, gabenor, dan panglima tentera banyak dipegang oleh pegawai-pegawai Parsi dan Turki. Akibatnya _____

a)

berlaku perpecahan wilayah-wilayah Kerajaan Abbasiyah

b)

berlaku pemberontakan dalaman

c)

berlaku pengasingan kuasa pemerintahan

d)

berlaku serangan luar

11.

Perpecahan wilayah-wilayah Kerajaan Abbasiyah

a)

Kerajaan al-Tahiriah

b)

Kerajaan al-Buwihiah,

c)

Kerajaan al-Saljuqiah

d)

Kerajaan Turki Uthmani

12.

Pada tahun 247H/861M,________________ merampas kuasa daripada ayahandanya al Mutawakkil . Sejak itu, jawatan khalifah sering menjadi rebutan dan bertukar tangan.

a)

al Muntasir putera pertama

b)

al Mu'taz putera kedua

c)

al Muayyad

d)

al Mutawakkil

13.

Faktor kegawatan ekonomi Kerajaan Abbasiyah pada penggal ketiga kecuali

a)

rusuhan dan pemberontakan

b)

sikap malas bekerja

c)

Wang BaitulMal berkurangan

d)

pedagang luar takut untuk datang

14.

Mengapa pemberontakan daripada kalangan Syiah dan Khawarij sering mengganggu Kerajaan Abbasiyah.

a)

Mereka beriktikad bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin-pemimpin daripada kalangan mereka

b)

Mereka beriktikad bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin-pemimpin Syiah

c)

Mereka beriktikad bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin-pemimpin Khawarij

d)

Mereka beriktikad bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin-pemimpin bangsa Arab

15.

Kerajaan Abbasiyah sering diserang oleh musuh dari Utara, Timur, dan Barat . Pilih mana jawapan yang salah

a)

Utara - ancaman orang Georgia dan Armenia

b)

Barat, - ancaman tentera Salib

c)

Arah Timur - Mongul

d)

Arah Timur - Kublai Khan

16.

Iktibar kepada umat Islam kini kecuali _______

a)

Umat Islam perlu bersatu padu untuk menyelamatkan negara dari ancaman musuh.

b)

Aliran kefahaman yang pelbagai boleh membawa kepada perpecahan dan melemahkan umat Islam.

c)

Keselamatan dan kestabilan negara adalah tanggungjawab kita bersama

d)

Tidak mengambil tahu keadaan umat Islam di luar negara

17.

Peranan generasi kini untuk memartabatkan semula keunggulan Tamadun Islam kecuali _______

a)

Mengembalikan umat Islam kini ke zaman kegemilangan Islam yang pernah dicapai.

b)

Rajin menuntut ilmu pengetahuan untuk meningkatkan pembangunan diri dan agama.

c)

Mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian.

d)

Mengamalkan cara hidup Islam dalam semua aspek kehidupan.

e)

Mengamalkan cara hidup Islam yang simple dan sederhana