wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM PI IBADAH PERKAHWINAN T5

Total questions: 60

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

maksud perkahwinan ialah

a)

perjanjian antara suami isteri untuk hidup bersama dalam membina keluarga bahagia

b)

hubungan lelaki dan perempuan yang mempunyai tanggungjawab dan amanah

c)

majlis kenduri untuk meraikan perkahwinan antara pasangan pengantin

d)

ikatan kukuh antara lelaki dan perempuan melalui akad yang sah

2.

Hukum asal perkahwinan ialah

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

makruh

3.
  • berkemampuan memberi nafkah
  • bimbang melakukan maksiat jika tidak berkahwin


Hukum perkahwinan bagi situasi di atas adalah

a)

wajib

b)

sunat

c)

makruh

d)

haram

4.

Berikut adalah hikmah perkahwinan kecuali

a)

memelihara kesihatan diri daripada penyakit kelamin

b)

menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

c)

mendapat pahala kerana ikut sunnah nabi

d)

menjaga maruah dan kehormatan diri

5.

Manakah yang bukan sebab seseorang perempuan yang dikahwini menurut hadis nabi SAW?

a)

kecantikan

b)

kebijaksanaan

c)

harta kekayaan

d)

penghayatan agama

6.

2 sebab perempuan haram dikahwini selama-lamanya iaitu

a)

penyusuan

b)

persemendaan

c)

persaudaraan

d)

pegangan agama

7.

Perempuan manakah yang termasuk dalam golongan yang haram dikahwini selama-lamanya?

a)

perempuan bukan Islam

b)

isteri yang ditalak tiga

c)

ibu saudara isteri

d)

ibu mentua

8.

Apakah maksud meminang?

a)

perjanjian antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama

b)

ikatan antara pasangan yang menghalalkan hubungan

c)

lamaran kepada perempuan yang ingin dijadikan isteri

d)

lafaz persetujuan menerima seseorang sebagai teman hidup

9.

Dua perkara yang perlu dijaga dalam tempoh pertunangan adalah

a)

menziarahi keluarga tunangan untuk berkenalan

b)

membuat persiapan untuk majlis perkahwinan

c)

menutup aurat kerana masih ajnabi

d)

menjaga batas pergaulan

10.

Apakah hikmah adanya tempoh pertunangan?

a)

mengumpul duit secukupnya untuk memulakan kehidupan

b)

membuat persiapan untuk majlis perkahwinan

c)

lebih mengenali tunangan dan keluarganya

d)

membuktikan layak untuk berkahwin

11.

Gambar rajah tersebut menunjukkan pengerian kepada

a)

Peminangan

b)

Perkahwinan

c)

Merisik

d)

Walimatul Urus

12.

Nyatakan hukum bagi situasi berikut:

"Orang yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkannya berkahwin"

a)

Haram

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat

e)

Makruh

13.

Nyatakan hukum bagi situasi berikut:

"orang yang mampu menunaikan nafkah zahir dan batin, sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada zina"

a)

Haram

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat

e)

Makruh

14.

Nyatakan hukum bagi situasi berikut:

"orang yang mampu menunaikan nafkah zahir serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikuatiri terjerumus kepada zina"

a)

Haram

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat

e)

Makruh

15.

Nyatakan hukum bagi situasi berikut:

"orang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi ada keinginan untuk berkahwin"

a)

Haram

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Sunat

e)

Makruh

16.

Nyatakan hukum bagi situasi berikut:

"orang yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan berlaku zalim terhadap pasangannya"

a)

Harus

b)

Haram

c)

Wajib

d)

Sunat

e)

Makruh

17.

Yang manakah BUKAN Hikmat perkahwinan.

a)

memberi kegelisahan kepada suami dan isteri

b)

Menjamin kesihatan

c)

Memupuk kasih sayang

d)

Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani

18.

Pengertian yang sesuai bagi wali mujbir ialah

a)

Bapa atau datuk kepada perempuan janda

b)

Bapa atau datuk sebelah bapa kepada perempuan yang masih gadis

c)

Selain daripada bapa dan datuk kepada perempuan yang masih gadis

d)

Pemerintah atau semua wali yang dilantik oleh kerajaan

19.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَات الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Ciri utama memilih bakal isteri menurut hadis di atas ialah

a)

Rupa paras yang cantik

b)

Pegangan agama yang teguh

c)

Keturunan yang baik

d)

Keluarga berharta

20.

Hikmah walimatul urus ialah:

a)

Memupuk semangat kerjasama dalam pelbagai lapisan masyarakat

b)

Menzahirkan keikhlasan suami terhadap isteri

c)

Bermulanya tanggungjawab suami terhadap isteri

d)

Mengiktiraf dan meningkatkan taraf perempuan

21.

Berikut adalah syarat2 sah akad ijab dan kabul dalam akad nikah kecuali:

a)

Di antara ijab dan kabul tidak boleh diselangi dengan kata2 yang lain

b)

Bahasa yang digunakan hendaklah difahami oleh semua yang hadir

c)

Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau تزويج

d)

Ijab dan kabul berlaku di dalam satu majlis

22.

Wali mujbir merujuk kepada.....

a)

Bapa sahaja

b)

Bapa dan datuk

c)

Saudara lelaki sahaja

d)

Datuk,bapa dan saudara lelaki

23.

Maksud adil bagi wali dalam perkahwinan ialah...

a)

Tidak menzalimi mana-mana pihak

b)

Tidak mempunyai kecacatan pancaindera

c)

Tidak bersifat pilih kasih dalam sesuatu perkahwinan

d)

Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dalam dosa kecil

24.

Ali menceraikan Fatimah yang sedang mengandung.Beliau berhasrat untuk mengahwini anak tirinya (anak Fatimah).

**********************************

Sebab yang menghalang Ali daripada mengahwini anak tirinya ialah kerana.........

a)

Faktor keturunan

b)

Fatimah telah disetubuhi

c)

Fatimah masih dalam idah

d)

Fatimah belum melahirkan anak

25.

Antara yang berikut yang manakah rukun nikah?

a)

Mahar

b)

Meminang

c)

Si'rah

d)

Walimatul urus

26.

Seorang lelaki yang mempunyai kewangan yang kukuh tetapi lemah syahwat

********************


Hukum berkahwin bagi situasi diatas ialah.....

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Haram

27.

Pemberian wajib daripada suami kepada isteri disebabkan akad nikah.

*****************


Pernyataan di atas merujuk kepada......

a)

Hibah

b)

Mahar

c)

Nafkah

d)

Mut'ah

28.

Siti telah berkahwin dengan Abu setelah setahun kematian kakaknya (bekas isteri Abu) .

***********

Hukum perkahwinan tersebut sah kerana......

a)

Abu bukan saudara susuannya

b)

Abu bukan diharamkan berkahwin dengan Siti kerana nasab

c)

Siti bukan perempuan yang haram berkahwin kerana persemendaan

d)

Siti bukan perempuan yang diharamkan berkahwin selama-lamanya

29.

Apakah maksud adil bagi saksi dalam perkahwinan?

a)

Tidak berlaku zalim sesama manusia

b)

Tidak bersifat pilih kasih dalam sesuatu perkara

c)

Tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah

d)

Tidak mempunyai kecacatan yang merosakkan penglihatan

30.

Islam menetapkan terdapat golongan yang haram dikahwini dengan sebab keturunan.Apakah hikmah pengharaman tersebut?

a)

Memelihara kesucian salasilah keluarga

b)

Memudahkan pembahagian harta pusaka

c)

Menghalang daripada perkara-perkara yang haram

d)

Boleh memberikan zuriat yang ramai

31.

-Isteri kepada bapa (ibu tiri)

-Isteri kepada anak (menantu)

-Ibu kepada isteri (ibu mertua)

**************


Wanita yang disenaraikan di atas haram kerana dikahwini dengan sebab...

a)

Penyusuan

b)

Keturunan

c)

Persemendaan

d)

Kekeluargaan

32.
Orang yang berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuan dengan syarat   bakal suaminya adalah sekufu ialah
a)
wali mujbir.
b)
wali hakim
c)
saudara lelaki.
d)
wali bukan mujbir
33.
Apakah hukum mengadakan jamuan walimatulurus?
a)
Wajib
b)
Harus
c)
Sunat
d)
Sunat muakkad
34.
Penyataan manakah yang menerangkan tentang hak isteri yang diceraikan talak satu   atau dua?  
 I  Boleh menerima lamaran daripada lelaki lain
 
 II  Boleh berkahwin dengan lelaki pilihannya
 
 III  Dilarang keluar tanpa izin suami
 
 IV  Berhak mendapat nafkah zahir
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
35.

Yang berikut adalah sebab yang mengharuskan seseorang isteri menuntut fasakh kecuali

a)

A suami hilang

b)

B suami melakukan kezaliman

c)

C suami tidak memberi nafkah

d)

D suami berkahwin lain

36.
Nyatakan hukum bagi situasi berikut:
Ahmad merasa terdesak untuk kahwin dan dia mampu berbuat demikian.
a)
Harus
b)
Sunat
c)
Makruh
d)
Wajib
37.
Hukum perkahwinan secara umum adalah
a)
Harus
b)
Sunat
c)
Haram
d)
Makruh
38.
Nyatakan hukum bagi situasi berikut:
Zul seorang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin. Bolehkah beliau berkahwin?
a)
Harus
b)
Haram
c)
Makruh
d)
Wajib
39.
Faktor yang mengharamkan perkahwinan adalah seperti berikut kecuali:
a)
Musaharah
b)
Nasab
c)
Penyusuan
d)
Perhambaan
40.
Qabul merupakan istilah yang merujuk kepada
a)
lafaz yang diucapkan oleh wali.
b)
lafaz penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami
c)
lafaz untuk menceraikan isteri
d)
lafaz untuk tujuan rujuk kembali
41.
Mahar ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri juga dikenali sebagai
a)
mas kahwin
b)
hantaran
c)
rombongan
d)
hadiah
42.

Seorang lelaki menyatakan keinginan untuk berkahwin kepada seorang perempuan yang ingin dikahwininya.


Kenyataan ini merujuk kepada istilah?

a)

Mahar

b)

Meminang

c)

Rujuk

d)

Talak

43.

Antara yang berikut yang manakah bukan hikmah walimatulurus?

a)

Melambangkan rasa kasih sayang antara suami isteri

b)

Menggambarkan kegembiraan atas ikatan perkahwinan

c)

Mengisytiharkan pasangan suami isteri yang sah

d)

Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah

44.

Pilih susunan wali nikah yang betul

a)

Bapa – Datuk – Bapa saudara sebelah ibu

b)

Bapa – Datuk – Saudara lelaki seibu sebapa

c)

Datuk – Bapa – Bapa saudara seibu sebapa

d)

Datuk – Bapa – Saudara lelaki sebapa

45.

· Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil perempuan sebagai isteri

· Pihak lelaki harus memberi hadiah kepada pihak perempuan


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

walimatulurus

b)

pernikahan

c)

mas kahwin

d)

meminang

46.

Tujuan utama perkahwinan perlu mengikut syariat Islam ialah untuk :

a)

memelihara maruah

b)

mendapat ganjaran pahala

c)

menjamin perkahwinan itu sah

d)

merapatkan hubungan silaturahim

47.

Mahar musamma ialah mahar yang diberi oleh suami kepada isteri mengikut persetujuan

a)

pihak keluarga suami

b)

kedua-dua pihak

c)

pihak keluarga isteri

d)

pihak pejabat agama Islam

48.

Perkara yang dilarang ketika walimatulurus ialah

a)

pertunjukan silat

b)

bermain kompang

c)

persembahan nasyid

d)

upacara tepung tawar

49.

· Berkeinginan untuk berkahwin

· Berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin

·Tidak dikhuatiri melakukan kezaliman terhadap pasangannya.


Hukum perkahwinan di atas ialah

a)

sunat

b)

wajib

c)

makruh

d)

haram

50.

Semua yang berikut adalah faktor wanita yang haram dikahwini selama-lamanya kecuali

a)

keturunan

b)

persaudaraan

c)

persemendaan

d)

penyusuan

51.

Merisik --> Q --> Akad --> R


Apakah proses Q dan R tersebut?

a)

Q- Nikah , R - Meminang

b)

Q- Nikah , R - Walimatul urus

c)

Q - Meminang , R - Nikah

d)

Q - Meminang , R - Walimatul urus

52.

Faris segera berkahwin kerana khuatir akan melakukan zina dengan pasangannya. Hukum perkahwinan tersebut ialah

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makruh

53.

Berikut merupakan tanggungjawab suami kepada isteri, kecuali :

a)

Memberi nafkah zahir dan batin

b)

Memberi layanan yang baik

c)

Memberi harta yang banyak

d)

Memberi didikan agama

54.

Apakah hukum mengadakan walimatul urus?

a)

Sunat

b)

Sunat muakkad

c)

Sunat ab'ad

d)

Wajib

55.

Antara yang berikut, yang manakah bukan Rukun Nikah?

a)

Suami

b)

Bapa

c)

Saksi

d)

Akad

56.

Manakah antara berikut, yang benar mengenai "Wali Mujbir"

a)

mereka yang diberi kuasa oleh Sultan/Pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali.

b)

mereka yang enggan mewalikan perempuan.

c)

mereka yang ingin berkahwin sendiri dengan perempuan itu.

d)

mereka yang berhak mengahwinkan anak perempuan tanpa persetujuannya.

57.

Melihat bakal isteri hukumnya ada HARUS dengan tujuan ?

a)

untuk mendapat ganjaran pahala

b)

untuk menghukum bakal isteri

c)

untuk mencari kecacatan bakal isteri

d)

untuk ketenangan bakal suami

58.

Pilih contoh lafaz ijab yang betul.

a)

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah binti Abdullah / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".

b)

"Aku nikahkan dikau dengan berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".

c)

"Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .

d)

"Aku terima nikah wanita itu dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .

59.

· Sebagai persediaan pertama suami untuk memikul tanggungjawab.

· Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup.


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah ?

a)

Meminang

b)

Merisik

c)

Mahar

d)

Walimatul Urus

60.

Hukum perkahwinan bagi lelaki yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri ialah

a)

haram

b)

makruh

c)

sunat

d)

harus