NEW
Font size
WorksheetsOnline Games Ulangkaji UPKK 2019
Total questions: 60
Worksheet time: 3600secs
Berikut adalah kelebihan al-Quran kecuali
Terpelihara daripada penyelewengan
Panduan yang lengkap untuk seluruh umat manusia
Al-Quran sebagai mukjizat
Al-quran bukan sumber rujukan utama tatabahasa arab
Kitab-kitab di bawah diturunkan kepada rasul tersebut kecuali
Kitab Zabur (Nabi Daud)
Kitab Taurat (Nabi Musa)
Kitab Injil (Nabi Isa)
Al-Quran (Nabi Adam)
Berikut adalah tanda-tanda besar kiamat kecuali
Matahari terbit dari sebelah barat.
Muncul Imam Mahadi
Muncul Dajjal untuk menyesatkan manusia
Banyak pencakar langit
ْقَدَر - Penetapan setiap perkara yang telah ditentukan Allah terhadap semua makhluk termasuk perkara yang telah, sedang atau akan berlaku.
ْقَضَاء - Perlaksanaan perkara yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap seluruh makhluknya.
Apakah hukum beriman dengan ْقَضَاء dan ْقَدَر?
Sunat
Makruh
Harus
Wajib
وَحْدَانِيَّةٌ
Maksudnya - Keadaan Allah yang tunggal dan tiada bandingan dengan makhluk yang lain.
Berikut adalah akibat tidak beriman dengan sifat وَحْدَانِيَّةٌ Allah kecuali:
Mudah disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu
Mudah berasa sombong dan bangga diri
Iman tidak sempurna dan boleh membawa kepada kufur
Disayangi Allah dan Rasul
الصِّدْقُ - Benar
التَّبْلِيغُ - Menyampaikan
الأَمَانَةُ - Jujur
الْفَطَانَةُ - Bijaksana
Berikut adalah:
Sifat Harus bagi Rasul
Sifat Mustahil bagi Rasul
Sifat buruk bagi Rasul
Sifat wajib bagi Rasul
الْكَذِبُ - Bohong/dusta
الْخِيَانَةُ - Mungkir
الْكِتْمَانُ - Menyembunyikan
الْبَلاَدَةُ - Bodoh
Berikut adalah:
Sifat Baik bagi Rasul
Sifat Harus bagi Rasul
Sifat Wajib bagi Rasul
Sifat Mustahil bagi Rasul
Maksud Allah bersifat عِلْمٌ :
Allah maha mengetahui
Berikut adalah kesan beriman dengan sifat عِلْمٌ kecuali?
Berlumba-lumba menuntut ilmu
Melatih diri bersifat amanah
Menyedari hakikat ilmu pengetahuan manusia terbatas/terhad.
Mudah melakukan kemungkaran.
Bagaimanakah cara untuk menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (sifat terkeji)?
Sentiasa melakukan maksiat dan dosa
Sentiasa buruk sangka dengan kawan-kawan
Sentiasa tinggalkan solat
Bermujahadah melawan godaan hawa nafsu dan syaitan
Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua belah tangan hingga ke siku dengan rukun dan syarat tertentu bagi menggantikan wuduk atau mandi wajib apabila telah masuk waktu solat.
Berikut adalah pengertian:
Wuduk
Mandi Wajib
Solat Dhuha
Tayammum
Berikut adalah syarat sah tayammum kecuali:
Yakin telah masuk waktu solat
Menggunakan debu tanah yang suci
Terdapat sebab tertentu yang membolehkan tayammum
Ada air
1) Niat
2) Menyapu muka dengan debu tanah yang suci
3) Menyapu kedua belah tangan dengan debu tanah yang suci hingga ke siku
4) Tertib
Berikut adalah:
Sunat wuduk
Rukun wuduk
Sunat tayammum
Rukun tayammum
"Meratakan air mutlak keseluruh anggota badan disertai niat dan syarat tertentu bagi seseorang yang berhadas besar atau mati, kecuali mati syahid."
Berikut adalah pengertian bagi:
Solat
Wuduk
Tayammum
Mandi wajib
Antara berikut, apakah sebab seseorang itu perlu mandi wajib?
Kentut
Makan dan minum
Menyentuh anjing dan babi
Keluar air mani (dengan sengaja atau tidak sengaja)
Berikut adalah perkara sunat mandi wajib kecuali:
Membaca basmalah
Mengambil wuduk terlebih dahulu
Mendahulukan sebelah kanan badan
Bernyanyi ketika mandi
Berikut adalah syarat sah solat kecuali:
Menutup aurat
Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
Tidak yakin masuk waktu solat
سونت هيئات (Sunat Hai at) - Perkara sunat yang dilakukan bagi menyempurnakan solat.
سونت أبعاض (Sunat Ab'ad) - Perkara sunat yang sangat dituntut melakukannya. Jika
ditinggalkan sunat digantikan dengan sujud sahwi.
Antara berikut, apakah contoh سونت أبعاض (Sunat Ab'ad)?
Meletakkan tangan di kawasan perut dan pusat
Membaca doa iftitah
Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud
Duduk tahiyat awal
Berikut adalah perkara yang membatalkan solat kecuali
Berhadas kecil atau besar
Makan dan minum ketika solat
Membuka aurat
Batuk
Solat Jumaat adalah solat 2 rakaat, yang dilakukan pada waktu Zohor hari Jumaat secara berjemaah.
Apakah hukum solat Jumaat ke atas lelaki yang telah cukup syarat?
Sunat muakkad
Harus
Makruh
Wajib
Berikut adalah perkara yang membolehkan seseorang meninggalkan solat Jumaat kecuali
Ada keuzuran seperti sakit kronik atau menjaga orang yang sakit
Musafir sekurang-kurangnya 2 marhalah
Hujan yang terlalu lebat
Malas untuk solat
Apakah hukum melaksanakan solat jenazah?
Haram
Harus
Sunat
Fardu kifayah
Solat jamak : Menghimpunkan 2 solat fardu dan dilakukan dalam 1 waktu.
Solat qasar : Memendekkan solat fardu 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
Antara solat berikut, solat apakah yang boleh dilaksanakan secara qasar?
Solat Hajat
Solat Maghrib
Solat subuh
Solat zohor
Berikut adalah hikmah solat jamak dan qasar kecuali
Menunjukkan Islam itu agama yang mudah
Mengingatkan orang Islam agar sentiasa bersyukur
Solat wajib ditunaikan walaupun dalam keadaan bermusafir
Menggalakkan umat Islam agar sentiasa meninggalkan solat
Berikut adalah cara solat bagi orang yang uzur (sakit) kecuali
Solat secara duduk
Solat secara baring mengiring
Solat secara baring menelentang
Solat secara berlari
Solat sunat ini dilakukan di malam hari setelah tidur terlebih dahulu. Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat.
Apakah nama solat sunat tersebut?
Solat sunat aidilfitri
Solat sunat rawatib
Solat sunat dhuha
Solat sunat tahajjud
Berikut adalah solat-solat sunat kecuali
Solat sunat gerhana
Solat sunat tarawih
Solat sunat istisqa' ( solat sunat meminta hujan)
Solat jamak & qasar
Berikut adalah adab menghidang makanan kecuali
Mengelap pinggan mangkuk sebelum digunakan
Menggunakan pinggan mangkuk yang bersih
Menyusun atur makanan dengan kemas
Menggunakan pinggan mangkuk yang retak dan sumbing
Berikut adalah faedah melayan tetamu kecuali
Bertambah keberkatan hidup
Disayangi Allah, rasul dan masyarakat
Mendapat pahala
Memutuskan hubungan silaturrahim dan persaudaraan
Antara contoh perbualan di bawah, perbualan yang manakah tidak menunjukkan contoh adab menziarahi pesakit?
"Insya Allah, semoga Allah beri kesembuhan kepada kamu."
"Setiap penyakit ada ubatnya. Jangan risau."
"Allah dah susun perancangan yang terbaik dalam hidup kita. Mesti ada hikmah atas ujian yang kamu hadapi ini. Kuatkan semangat!"
"Teruknya sakit kamu. Mesti kamu meninggal minggu depan".
Antara berikut, perbuatan yang manakah contoh perbuatan beradab dengan orang tua?
Memanggil dengan gelaran yang tidak sopan
Meninggikan suara apabila bercakap dengan ibubapa
Merajuk dan bermasam muka dengan ibubapa
Bercakap dengan sopan dan lemah lembut
Pada awal penyebaran agama Islam, nabi Muhammad SAW berdakwah secara rahsia kepada sahabat dan ahli keluarganya sahaja. Perkara ini bagi mengelakkan masyarakat Arab Quraisy terkejut dengan kedatangan agama baru. Ajaran Islam bertentangan dengan amalan masyarakat arab pada waktu itu.
Berapa tahunkah nabi Muhammad SAW menjalankan dakwah secara rahsia?
10 tahun
2 tahun
1 tahun
3 tahun
Pada malam peristiwa hijrah, musyrikin Mekah telah mengepung rumah Rasulullah dan merancang untuk membunuh baginda. Walaupun begitu, Rasulullah dapat menyusup keluar dari rumah baginda ketika orang Quraisy sedang tidur. Pada peristiwa itu, tempat tidur baginda telah digantikan oleh seseorang individu bagi mengelirukan pihak musuh.
Siapakah individu yang menggantikan tempat tidur Rasulullah itu?
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Umar bin Alkhattab
Saidina Abu Bakar Assiddiq
Saidina Ali bin Abi Talib
Mukjizat yang dapat disaksikan dengan pancaindera, dipandang dengan mata kasar, didengar dan disentuh oleh semua manusia. Contohnya tongkat nabi musa bertukar menjadi ular.
Berikut adalah pengertian bagi
معجزة حِسِّي (Mukjizat Hissi)
معجزة مَعْنَوِي (Mukjizat Maknawi)
Mukjizat yang tidak dapat disaksikan dengan pancaindera. Hanya boleh diketahui dengan kekuatan akal fikiran dan ilmu. Contohnya al-Quran.
Berikut adalah pengertian bagi
معجزة حِسِّي (Mukjizat Hissi)
معجزة مَعْنَوِي (Mukjizat Maknawi)
Al-Quran diturun secara berperingkat.
Peringkat pertama
- Diturunkan Allah dari لُوح مَحْفُوظ (Luh Mahfuz) ke بَيْتُ الْعِزَّة (Baitul Izzah - langit dunia) pada malam al-qadar (لَيْلَةُ الْقَدَرْ).
Peringkat kedua
- Al-Quran diturunkan dari langit dunia kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat selama 23 tahun (13 tahun di Mekah & 10 tahun di Madinah)
Berikut adalah hikmah al-Quran diturunkan secara berperingkat kecuali
Untuk mengiringi peristiwa dari masa ke semasa
Menjawab persoalan dari masyarakat
Supaya lebih mudah difahami dan dilaksanakan
Menjimatkan kos percetakan
*Bulan terbelah 2
*Terpancar air dari celah jari
Pernyataan berikut adalah mukjizat bagi
Nabi Adam
Nabi Nuh
Nabi Sulaiman
Nabi Muhammad SAW
Israk : Perjalanan nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin pada waktu malam.
Mikraj : Perjalanan nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke بَيْتُ الْمَعْمُور (Baitul Makmur) untuk bertemu dengan Allah.
Apakah nama haiwan yang membawa nabi ketika berlakunya peristiwa israk mikraj?
Unta
Burung
Biri-biri
Buraq
Terdapat pelbagai peristiwa yang Nabi Muhammad SAW lihat ketika berlakunya israk mikraj. Antaranya ialah terdapat segolongan manusia yang memecahkan kepala dan kepala tersebut kembali pulih seperti asal. Perkara ini berlaku berulang kali.
Apakah keingkaran yang golongan ini lakukan?
Orang yang tidak menunaikan zakat
Orang yang makan riba
Orang yang pecah amanah
Orang yang sentiasa meninggalkan solat fardu.
- Masjid ini telah dibina oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.
- Terletak di kota Mekah dan dibina mengelilingi kaabah
- Pahala solat di dalamnya ibarat 100 000 kali ganda solat di tempat lain.
- Tempat suci pertama dunia.
Apakah nama masjid ini?
Masjidil Aqsa
Masjid Quba
Masjid Nabawi
Masjidil Haram
- Masjid kedua paling suci yang menempatkan Maqam Nabi Muhammad SAW, Maqam Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Maqam Saidina Umar al-Khattab
- Terletak di kota Madinah
- Pahala solat di dalamnya ibarat 1000 kali ganda solat di tempat lain.
Apakah nama masjid ini?
Masjidil Aqsa
Masjid Quba
Masjid Nabawi
Masjidil Haram
- Peperangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 2 hijrah.
- Peperangan ini berlaku kerana Rasulullah bertindak menghalang angkatan perdagangan Kafir Quraisy yang kembali dari Syam. Antara tujuannya adalah untuk menggantikan harta orang Islam yang dirampas oleh mereka.
- Tentera Islam hanya seramai 313 orang dan tentera Kafir Quraisy adalah seramai 1000 orang.
- Tentera Islam menang dalam peperangan ini.
Apakah nama peperangan tersebut?
Perang Dunia ke 2
Perang Khandak
Perang Uhud
Perang Badar
- Peperangan ini berlaku pada bulan Syawal tahun ke 3 hijrah.
- Tentera Islam terdiri daripada 1000 orang namun hanya 700 orang yang sampai ke Bukit Uhud kerana lagi 300 orang berpatah balik ke Madinah.
- Tentera Kafir Quraisy adalah seramai 1000 orang.
- Tentera Islam kalah dalam peperangan ini.
- Pada awalnya, tentera Islam beroleh kemenangan. Namun terdapat pemanah tentera Islam yang ingkar arahan Rasulullah SAW. Mereka turut serta berebut harta rampasan perang. Tentera Kafir Quraisy bertindak balas melakukan serangan hendap sehingga tentera Islam kalah.
Apakah nama peperangan tersebut?
Perang Dunia ke 2
Perang Khandak
Perang Uhud
Perang Badar
- Peperangan ini berlaku pada 15 Syawal tahun ke 5 hijrah.
- Tentera Islam terdiri daripada 3000 orang sahaja manakala tentera musuh adalah seramai 10 000 orang.
- Tentera Islam menang dalam peperangan ini.
- Perang ini berlaku kerana kaum Yahudi Bani Nadhir telah diusir dari Madinah setelah mereka mengkhianati penjanjian Madinah.
- Salman al-Farisi telah mencadangkan untuk mengorek parit di sepanjang jalan masuk ke Madinah. Tentera musuh gagal untuk masuk ke Madinah.
Apakah nama peperangan tersebut?
Perang Dunia ke 2
Perang Khandak
Perang Uhud
Perang Badar
- Gencatan senjata selama 10 tahun
- Orang Islam dibenarkan memasuki kota Mekah pada tahun berikutnya dan boleh menetap selama 3 hari sahaja dengan membawa senjata bersarung.
- Orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula walaupun telah memeluk Islam.
- Orang Islam yang lari ke Mekah tidak perlu dikembalikan.
- Kedua-dua belah pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
Apakah kesan Perjanjian Hudaibiah ini?
Islam makin ditindas
Kehidupan masyarakat menjadi kucar kacir
Rasulullah dihina oleh orang Kafir Quraisy
Dakwah Islam dapat disebarkan secara meluas di Madinah.
Berikut adalah akhlak masyarakat zaman jahiliyah kecuali
Berakhlak keji dan buruk
Hidup berpuak-puak
Orang yang kuat menindas yang lemah
Jujur dalam perniagaan
Nabi Muhammad SAW wafat ketika berumur
50 tahun
12 tahun
70 tahun
63 tahun
"Manusia akan sentiasa berada dalam keadaan kerugian jika tidak memanfaatkan masa yang ada. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh"
Pernyataan ini merupakan isi penting bagi surah apa?
سورة التكاثر
سورة الناس
سورة القدر
سورة الْعَصْرِ
Mad yang terjadi disebabkan mewaqafkan bacaan pada hujung kalimah yang sebelumnya terdapat salah satu daripada huruf mad. Apakah nama mad ini?
مد واجب متصل
مد عوض
مد لين
مد عارض للسكون
Bertemu huruf mad dan hamzah dalam 2 kalimah. Apakah nama mad ini?
مد عارض للسكون
مد عوض
مد لين
مد جائز منفصل
Bertemu huruf mad dan hamzah dalam 1 kalimah. Apakah nama mad ini?
مد جائز منفصل
مد عارض للسكون
مد عوض
مد واجب متصل
Bertemu 2 huruf hamzah dalam 1 kalimah. Huruf hamzah yang pertama berbaris (fathah, kasrah atau dhommah) dan huruf hamzah yang kedua berbaris sukun. Hamzah yang kedua ditukar kepada huruf yang bersesuaian mengikut yang pertama
Apakah nama mad ini?
مد جائز منفصل
مد عارض للسكون
مد عوض
مد بدل
Tanda waqaf seperti dalam rajah ini membawa maksud
Perlu waqaf bacaan
Dilarang waqaf bacaan
Harus waqaf bacaan tetapi sambung bacaan adalah lebih baik.
Harus sambung bacaan tetapi waqaf bacaan adalah lebih baik.
مَا هذه؟
تُفَّاحٌ
تَمْرٌ
رُمَّانٌ
فَرَاولَةْ
مَا هذا؟
طَمَاطِمٌ
بَصَلٌ
جَزَرٌ
فِلْفِلٌ
مَا هذا؟
أَرْنَبٌ
سَمَكٌ
أَسَدٌ
نَمِرٌ
عِشْرُونَ
خَمْسُونَ
سَبْعُونَ
سِتُّونَ
Jun
Julai
September
Ogos
مِائَةٌ وَأَحَدَ عَشَرَ
مِائَةٌ وَخَمْسَةَ عَشَرَ
مِائَةٌ وَسَبْعَةَ عَشَرَ
مِائَةٌ وَاِثْنَا عَشَرَ
السَّاعَةُ الْخَامِسَةُ تَمَامًا
السَّاعَةُ الثَّانِيَةُ تَمَامًا
السَّاعَةُ السَّادِسَةُ تَمَامًا
السَّاعَةُ الْوَاحِدَةُ تَمَامًا
يَوْمُ السَّبْتِ
يَوْمُ الثُّلاَثَاءِ
يَوْمُ الأَحَدِ
يَوْمُ الأَرْبِعَاءِ
