NEW
Font size
WorksheetsMasalah inventif dan bukan inventif
Total questions: 10
Worksheet time: 4mins
Encik John menukarkan enjin keretanya kepada enjin turbo untuk meningkatkan kuasa enjin tetapi mengakibatkan keretanya mudah hilang kawalan serta membazirkan bahan api.
Masalah Inventif
Masalah Bukan Inventif
Raju mudah membawa barang-barang yang dibeli dipasar setelah memasang bakul di motosikalnya.
Masalah Inventif
Masalah Bukan Inventif
Puan Masliza membakar sebiji kek coklat dan menambahkan buah strawberi dan curahan coklat sebagai hiasan. Hasilnya kek menjadi sangat sedap dan menarik.
Masalah Inventif
Masalah Bukan Inventif
Nina menggantikan kaki meja kayu kepada kaki besi untuk menampung beban yang banyak dan menambah roda supaya menjadi ringan untuk dialihkan.
Masalah Inventif
Masalah Bukan Inventif
Suresh berjaya mencipta lampu yang akan menyala di waktu gelap dan padam di waktu terang supaya bil eletrik tidak melambung tinggi.
Masalah inventif
Masalah Bukan Inventif
Patimah merancang untuk membeli almari yang besar dan perlu muat di dalam kereta untuk dibawa pulang ke rumah.
Masalah Inventif
Masalah Bukan Inventif
Encik Heng memerlukan meja makan yang besar apabila anak-anaknya pulang bercuti di rumahnya. Namun apabila mereka kembali ke kota untuk bekerja, dia tidak memerlukan meja yang besar kerana dia dan isteri sahaja yang akan menggunakan meja tersebut.
Masalah Inventif
Masalah Bukan Inventif
Rahman memeriksa mata gergaji dan mendapati mata tersebut tumpul akibat melakukan kerja terlalu lama. Dia mengasah mata gergaji tersebut.
Masalah Inventif
Masalah Bukan Inventif
Irene sedang membuat latihan dan hujung pensilnya patah ketika menulis. Dia meraut mata pensil tersebut.
Masalah Inventif
Masalah Bukan Inventif
Safiyah mendapati buku baru yang dibelinya mempunyai kulit buku yang mudah rosak. Dia membalut bulu tersebut dengan pembalut buku tahan lasak.
Masalah Inventif
Masalah Bukan inventif
