Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penyata Kewangan Perniagaan

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan komponen Penyata Pendapatan? (Pilih dua jawapan)

a)

Kunci Kira-Kira

b)

Akaun Untung Rugi

c)

Akaun Perdagangan

d)

Penyata Aliran Tunai

2.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu butiran kos dalam penyata pendapatan.


Perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan jualan


Apakah butiran kos berkenaan?

a)

Kos jualan

b)

Kos belian

c)

Belian bersih

d)

Kos barang untuk dijual

3.

Antara yang berikut, butiran manakah yang boleh diperoleh daripada Kunci Kira-Kira? (Pilih dua jawapan)

a)

Stok awal

b)

Kos jualan

c)

Ekuiti Pemilik

d)

Aset bukan semasa

4.

Manakah yang merupakan aset semasa?

a)

Inventori

b)

Bangunan

c)

Kenderaan

d)

Kelengkapan pejabat

5.

Antara yang berikut, butir manakah yang dimasukkan dalam akaun perdagangan? (Pilih dua jawapan)

a)

Sewa

b)

Duti import

c)

Angkutan keluar

d)

Upah atas belian

6.

Manakah yang memberi kesan kepada untung bersih?

a)

Duti import

b)

Sewa bangunan

c)

Upah atas belian

d)

Insurans atas belian

7.

Untung kasar = Jualan bersih - X


Apakah X?

a)

Kos jualan

b)

Stok akhir

c)

Pulangan jualan

d)

Kos barang untuk dijual

8.

Manakah yang berkaitan dengan belanja membeli barang niaga?

a)

Gaji

b)

Sewa

c)

Insurans

d)

Angkutan Masuk

9.

Manakah yang bukan kos berubah?

a)

Sewa pejabat

b)

Upah atas belian

c)

Kos bahan mentah

d)

Kos buruh langsung

10.

Perniagaan membayar sewa kilang pada setiap bulan.

Apakah jenis kos yang terlibat?

(a)  

11.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kos yang ditanggung oleh sebuah kilang yang menghasilkan pasu bunga.


Sewa kilang RM1500

Insurans RM500

Upah pekerja pengeluaran RM600

Bahan mentah RM1000


Berapakah kos tetap kilang berkenaan?

a)

RM1100

b)

RM1500

c)

RM1600

d)

RM2000

12.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan kos yang ditanggung oleh sebuah kilang yang menghasilkan pasu bunga.


Sewa kilang RM1500

Insurans RM500

Upah pekerja pengeluaran RM600

Bahan mentah RM1000


Berapakah kos berubah kilang berkenaan?

(a)  

13.

Pihak berkepentingan manakah yang memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan memberikan kemudahan kredit kepada perniagaan?

a)

Pemilik

b)

Pelabur

c)

Pembekal

d)

Pembiaya

14.

Bagaimanakah penyata kewangan dapat membantu pihak pengurusan syarikat? (Pilih tiga jawapan)

a)

Sebagai garis panduan untuk perancangan pengagihan sumber

b)

Untuk meningkatkan mutu keluaran produk pada masa hadapan

c)

Membuat pertimbangan untuk pemberian bonus kepada pekerja

d)

Untuk membuat perbandingan prestasi kewangan antara tahun semasa dengan tahun sebelumnya

15.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan penyata kewangan kepada salah satu pihak berkepentingan.


  • Dapat mengetahui hala tuju perniagaan
  • Mengetahui bakal pulangan yang akan diperoleh


Siapakah pihak berkepentingan yang berkenaan?

(a)  

16.

Mengapakah perniagaan membuat analisis operasi kewangan perniagaan menggunakan Titik Pulang Modal (TPM)?

a)

Untuk mengetahui aliran tunai semasa perniagaan

b)

Untuk mengetahui kedudukan aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik

c)

Untuk mengetahui untung kasar dan untung bersih perniagaan

d)

Untuk mengetahui sama ada jumlah hasil dapat menampung jumlah kos

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan margin untung kasar bagi Syarikat Teguh Sdn Bhd bagi tahun 2015 dan tahun 2016.


Pernyataan manakah yang betul? P(Pilih dua jawapan)

a)

Kos jualan syarikat menurun pada tahun 2016

b)

Syarikat kurang cekap menetapkan harga jualan

c)

Syarikat tidak mengawal kos jualan dengan cekap

d)

Syarikat tidak cekap menguruskan liabiliti syarikat

18.

Peratusan margin untung bersih Syarikat KMK Berhad semakin meningkat. Apakah kesimpulan anda ?

a)

Pengurusan operasi syarikat semakin cekap

b)

Syarikat mengurangkan jualan secara hutang

c)

Syarikat meningkatkan pembelian secara kredit

d)

Syarikat menggunakan aset bukan semasa dengan cekap

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan maklumat kewangan Syarikat ABC Bhd pada akhir tahun 2016.


Kira peratusan pulangan atas modal Syarikat ABC Bhd.

(a)  

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan peratusan pulangan atas modal bagi dua syarikat dalam industri yang sama.


Apakah pendapat anda? (Pilih dua jawapan yang betul)

a)

Syarikat XYZ Bhd menjual barang pada harga yang rendah

b)

Syarikat ABC Bhd cekap dalam menguruskan pelaburan

c)

Syarikat ABC Bhd cekap mengawal kos operasi perniagaan

d)

Syarikat XYZ Bhd dapat menguruskan aset perniagaan dengan cepat

21.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan analisis nisbah kecairan kepada usahawan?

a)

Membantu usahawan mengetahui jumlah wang tunai dalam tangan dan bank

b)

Membantu usahawan mengetahui sama ada bank akan meluluskan permohonan pinjamannya

c)

Membantu usahawan mengetahui sama ada dapat membayar pinjaman jangka pendek dengan serta merta

d)

Membantu usahawan untuk membuat keputusan sama ada meningkatkan atau mengurangkan perbelanjaan operasi

22.

Nisbah semasa Syarikat KMK Bhd ialah 0.5 kali. Apakah kesimpulan anda? (Pilih dua jawapan)

a)

Syarikat KMK Bhd mudah mendapat pembiayaan jangka pendek

b)

Syarikat KMK Bhd mempunyai aset semasa lebih daripada liabiliti semasa

c)

Syarikat KMK Bhd mempunyai jumlah liabiliti semasa lebih daripada jumlah aset semasa

d)

Syarikat KMK Bhd tidak dapat memenuhi tuntutan pemiutang jangka pendek dengan serta merta

23.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan nisbah kecekapan? (Pilih dua jawapan)

a)

Peratus margin untung kasar

b)

Nisbah semasa

c)

Pusing ganti stok

d)

Pusing ganti aset

24.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan maklumat kewangan Syarikat Jati Bhd


Jualan RM1 500

Pulangan Jualan RM500

Penghutang RM50

Kenderaan RM100

Bank RM100

Pemiutang RM50


Kira nisbah pusing ganti aset bagi Syarikat Jatih Berhad.

(a)