wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PQS TING 4

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud nur dari pandangan Ibn Abbas?

a)

Cahaya dan petunjuk hidayah

b)

Selamat dari kesesatan

c)

Petunjuk kebenaran

d)

Petunjuk Allah

2.

Cara mendapat hidayah Allah...


i. Berdoa dan Berusaha

ii. Yakin dengan Allah

iii. Bertaubat

iv. Sentiasa meniru budaya luar

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

3.

Maksud hidayah Al Gharizah ialah..

a)

Hidayah Pancaindera

b)

Hidayah Akal

c)

Hidayah Agama

d)

Hidayah Naluri

4.

Hidayah yang paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah ialah..

a)

Pancaindera

b)

Akal

c)

Taufiq

d)

Naluri

5.

Berikut sebab manusia memerlukan hidayah Allah, kecuali...

a)

Hindar dari kesesatan

b)

Bebas dari sifat mazmumah

c)

Tabah dan sabar hadapi ujian

d)

Mudah terpengaruh dengan unsur negatif

6.

Khusyuk membawa maksud..

a)

Solat dengan tenang

b)

Solat sambil meneliti maksud ayat

c)

Berdoa dengan penuh yakin seolah-olah melihat Allah

d)

Menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah di dalam hati

7.

Ciri-ciri mukmin cemerlang yang terdapat dalam ayat diatas ialah...


i. Khusyuk di dalam solat

ii. Menghindarkan diri dari perkara sia-sia

iii. Menjaga kehormatan diri

iv. Menunaikan zakat

a)

i, ii, dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

8.

Nyatakan sebab nuzul ayat 2 surah al mukminun

a)

Rasullullah s.a.w menunaikan solat, baginda memandang ke arah langit. Maka turunlah ayat ini.

b)

Abu Lubabah dan 5 orang rakannya tidak menyertai peperangan

c)

Khilal bin Umayyah menuduh isterinya berzina tanpa saksi

d)

Menjawab persoalan musyrikin mengenai sifat Allah, Ar-Rahman

9.

Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai sejarah ulum al quran pada zaman nabi?

a)

Ulum al quran belum dibukukan lagi

b)

Alquran dan Ulum al quran disebar secara talaqqi dan musyafahah

c)

Para sahabat menulis apa sahaja yang mereka fahami daripada al quran

d)

Rasulullah tidak mengizinkan para sahabat menulis sesuatu dari baginda selain al quran

10.

Antara bidang kajian ulum al quran yang berkembang pada zaman khulafa' al rasyidin ialah..


i. Ilmu jam'ul alquran

ii. Ilmu i'jaz al quran

iii. Ilmu tafsir al quran

iv. Ilmu i'rab al quran

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

11.

Mengapakah Rasulullah tidak membenarkan para sahabat menulis al quran?

a)

Dapat menghayati al quran

b)

Dapat menolak kekeliruan dalam al quran

c)

Dikhuatiri akan bercampur dengan yang lain

d)

Melatih kekuatan al quran melalui penghafalan al quran

12.

Pernyataan manakah yang benar mengenai sejarah ulum al quran pada zaman khulafa' al rasyidin?

a)

Al quran dibukukan di zaman Abu Bakar Al Siddiq

b)

Al quran ditulis dalam satu mushaf iaitu mushaf al imam pada zaman khalifah Uthman

c)

Permulaan pembukuan ilmu ulum al quran iaitu bidang tafsir yang dianggap sebagai ibu ulum al quran

d)

Antara tokoh yang terlibat ulum al quran ialah Addhohak Ibn Muzahim, Mujahid bin Jabar, dan Said bin Jabir

13.

Siapakah tokoh yang terlibat dengan ilmu fadhail al quran?

a)

Abu 'Abid al Qasim bin Salam

b)

Ismail bin Umar bin Kathir

c)

Abdul Rahman al mathrudi

d)

Ali al Madini

14.

Pengumpulan Al-Quran adalah disebabkan oleh

a)

Ayat Al-Quran semakin Hilang dari Mashaf

b)

Untuk Simpanan Khalifah

c)

Arahan daripada Rasulullah

d)

Kematian Para Huffaz

15.

Antara Bidang Kajian Ulum Al-Quran yang berkembang pada zaman Khalifah Ar-Rasyidin ialah :

a)

علمو جمع القرءان

b)

مشكل القرءان

c)

غريب القرءان

d)

اعجاز الرءان

16.

Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai bidang-bidang kajian dalam ulum Al-Quran?

a)

المحكم والخاص

b)

المطلق والمقيد

c)

المنطوق والمفهوم

d)

علوم التفسير

17.

Sejarah Perkembangan Ulum Al-Quran bermula sejak

a)

Zaman Abbasi

b)

Zaman Umawi

c)

Zaman Rasulullah

d)

Zaman Khalifah Ar-Rasyidin

18.

Antara faedah mempelajari Ulum Al-Quran kecuali

a)

Mengamalkan dan memahami Al-Quran

b)

Dapat mencintai dan menghayati sunnah Rasulullah SAW

c)

Dapat menolak kekeliruan tentang Al-Quran

d)

Dapat memahami Al-Quran dengan betul

19.

Berikut adalah kesan perkembangan ulum al-Quran..

i- Menguatkan jati diri dan pegangan agama melalui keyakinan terhadap Al-Quran

ii- Melatih minat membaca dan mengkaji ilmu Islam berdasarkan Al-Quran

iii- Dapat menolak kekeliruan tentang Al-Quran

iv- Melatih kekuatan daya ingatan melalui penghafan Al-Quran

a)

A- i, ii, dan iii

b)

B- ii, iii dan iv

c)

C- i, ii, dan iv

d)

kesemua di atas

20.

Berikut adalah nama-nama Al-Quran, kecuali

a)

Al-kitab

b)

Al-furqan

c)

An-Nur

d)

Al-Tanzil

21.

" Dalam bahasa arab bermaksud baru (Jadid)"


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Hadis dari segi Bahasa

b)

Hadis dari segi Istilah

c)

Maksud Takrir

d)

Pengertian Hadis

22.

" Perkataan, perbuatan, takrir atau sifat yang disandarkan kepada Rasulullah SAW"


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Hadis dari segi Bahasa

b)

Hadis dari segi Istilah

c)

Maksud Takrir

d)

Pengertian Hadis

23.

"Setiap perkataan atau perbuatan baginda Rasulullah SAW tidak kira dalam apa jua bentuk sama ada perintah, larangan, penyataan atau selainnya."


Pernyataan di atas merujuk kepada hadis yang disandarkan kepada?

a)

Perkataan Nabi

b)

Perbuatan Nabi

c)

Takrir Nabi

d)

Sifat Nabi

24.

"Setiap perlakuan, tindak-tanduk dan gerak geri Rasulullah SAW samada meliputi cara beribadah, aktiviti harian, hubungan kekeluargaan, etika masyarakat, akhlak dan sebagainya."


Pernyataan di atas merujuk kepada hadis yang disandarkan kepada?

a)

Perkataan Nabi

b)

Perbuatan Nabi

c)

Takrir Nabi

d)

Sifat Nabi

25.

"Sesuatu perkara yang dilakukan di hadapan baginda atau sampai ke pengetahuan baginda tentang sesuatu perkara, namun baginda tidak menegahnya atau tidak menzahirkan kebencian terhadap perbuatan tersebut namun baginda hanya berdiam diri dan membiarkannya."


Pernyataan di atas merujuk kepada hadis yang disandarkan kepada?

a)

Perkataan Nabi

b)

Perbuatan Nabi

c)

Takrir Nabi

d)

Sifat Nabi

26.

"Iaitu dari sudut jasmani seperti bentuk tubuh badan atau rohani seperti amanah dan jujur.."


Pernyataan di atas merujuk kepada hadis yang disandarkan kepada?

a)

Perkataan Nabi

b)

Perbuatan Nabi

c)

Takrir Nabi

d)

Sifat Nabi

27.

Berikut adalah nama lain bagi hadis kecuali?

a)

السنة

b)

الأثر

c)

الجر

d)

الرواية

28.

"Daripada Abi Hafs Umar Bin Al-Khattab RA, Aku mendengar Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: Sesungguhnya setiap amalan itu berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diinginkannya................."


Hadis di atas merupakan contoh hadis yang disandarkan kepada?

a)

Perkataan Nabi

b)

Perbuatan Nabi

c)

Takrir Nabi

d)

Sifat Nabi

29.

"Daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah menunaikan solat di atas haiwan tunggangannya ke arah mana pun haiwan itu mengadap, apabila baginda ingin menunaikan solat fardhu, baginda turun dari tunggangan dan mengadap kiblat"


Hadis di atas merupakan contoh hadis yang disandarkan kepada?

a)

Perkataan Nabi

b)

Perbuatan Nabi

c)

Takrir Nabi

d)

Sifat Nabi

30.

"Daripada Khalid bin Al-Walid berkata: Nabi SAW telah dihidangkan dengan gading Dhab bakar, maka diberitahu kepada baginda sesungguhnya ia daging Dhab maka baginda tidak mengambilnya. Maka Khalid bertanya adakah ianya haram? Baginda bersabda: Tidak, binatang tersebut tidak terdapat di kampung kaumku maka aku berasa tidak suka. Khalid memakannya sedangkan Rasulullah SAW melihat."


Hadis di atas merupakan contoh hadis yang disandarkan kepada?

a)

Perkataan Nabi

b)

Perbuatan Nabi

c)

Takrir Nabi

d)

Sifat Nabi