Font size
WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 100
Worksheet time: 50mins
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia_______________.
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________.
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik___________________
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai_______________ sebelum pergi ke sekolah.
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.
anak tut
anak tiri
anak bini
anak beranak
Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
langkah kanan
langkah kiri
langkah bendul
langkah seribu
Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
geli hati
makan hati
cekal hati
isi hati
Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
harga diri
harga mati
tanda mata
tanda harga
Yoke Lan ____________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
pekak badak
lepas tangan
makan hati
tidur mati
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci para penonton kerana __________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
banyak mulut
berat sebelah
angkat kaki
lepas tangan
Keadaan Aliff _____________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
bagia cicak makan kapur
bagai kumbang putus tali
bagai itik pulang petang
bagai badak berendam
Siti Norhana dan Nurul Amirah _______________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Puan Zainab _____________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
bagai melepas anjing tersepit
bagai dihiris dengan sembilu
bagai ayam disambar helang
bagai kaca jatuh ke batu
Oii Sik Lee dianggap ________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya ________________.
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam menegram telur
bagai pahat dengan penukul
bagai wau putus tali
Encik Badarudin _____________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seseorang yang tidak dikenali.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menghitung bulu kambing
bagai berumah di tepi pantai
bagai anjing buruk kepala
Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya ___________.
seperti rumput di tepi jalan
seperti tikus jatuh ke beras
seperti mendukung biawak hidup
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
Jalan raya menuju ke Cameron Highland agak curam dan bengkang-bengkok seperti _______________.
langit dengan bumi
aur ditarik songsang
pinang dibelah dua
ular kena palu
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti ________.
enau dalam belukar
kacang lupakan kulit
aur dengan tebing
dakwat dengan kertas
Farhana berasa _______________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.
makan hati
iri hati
ada hati
buah hati
Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya ____________ ke taman bunga.
ambil hati
ambil langkah
ambil ringan
ambil angin
Saraswaji __________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.
makan hati
jauh hati
iri hati
ambil hati
Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi __________ rakyat Malaysia.
buah tangan
buah mulut
buah hati
buah pena
___________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Makan hati
Hancur hati
Besar hati
Jatuh hati
___________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.
Air muka
Ada hati
Ada harapan
Air tangan
Perbuatan memberi atau menerima _________ ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
duit hantaran
duit pecah
duit raya
duit kopi
Cikgu Patricia tiba-tiba ____________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
ada angin
atas angin
naik angin
khabar angin
Emak menjadi _________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.
rambang mata
lupa daratan
serkap jarang
lipad kudung
Semua murid ____________ untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.
pasang badan
pasang telinga
ambil berat
ambil hati
Kamaruzaman ____________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
seperti mencurah garam ke laut
seperti kera mendapat bunga
seperti Belanda diberi tanah
seperti hujan jatuh je pasir
Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya __________.
tepuk dada tanya selera
segan bertanya sesat jalan
harapkan pagar, pagar makan padi
melentur buluh biarlah dari rebungnya
Zamir tidak mengamalkan sikap _________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
buang yang keruh ambil yang jernih
segan bertanya sesat jalan
sambil menyelam minum air
bagaimana acuan begitulah kuihnya
Sungguhpun Erra fazira dan Umie Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti
rambut sama hitam, hati lain-lain
sambil menyelam minum air
ukur baju di badan sendiri
tepuk dada tanya selera
Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai _______________.
cincin dengan permata
anjing dengan kucing
aur dengan tebing
isi dengan kuku
Shahrul tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin ________________.
lain di mulut lain di hati
tepuk dada tanya selera
indah khabar dari rupa
belakang parang diasah lagikan tajam
Encik Tarmizi __________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
seperti lembu dicucuk hidung
seperti anjing menyalak bukit
seperti tikus membaiki labu
seperti murai tercabut ekor
Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya ___________ kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.
bagai haruan makan anak
bagai kambing dihalau ke air
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai melepaskan batuk di tangga
Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja __________.
bagai gergaji dua mata
bagai pahat dengan penukul
bagai kucing kehilangan anak
bagai telur dihujung tanduk
Subramaniam seperti _________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
katak di bawah tempurung
ayam disambar helang
kera mendapat bunga
murai tercabut ekor
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa _________ bagi menyelesaikan kes keracunan makanan di kantin sekolah.
campur tangan
gila bayang
ambil ringan
bulat hati
Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh _____________ para penonton.
mengambil berat
mengambil tahu
menarik hati
mencuit hati
Semua guru tidak sepatutnya _________ terhadap anak didiknya semasa berada di dalam bilik darjah.
pilih kasih
patah hati
panas hati
perang mulut
Zuhairi merupakan _______________ pasukan bola baling Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.
lipas kudung
ayam tambatan
orang tengah
bekas tangan
Maizatul perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya _________.
pasang telinga
telinga kuali
pekak badak
telinga lintah
Semua mangsa banjir di Batu Pahat _________ untuk menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air.
mencari jalan
membuka jalan
mencari untung
membuka langkah
Penanam tembakau itu __________ di tengah panas untuk mencari rezeki menyara keluarga mereka.
curi tulang
tulang belakang
membanting tulang
ringan tulang
Penduduk Kampung Panchor __________ sejak pukul lapan pagi untuk membaiki jambatan yang rosak.
ringan tulang
ringan tangan
mandi kerbau
mandi keringat
Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang __________.
bidan terjun
bongkok udang
pening lalat
puteri lilin
Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di __________ kerana dia takutkan ombak.
atas pagar
luar pagar
gigi air
bawah angin
Kehidupan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya ____________.
bagai menatang minyak yang penuh
bagai kucing kehilangan anak
bagai kacang lupakan kulit
bagai aur dengan tebing
Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu ________________ kepada jiran tetangganya.
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti menanam tebu di tepi bibir
seperti membuka pekung di dada
seperti musuh dalam selimut
Segala janji manis wakil insurans itu ____________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menyusu kera di hutan
bagai anjing menyalak bukit
bagai menanam tebu di bibir
Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ____________.
seperti rusa masuk kampung
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti kera mendapat bunga
seperti si buta kehilangan tongkat
Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza ___________________.
seperti tikus jatuh ke beras
seperti langit dengan bumi
seperti pungguk rindukan bulan
seperti mentimun dengan durian
Intan seperti ____________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.
katak disimbah air
gagak pulang ke benua
melukut di tepi gantang
harimau menyembunyikan kukunya
Pasangan Dato' Khalid dan Datin Siti Nurhaliza memang sepadan jika disatukan laksana _____________.
lembu kasi
batik lasam
kunyit dengan kapur
garam dengan asam
Pelakon Maya Karin bagai _____________ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.
melepas anjing tersepit
bulan penuh purnama
haruan makan anak
itik pulang petang
Abng Safuan _________________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
bagai si kudung mendapat cincin
bagai anjing dengan kucing
bagai tikus membaiki labu
bagai kumbang putus tali
Kehidupan Syazwati ______________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri.
umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung
umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
bagai aur dengan tebing
bagai pinang dibelah dua
bagai kacang lupakan kulit
seperti anjing dengan kucing
Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.
seperti rusa masuk kampung
seperti belut pulang ke lumpur
seperti pungguk rindukan bulan
seperti kaca terhempas ke batu
Syukri dan isterinya berasa bangga menerima sebuah hamper makanan daripada jiran mereka sempena Hari Raya Aidilfitri.
hati emas
besar hati
hidung tinggi
tolak ansur
Walaupun sudah berkali-kali dinasihati, Mike sangat degil dan tidak mahu mendengar nasihat kedua ibu bapanya.
muka tembok
cakar ayam
fasih lidah
keras hati
Apakah peribahasa yang sesuai dengan maksud gambar di atas?
bagai menatang minyak yang penuh
Bagai gergaji dua mata
Bagai cincin dengan permata
Bagai anjing dengan kucing
Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
sampai hati
putih mata
pilih kasih
salah urat
Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
lidah bercabang
pisau cukur
curi tulang
mati kutu
Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
pisau cukur
perigi buta
lintah darat
otak udang
Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
makan gaji
makan hati
hati batu
ringan tulang
Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
mulut tempayan
kaki ayam
jejak bara
gigi hutan
Sarimah menulis novel pada waktu malam kerana dia sibuk bekerja di siang hari.
yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
tegak sama tinggi, duduk sama rendah
Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
hisap darah
busuk hati
cakar ayam
suka hati
Peribahasa yang membawa maksud "jangan mengikut teladan yang buruk"
Jangan berkemudi di haluan
Jangan meludah ke langit
Jangan bercermin di air keruh
Peribahasa untuk "perbuatan yang sia-sia"
ada bangkai, adalah hering
wayang kepadaman damar
wau melawan angin
peribahasa untuk "keburukan telah dilindungi oleh kebaikan"
Harta orang hendak digalas
Harum menghilangkan bau
Hati bagai baling-baling
Walaupun Rosli yang membuat biisng, namun kami tuurt didenda oleh CikguKalsom.
Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Sejak Pak Hussin jatuh sakit, keluarganya terpaksa ___________.
makan hati
ikat perut
makan suap
bersusah payah
Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.
tali barut
kaki wayang
bidan terjun
orang gaji
Aku tahu dia hanya ______, sebab itulah aku tidak mahu mengikutnya.
ajak-ajak ayam
nyawa-nyawa ikan
tidur-tidur ayam
tua-tua keladi
Datuk Kerol dan Datin Kiah mengambil ______ untuk menghantar ibu bapa mereka menuaikan haji pada tahun hadapan.
kambing hitam
bintang terang
kata putus
lidah pendeta
Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
berpeluk tubuh
makan suap
putih tulang
mati kutu
Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.
sehelai sepinggan
kacang hantu
kata putus
saudara kandung
Nancy sekadar ______ sahaja semasa menjaga ibunya yang sakit di hospital.
ajak-ajak ayam
tidur-tidur ayam
nyawa-nyawa ikan
gila-gila bahasa
“Tolonglah beredar dari tempat kami ______ ini'” rayu emak Tai Thong kepada ahli kongsi gelap yang mengganggu mereka.
mandi kerbau
cari makan
cepat tangan
main mata
Berubah ______ Seroja apabila dimarahi oleh Encik Aiman di hadapan rakan sekerjanya.
langkah tangan
kepala angin
telinga nipis
air muka
Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
banyak akal
lintah darat
gaji pokok
gaji buta
Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.
gulung tikar
curi tulang
angkat kaki
cuci perut
Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan ______.
perut kosong
buah tangan
beri muka
gerak hati
Mona ______ semasa emak dan ayahnya bernual-bual di ruang tamu.
pasang telinga
pekak badak
ikat perut
terang hati
Maria sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.
cahaya mata
bidan terjun
kaki wayang
anak kapal
Kami membawa ______ semasa menziarahi ibu Malek yang terlantar sakit di rumahnya.
buah tangan
buah mulut
buah pena
buah hati
Sarah terpaksa menjadi _______ menggantikan seorang pengadil yang jatuh sakit dalam pertandingan syarahan itu.
bongkok udang
adik kandung
besar kepala
bidan terjun
Dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana mereka lebih dahulu ______ daripada kita.
makan garam
kaki bangku
makan angin
kaki lima
Sejak peristiwa seram itu, ramai _____ tidak berani keluar pada waktu malam lagi.
kusut fikiran
lintah darat
kutu embun
kaki ayam
Usahakan perniagaan kamu sehingga berjaya dan janganlah sekadar ______ sahaja.
hangat-hangat tahi ayam
tidur-tidur ayam
ajak-ajak ayam
rabun ayam
Murid yang _____ itu engggan berkawan dnegan kami yang dianggapnya tidak setaraf dengannya.
mulut tempayan
hidung belang
hidung tinggi
telinga kuali
Wanita _____ itu hanya ingin berkawan dengan lelaki yang kaya sahaja.
lupa daratan
gulung tikar
pisau cukur
ambil berat
Semua _______ memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melayan penumpang dengan ramah.
mulut tempayan
anak angkat
anak kapal
mulut murai
Berhati-hati apabila bercakap dengan nenek kerana dia amat mudah ______jika kita bersalah cakap.
mabuk darah
keras kepala
pekak badak
kecil hati
Lelaki yang ______ itu sering mengganggu dan memerhatikan gerak-geri bekas isterinya.
gila-gila bahasa
gila bayang
buah hati
jatuh hati
