NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU - Simpulan Bahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 3 Gigih kerana murid-muridnya _______
rambang mata
terang hati
ada hati
Budak kecil ini ______ menjadi seorang pelukis yang disegani suatu hari nanti.
berat hati
hati batu
ada bakat
Azli diejek _______________ oleh rakan-rakannya kerana tidak pandai bermain bola sepak
kaki bangku
kaki kudung
angkat kaki
Encik Borhan berasa __________________ akan kejayaan anak-anak muridnya.
besar hati
hati batu
besar kepala
"Emak membebel sebab emak _____________ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja, " kata Mak Munah kepada anak perempuannya.
ambil hati
cari salah
ambil berat
Puan Mona seorang yang kedekut. Dia digelar _____________
buah mulut
tangkai jering
telinga kuali
Ruhaimi suka membantu ibu bapanya melakukan kerja-kerja rumah. Dia seorang yang ____________.
mulut tempayan
ringan tulang
hati waja
Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _____________ itu.
pekak badak
mulut tempayan
pasang telinga
Pemuda-pemuda itu ber_____________ semasa menyiapkan kerja-kerja menanam di ladang kelapa sawit.
kaki ayam
hati batu
mandi peluh
Mereka ______________ untuk menyelesaikan masalah itu bersama-sama.
berat tulang
makan hati
bulat hati
______________ Pak Leman apabila mendapat tahu anaknya, Shahir terlibat dengan najis dadah itu.
Iri hati
Hancur hati
Besar hati
Mila _______________ sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana tidak tidur semalaman.
berat mata
hilang akal
berat hati
"Janganlah kamu menjadi _______________ yang suka merayau-rayau pada malam hari," nasihat Pak Cik Bakar kepada anaknya Bakri.
lintah darat
kutu embun
mati kutu
Mak Munah ___________________ melepaskan anaknya, Salwa untuk pergi berkerja di Kuala Lumpur.
makan hati
ambil hati
berat hati
Setiap hujung minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan __________________ yang tidak mahu ketinggalan menonton cerita terbaharu.
kaki botol
kaki wayang
kaki ayam
