wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Peribahasa SPM Sebenar

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

a)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

b)

bagai aur dengan tebing

c)

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

d)

bagai cacing kepanasan

2.

Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

a)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

b)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

c)

ibarat burung, mata lepas badan terkurung

d)

bagai mencurah air di daun keladi

3.

Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

a)

belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

b)

habis manis sepah dibuang

c)

air beriak tanda tak dalam

d)

ukur baju di badan sendiri

4.

Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ______

a)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

b)

bahasa jiwa bangsa

c)

di mana bumi dipijak, di situ langin dijunjung

d)

angin sepoi-sepoi bahasa

5.

Orang yang lupa akan asal usulnya

a)

bagai kacang lupakan kulit

b)

bagai abu di atas tunggul

c)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

d)

bagai air digenggam tak tiris

6.

Bersama-sama dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan

a)

seperti si buta baru melihat

b)

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

burung terbang dipipiskan lada

7.

Bagai dakwat dengan kertas

a)

selalu bergaduh

b)

bekerjasama dengan bersungguh-sungguh

c)

menyiapkan tugas dengan cepat

d)

perhubungan yang sangat rapat

8.

seperti air dalam kolam

a)

orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya

b)

orang yang tidak tahu membuat kerja

c)

orang yang pemalas

d)

orang yang suka berdiam diri

9.

Bagai menatang minyak yang penuh

a)

mengerjakan sesuatu yang sia-sia

b)

memelihara anak dengan penuh kasih sayang

c)

tidak mengenang jasa

d)

menjaga ibu bapa yang telah tua

10.

Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

a)

keluarga yang hidup susah

b)

mencapai keputusan dalam mesyuarat

c)

pembahagian yang sama banyak

d)

tolong-menolong dalam kehidupan

11.

Tiada rotan akar pun berguna

a)

mengharapkan pertolongan pada orang yang lemah

b)

tidak mungkin dapat dilakukan

c)

orang yang tidak menepati janji hingga bergaduh

d)

sementara belum ada yang lebih baik bolehlah dipakai yang ada dahulu

12.

Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri

a)

orang yang lemah mudah dianiayai oleh orang yang berkuasa

b)

ilmu yang diamalkan tidak berguna

c)

menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga

d)

nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi

13.

Bagai lebah menghimpunkan madu

a)

orang yang sangat pemalas

b)

orang yang amat berani

c)

orang yang sangat rajin

d)

orang yang sungguh bijak

14.

Seperti si buta baru celik

a)

seseorang yang diharapkan menjadi pembelot

b)

makin kaya makin banyak sahabat

c)

orang yang cerdik dan pandai

d)

menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat

15.

Kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau

a)

sesuatu yang sangat sukar diperoleh

b)

tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yang disimpan sahaja dan tidak diajarkan kepada orang lain

c)

menderita kerana perbuatan orang yang karib

d)

kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya

16.

Besar pasak daripada tiang

a)

sepakat, seia sekata

b)

besar belanja daripada pendapatan

c)

hidup dalam kesusahan

d)

tidak menuntut aturan

17.

Pasangan yang sepadan

a)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

b)

sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

kalah jadi abu, menang jadi arang

18.

Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya

a)

bagai kacang lupakan kulit

b)

tepuk sebelah tangan takkan berbunyi

c)

tepuk dada, tanya selera

d)

pipit hendak menjadi enggang

19.

Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal

a)

alah bisa tegal biasa

b)

belut pulang ke lumpur

c)

ada gula ada semut

d)

bagai cendawan tumbuh selepas hujan

20.

Sengaja mencari susah atau bahaya

a)

pipit menelan jagung

b)

ke sungai sambil mandi

c)

menjolok sarang tebuan

d)

bagai aur ditarik songsang