wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ilmu Falak dan Astronomi APADILANGIT

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah itu ilmu falak ?

a)

Ilmu mengkaji kedudukan objek langit

b)

Ilmu yang berkait rapat dengan keperluan ikhtiar hidup manusia

c)

Ilmu kaji bumi

d)

Ilmu yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia seharian dalam ibadat umum

2.

Astronomi Islam berkembang dengan sangat maju pada Zaman Keemasan Islam. Kawasan yang paling banyak aktiviti pengajian astronomi Islam terletak di ______.


I-Timur Tengah

II-Al-Andalus

III-Afrika Selatan

IV-Sepanyol

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II , III & IV

d)

II & IV

3.

Apakah nama-nama bintang di dalam buruj Belantik (Orion) yang boleh digunakan untuk tentukan arah kiblat bagi umat Islam di Malaysia?


I-Mintaka

II-Alnitak

III-Alnilam

IV-Sirius

a)

I & II

b)

II & IV

c)

I & III

d)

I , II & III

4.

4. Antara tokoh-tokoh berikut, yang mana merupakan tokoh falak?


I-Al-Biruni

II-Al-Khawarizmi

III-Ibnu Haitam

IV-Sultan Ulugh Beg

a)

I & II

b)

II & II

c)

III & IV

d)

I , II , III & IV

5.

Antara perkara berikut, yang manakah merupakan instrumen falak yang telah dicipta oleh tokoh falak Islam yang terdahulu?

a)

Astrolab

b)

Roket

c)

Teropong

d)

Kamera

6.

Waktu solat juga dapat ditentukan dengan cara __________.

a)

Mendengar bunyi kicauan burung

b)

Mengetahui bayang-bayang sesuatu objek yang berdiri tegak.

c)

Turunnya hujan lebat

d)

Melihat kompas magnet

7.

Permulaan bulan puasa bagi umat islam seluruh dunia adalah pada bulan?

a)

Syawal

b)

Muharam

c)

Ramadhan

d)

Rejab

8.

Apakah nama proses yang dilakukan oleh para Mufti dan ulama di Malaysia untuk melihat anak bulan Syawal?

a)

Penyembelihan haiwan ternakan

b)

Solat sunat Raya Aidilfitri

c)

Rukyatul Hilal/Cerapan anak bulan

d)

Solat Tarawih

9.

Apakah alatan yang digunakan untuk mencerap objek-objek samawi?

a)

Kaca mata

b)

Teleskop

c)

Kanta pembesar

d)

Mata kasar

10.

Terdapat beberapa kalendar yang diguna pakai oleh manusia antaranya Masihi dan Hijri. Kalendar Hijri dikira berdasarkan –:

a)

Bulan berputar pada paksinya

b)

Bumi berputar pada paksinya

c)

Bumi mengelilingi matahari

d)

Bulan mengelilingi bumi

11.

Jam matahari (sundial) ialah:

a)

Sebuah alat untuk mengukur waktu menggunakan kedudukan matahari di langit

b)

Sebuah alat untuk mengetahui arah mata angin geografi

c)

Sebuah alat untuk mengukur panjang bayang matahari

d)

Sebuah alat untuk mengira jadual waktu solat harian

12.

Pergerakan bulan mengelilingi bumi turut mempengaruhi ________ di bumi.

a)

Suhu

b)

Pasang surut air laut

c)

Manusia

d)

Cuaca

13.

Ibadat haji ialah ibadat yang dikerjakan oleh umat Islam pada bulan Hijriyah yang telah ditetapkan. Pada bulan manakah ibadat haji dilakukan?

a)

Muharam

b)

Safar

c)

Ramadhan

d)

Zulhijjah

14.

Alat ini merupakan satu alat papan kepingan yang berbentuk sukuan yang digunakan untuk mengukur tinggi matahari untuk mengetahui waktu. Alat tersebut dipanggil sebagai _________ .

a)

Rubu’ Mujayyab

b)

Tongkat istiwa

c)

Kalkulator

d)

Papan ukur

15.

Bangunan yang digunakan untuk melakukan cerapan langit adalah:

a)

Balai polis

b)

Balai cerap

c)

Menara telekomunikasi

d)

Menara tinjau

16.

Dalam Surah At-taubah ayat 36, tuhan melarang penambahan bulan dan menetapkan bilangannya. Berapakah bilangan bulan yang dibenarkan?

a)

10

b)

12

c)

11

d)

9

17.

Apakah peralatan falak yang digunakan ahli falak ketika dahulu yang masih digunakan di Malaysia pada hari ini?

a)

Sundial

b)

Astrolabe

c)

Rubu’ Mujayyab

d)

Jam Pasir

18.

Apakah konsep matematik yang digunapakai pada rubu’ mujayyab?

a)

Trigonometri

b)

Fungsi

c)

Indeks dan Logarithma

d)

Pembezaan

19.

Siapakah diantara berikut merupakan tokoh falak Malaysia?

a)

Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj

b)

Sheikh Tahir Jalaluddin al-Falaki

c)

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

d)

Ustaz Azhar Idrus

20.

Ulugh Beg merupakan seorang tokoh astronomi Islam pada akhir abad ke-14. Beliau juga melakukan pengkajian astronomi berkaitan ______. Antara penemuan beliau ialah kiraan tepat dalam trigonometri dan geometri sfera.

a)

Fizik

b)

Biologi

c)

Falsafah

d)

Matematik

21.

Melihat atau mencerap hilal pada setiap akhir bulan hijriah bagi menentukan kemasukan awal bulan islam yang dilakukan oleh umat islam . Pada tarikh manakah dilakukan cerapan anak bulan ?

a)

29hb / 30hb

b)

30 hb / 31 hb

c)

28hb / 29 hb

d)

27 hb / 28 hb

22.

Abdul Rahman Al-Sufi ialah salah satu tokoh astronomi Islam yang terkemuka. Beliau telah menemukan galaksi _______ pada 964 AD. Ia merupakan antara galaksi terawal yang ditemui selain Bima Sakti oleh saintis di dunia.

a)

Messier 82

b)

Andromeda

c)

Sombrero

d)

Messier 81

23.

Berikut merupakan ciri-ciri kepada salah satu fenomena alam. Manakah fenomena yang paling tepat?


i - matahari, bumi dan bulan berada dalam satu satah

ii - bulan berada di antara Matahari dengan bumi dalam satu satah yang sama

a)

Gerhana matahari penuh dan gerhana bulan penuh

b)

Gerhana Matahari separa dan gerhana bulan separa

c)

Gerhana Matahari Cincin dan Fasa Bulan Purnama Gerhana

d)

Matahari Penuh dan Fasa Bulan Penuh

24.

Siapakah yang telah mencipta teleskop pertama untuk mencerap langit?

a)

Aristotle

b)

Galileo Galilei

c)

Al-Khawarizmi

d)

Al-Biruni

25.

Pada Zaman pemerintahan khalifah manakah penggunaan takwim hijriyah mula diperkenalkan?

a)

Era Khalifah Umar Al-Khatab

b)

Era Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

c)

Era Khalifah Uthman bin affan

d)

Era Khalifah Ali bin Abi Thalib

26.

Dalam surah Al-An’am ayat 97, Allah telah menerangkan mengenai perihal kegunaan bintang-bintang sebagai pedoman manusia dalam perjalanan ke sesuatu tempat. Apakah kegunaan buruj bintang bagi manusia?

a)

Sebagai panduan manusia untuk berlayar di laut

b)

Sebagai petunjuk arah mata angin

c)

Sebagai perhiasan dilangit malam

d)

Sebagai objek langit untuk dicerap

27.

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 185 , Allah telah memerintahkan agar umat islam melakukan ibadat khusus yang memerlukan manusia menahan lapar daripada terbit fajar hingga terbenarnya matahari. Pada bulan apakah ibadat tersebut diwajibkan kepada umat islam untuk disempurnakan ibadat tersebut?

a)

Zulhijjah - (ibadat haji)

b)

Ramadhan - (puasa)

c)

Muharam - (puasa sunat 10 muharam)

d)

Zulkaedah - (hari raya aidil adha)

28.

Rajah di atas menunjukkan buku siri pertama kepada gugusan buku paling masyhur yang dikarang oleh Ibnu Haitam. Apakah gelaran yang diberikan kepada Ibnu Haitam pada zaman dahulu?

a)

Bapa Algebra

b)

Bapa Optik Moden

c)

Bapa Kimia

d)

Bapa Elektrik

29.

Alat di sebelah merupakan sebuah instrumen astronomi yang digunakan untuk mencerap dan membuat pengiraan berkaitan kedudukan dan pergerakan objek samawi seperti matahari, bulan, bintang dan planet. Apakah nama alat tersebut?

a)

Rubu Mujayyab

b)

Astrolab

c)

Tongkat Istiwa

d)

Kalkulator

30.

Di kawasan Samarkand negara Uzbekistan sekarang, terdapat sebuah balai cerap yang telah dibina oleh seorang sultan yang amat meminati ilmu falak dan melakukan kajian dalam bidang tersebut. Apakah nama tokoh tersebut yang terkenal dalam bidang kajian ilmu falak tersebut?

a)

Sultan Murad III

b)

Sultan Ulugh Begh

c)

Nasiruddin al-Tusi

d)

Sultan Mansur Shah