wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah Bab 7

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apabila berakhirnya Tamadun Indus, berlaku perubahan dalam perkembangan Tamadun India.


Dimanakah pusat perkembangan Tamadun India beralih?

a)

Lembah Indus

b)

Lembah Ganges

c)

Sungai Godaveri

d)

Sungai Mahanadi

2.

Istilah berikut berkaitan dengan kerajaan Tamadun India.


"Mahajanapada"


Istilah tersebut merujuk kepada kerajaan .....

a)

Lama

b)

Kecil

c)

Besar

d)

Baharu

3.

Apakah faktor yang mempengaruhi sesebuah kerajaan menjalankan dasar perluasan kuasa?


I Kewangan

II Dasar ekonomi

III Kehendak rakyat

IV Dasar pemerintahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Perluasan fizikal dilakukan oleh sesebuah kerajaan dengan menguasai wilayah-wilayah lain.


Faktor manakah paling penting membolehkan perluasan kuasa tersebut tercapai?

a)

Diplomasi

b)

Tolak ansur

c)

Kekuatan tentera

d)

Sokongan penduduk

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India.


✅ Perluasan kuasa

✅ Perluasan keagamaan


Apakah kebaikan perluasan keagamaan berbanding perluasan fizikal?

a)

Mengutamakan kedamaian

b)

Menguasai wilayah yang luas

c)

Meningkatkan kekuatan kerajaan

d)

Mengukuhkan kedudukan pemerintah

6.

Siapakah yang memulakan perluasan keagamaan dalam Tamadun India?

a)

Asoka

b)

Samudragupta

c)

Chandragupta I

d)

Chandragupta Maurya

7.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Asoka mengubah dasar perluasan kuasa daripada perluasan fizikal kepada perluasan keagamaan?

a)

Perang Kalinga

b)

Perebutan takhta

c)

Serangan orang Aryan

d)

Tuntutan penduduk tempatan

8.

Pada zaman pemerintahan Dinasti Gupta, penekanan diberikan kepada agama .....

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Buddha

d)

Kristian

9.

Dalam Tamadun China, bagaimanakah status golongan petani boleh berubah kepada kelas yang lebih tinggi?

a)

Membayar cukai

b)

Mengumpul harta

c)

Memberikan taat setia

d)

Meningkatkan tahap pendidikan

10.

Konfusius merupakan seorang ahli falsafah yang terkemuka di China.


Apakah karya beliau yang terkenal?

a)

Lun Yu

b)

Da Xue

c)

Tao Te Jing

d)

Zhong Yong

11.

Mengikut Han Fei Zi, tingkah laku manusia boleh dikawal melalui ....m

a)

Ajaran agama

b)

Sistem pendidikan

c)

Ketegasan undang-undang

d)

Didikan institusi kekeluargaan

12.

Apakah ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam China?


I Berasaskan falsafah legalisme

II Terbuka kepada calon lelaki sahaja

III Mengekalkan tradisi dan budaya China

IV Berubah mengikut kesesuaian masa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Sebelum peperiksaan berlangsung, calon-calon peperiksaan akan dikurung.


Mengapakah tindakan tersebut perlu diambil?

a)

Mencegah penipuan

b)

Menenangkan penipuan

c)

Menjamin kualiti peperiksaan

d)

Mengelakkan ketidakhadiran calon

14.

Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan masyarakat China. Peperiksaan tersebut adalah berkisarkan .....

a)

Salasilah kerabat diraja

b)

Sejarah negara China

c)

Sembilan Buku Suci

d)

Sistem perundangan

15.

Setiap calon yang lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam akan memperoleh pelbagai keistimewaan berdasarkan tahap kelulusan mereka.


Apakah keistimewaan yang diterima oleh calon yang lulus peperiksaan tahap kedua (Juren)?

a)

Menjadi pengiring maharaja

b)

Pangkat tinggi dalam kerajaan

c)

Mempunyai kakitangan pengiring

d)

Kakitangan kerajaan peringkat rendah