Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 6

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Dalam cerita-cerita pada zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor ____________ yang pintar.

a)

orang

b)

haiwan

c)

makhluk

d)

binatang

2.

Hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong ialah ____________.

a)

batik

b)

dodol

c)

gamelan

d)

tarian inang

3.

Pada kebiasaannya, mak andam akan memberi sekapur _________ kepada bakal pengantin untuk menaikkan seri wajah pengantin semasa bersanding.

a)

sirih pemalu

b)

sirih pemutih

c)

sirih penyegan

d)

sirih pemanis

4.

Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.

a)

garam

b)

gula

c)

ubat

d)

hati

5.

Sebuah ___________ desa telah dibina di perkampungan Orang Asli itu dalam usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka.

a)

kilang

b)

klinik

c)

tadika

d)

sekolah

6.

Maria dihadiahi ayahnya sebuah _________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun lalu.

a)

kereta

b)

beca

c)

motosikal

d)

basikal

7.

Dengan senyum manis, ___________ itu menghidangkan minuman kepada penumpang.

a)

seniwati

b)

pramusaji

c)

pramugari

d)

peragawati

8.

Seandainya tiada aral melintang, bantal bermuzik ini akan kami pasarkan pada minggu depan.


Pilih perkataan sinonim bagi aral.

a)

sekatan

b)

tegahan

c)

bantahan

d)

rintangan

9.

Kami dibekalkan dengan se_____________ sabun semasa menyewa di hotel bajet itu.

a)

keping

b)

butir

c)

buku

d)

biji

10.

Puan Suliyani mengambil se_________ bunga telur dari pahar lalu menghulurkannya kepada tetamu.

a)

kaki

b)

jambak

c)

tangkai

d)

kuntum

11.

Murid Tahun Enam Baiduri kelam-kabut apabila _______ masuk ke kelas itu secara tiba-tiba.

a)

guru Besar

b)

guru besar

c)

Guru besar

d)

Guru Besar

12.

Kami rindu akan ________. Sudah lama kami tidak mendengar khabar daripadanya.

a)

pak long

b)

Pak long

c)

Pak Long

d)

pak Long

13.

Program Minggu Sains dan Teknologi itu dirasmikan oleh __________ PIBG.

a)

yang dipertua

b)

Yang Dipertua

c)

Yang di Pertua

d)

Yang Di pertua

14.

"Sudilah kiranya ___________ naik ke teratak ________ yang hina ini," kata Pawang Diraja kepada Sultan Iskandar.

a)

saudara....beta

b)

Tuanku...hamba

c)

baginda....patik

d)

tuan hamba....hamba

15.

"Saya berharap agar _______ akan bermain dengan sungguh-sungguh untuk memenangi kejohanan ini," kata jurulatih itu kepada para pemainnya.

a)

anda

b)

kamu

c)

kalian

d)

engkau

16.

Pilih perkataan yang ejaannya betul.

a)

dim sum

b)

intisari

c)

ping pong

d)

was-was

17.

Sate yang sedang __________ oleh Pak Manap itu telah ditempah oleh seorang kenamaan.

a)

disalai

b)

dibakar

c)

dikukus

d)

didiang

18.

Lidah adik melecur kerana ________ air teh yang panas.

a)

terhirup

b)

terhidap

c)

tertelan

d)

tersedut

19.

Hani ______________ perut Maria sehingga kakaknya itu ketawa terbahak-bahak.

a)

mencuit

b)

memulas

c)

mencubit

d)

menggeletek

20.

Kami sempat _______________ sotong semasa menghabiskan cuti semester di Terengganu.

a)

menjala

b)

mengail

c)

mencandat

d)

memancing

21.

Guru itu menyatakan __________ kebanyakan murid beliau amat rajin sekali.

a)

yang

b)

semoga

c)

bahawa

d)

malahan

22.

Rakyat menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk membangunkan semula sektor ekonomi negara.


Pilih perkataan berlawan bagi menyokong.

a)

melawan

b)

membantah

c)

menyanggah

d)

memberontak

23.

Wani __________________ gagal dalam peperiksaan pada awal tahun. Oleh sebab itu, dia begitu tekun mengulang kaji pelajaran untuk membaiki kesilapannya.

a)

masih belum

b)

sudah pernah

c)

belum pernah

d)

masih sedang

24.

Untuk menjaga kesihatan pada usia tua, kita haruslah bijak mengawal cara pemakanan dan sepatutnya _______ melakukan aktiviti riadah.

a)

baru sudah

b)

sudah mula

c)

telah pernah

d)

sudah pernah

25.

Hanya peserta yang cekal _________ menamatkan larian itu.

a)

harus

b)

boleh

c)

masih

d)

dapat

26.

Ikan buntal agak unik bentuknya kerana memiliki perut yang ______.

a)

boroi

b)

luncai

c)

buncit

d)

gemuk

27.

Pelancong asing itu agak _________ apabila terpaksa menggunakan tangan semasa menikmati laksa Johor.

a)

resah

b)

kalut

c)

kekok

d)

runsing

28.

Jailani dipuji oleh Cikgu Mizan kerana tulisannya _________ dan __________.

a)

rapi...elok

b)

lawa...jelas

c)

bersih...besar

d)

kemas...cantik

29.

Baju yang dijual di butik ternama itu agak ___________ kerana harga yang diletakkan amat __________.

a)

tinggi...mahal

b)

mahal...tinggi

c)

murah...rendah

d)

rendah...murah

30.

Suara Cikgu Salwa _________ lantang ketika menyampaikan ceramah.

a)

tersangat

b)

tersangat amat

c)

teramat sangat

d)

tersangat sekali

31.

Lukisan yang mahal itu ________ cantik _________.

a)

sangat...sekali

b)

teramat...sangat

c)

tersangat...sungguh

d)

amat sungguh...sekali

32.

Bisa gigitannya __________ pedih.

a)

paling amat

b)

sangat begitu

c)

sungguh amat

d)

tersangat sekali

33.

Murid ___________ di sekolah itu ialah Maria Marianna.

a)

terpandai

b)

terpandai sekali

c)

paling terpandai

d)

paling pandai sekali

34.

Betulkan kesalahan tatabahasa di bawah.


sebahagian pendapatan

(a)  

35.

Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah _________ bagi memenuhi kemudahan pengkaji bintang.

a)

balai cerap

b)

balai besar

c)

balairung seri

d)

balai bertingkat

36.

__________ terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

a)

Sejauh-jauh

b)

Selangit-langit

c)

Setinggi-tinggi

d)

Serendah-rendah

37.

Murid-murid tadika itu menjawab secara ___________ soalan gurunya.

a)

serentak

b)

langsung

c)

sekali gus

d)

berulang kali

38.

Betulkan kesalahan tatabahasa di bawah.


akibat daripada pencemaran

(a)  

39.

Penganjur kem motivasi itu mengedarkan borang __________ untuk menilai persembahan para penceramhnya.

a)

uji kaji

b)

soal selidik

c)

kaji selidik

d)

bedah siasat

40.

Pak Atan meletakkan orang-orangan di _________ bendang untuk menghalau burung.

a)

atas

b)

tengah

c)

tepi

d)

hujung