wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengenalan Kepada Ekonomi

Total questions: 24

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ekonomi adalah kajian tentang

a)

bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas.

b)

bagaimana manusia memperuntukkan sumber ekonomi.

c)

tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang terhad.

d)

tindakan manusia untuk mengurangka pembaziran sumber.

2.

Sebuah universiti awam hanya mampu mengambil 2000 orang pelajar baharu walaupunpelajar yang layak ialah 7000 orang. Masalah ekonomi dalam situasi di atas ialah..

a)

pilihan

b)

kekurangan

c)

kehendak yang terhad

d)

sumber ekonomi yang tidak terhad

3.

Apakah matlamat isi rumah untuk membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah kekurangan?

a)

meminimakan kos

b)

memaksimumkan tabungan

c)

memaksimakan kepuasan

d)

meminimakan perbelanjaan

4.

Matlamat berikut mengenai masalah ekonomi.


sebuah pawagam hanya boleh menampung 200 orang penonton walaupun terdapat 300 orang penonton yang ingin menonton wayang yang disiarkan semalam.


Masalah ekonomi yang berkaitan dengan situasi di atas ialah

a)

pilihan

b)

kos lepas

c)

kekurangan

d)

kegagalan projek syarikat pawagam

5.

Antara yang berikut yang manakah merupakan sumber ekonomi? Sila buat pilihan anda.

a)

tanah

b)

buruh

c)

rumah

d)

sungai

6.

Persamaan antara buruh dengan usahawan ialah.. sila pilih jawapan anda..

a)

kedua-duanya menanggung risiko kerugian.

b)

kedua-duanya menerima upah sebagai ganjaran.

c)

kedua-duannya memberi sumbangan kepada ekonomi.

d)

kedua-duanya merupakan faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran.

7.

Antara berikut yang manakah betul tentang sumber ekonomi?

a)

penawaran modal tidak terhad.

b)

buruh mempunyai mobiliti geografi yang terhad.

c)

harga tanah semakin tinggi dalam jangka masa panjang.

d)

usahawan menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran.

8.

Puan Cici merupakan pengusaha keropok lekor di Terengganu. Beliau memiliki sebuah kedai dua tingkat dan menggajikan 5 orang pekerja.


Pernyataan yang manakah betul tentang Puan Cici.

a)

mendapat ganjaran berbentuk keuntungan.

b)

menyumbangkan tenaga fizikal dan mental.

c)

tidak menanggung risiko kerana keropok lekor mendapat sambutan tinggi.

d)

tidak mempunyai mobiliti geografi.

9.

kos lepas wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi

a)

terhad

b)

tidak terhad

c)

bersifat boleh diperbaharui

d)

bersifat tidak boleh diperbaharui

10.

Puan Bee membelanjakan RM3500 untuk membeli sebuah komputer riba yang baharu. Kos lepasnya ialah

a)

jumlah yang perlu dibayar untuk komputer riba.

b)

masa yang digunakan untuk memilih komputer riba.

c)

telefon bimbit yang boleh dibeli dengan wang perbelanjaan tersebut.

d)

perbelanjaan untuk elektrik yang perlu ditanggung untuk mengecas komputer riba tersebut.

11.

Maklumat berikut menunjukkan pilihan kaedah pengeluaran Syarikat Wira Berhad.


keluaran (unit) Kaedah A Kaedah B

kerusi 800 300

meja 550 900


Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Syarikat Wira Berhad jika menukar kaedah pengeluaran daripada kaedah A

kepada kaedah B.

a)

250 meja

b)

350 meja

c)

500 kerusi

d)

1100 kerusi

12.

Jadual menunjukkan dua jenis keluaran sebuah firma dengan menggunakan kaedah pengeluaran yang berlainan.


Kaedah keluaran kipas (unit) kabinet TV (unit)

A 20 100

B 40 70

C 60 60

D 80 40


Jika pengeluar menukar kaedah pengeluaran dari B ke D, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 80 unit kipas?

a)

70 unit kabinet tv

b)

40 unit kabinet tv

c)

30 unit kabinet tv

d)

40 unit kipas

13.

Jadual dibawah menunjukkan gabungan kasut dan baju sukan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat.


Kasut (pasang) Baju sukan (helai)

0 5000

1000 4000

2000 2500

3000 500

4000 0


Hitung kos lepas apaila syarikat tersebut menambah pengeluaran kasut dari 1000 pasang ke 2000 pasang.

a)

1500 helai baju sukan

b)

2500 helai baju sukan

c)

4000 helai baju sukan

d)

6500 helai baju sukan

14.

Rajah berkaitan dengan satu keluk kemungkinan pengeluaran.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tentang keluk kemungkinan pengeluaran?

a)

titik A,B dan Cmenunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap.

b)

titik A menunjukkan semua sumber ekonomi digunakan untuk pengeluaran barang pengguna sahaja.

c)

titik E menunjukkan ketidakcekapan ekonomi.

d)

titik D menunjukkan ketidakupayaan ekonomi

15.

Rajah menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran.

Pilih pernyataan yang benar menggambarkan titik S.

a)

faktor pengeluaran yang sedia ada digunakan sepenuhnya.

b)

tingkat pengeluaran berlaku pada tahap guna tenaga penuh.

c)

faktor pengeluaran yang sedia ada tidak mencukupi untuk pengeluaran.

d)

Ekonomi gagal menggunakan faktor pengeluaran yang sedia ada dengan sepenuhnya.

16.

Antara pasangan berikut, yang manakah benar?

a)

Masalah asas ekonomi: apa yang hendak dikeluarkan

Huraian : ditentukan melalui kaedah pengeluaran intensif buruh

atau intensif modal.

b)

Masalah asas ekonomi : bagaimana hendak dikeluarkan.

Huraian : ditentukan oleh pengeluar dan kerajaan.

c)

Masalah asas ekonomi : Bagaimana hendak dikeluarkan.

Huraian : ditentukan melalui citarasa dan permintaan

masyarakat.

d)

Masalah asas ekonomi : untuk siapa dikeluarkan.

Huraian : ditentukan melalui corak agihan pendapatan dalam

ekonomi.

17.

Antara berikut yang manakah boleh dilakukan oleh seorang usahawan dalam sistem ekonomi kapitalis?

a)

menentukan tingkat keuntungan.

b)

menentukan permintaan untuk sesuatu barang atau perkhidmatan.

c)

menentukan harga pasaran untuk sesuatu barang atau perkhidmatan.

d)

menggabungkan sumber ekonomi untuk menghasilkan sesuatu barang atau perkhidmatan.

18.

Antara yang berikut manakah ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat? pilih 2 jawapan.

a)

motif firma adalah menjaga kebajikan rakyat.

b)

individu,swasta dan kerajaan memiliki sumber ekonomi.

c)

harga barang ditentukan oleh kuasa pasaran dan kerajaan.

d)

kerajaan membuat keputusan tentang peruntukan sumber dalam ekonomi.

19.

Maklumat berkaitan dengan satu sistem ekonomi.


Pengguna tidak bebas untuk membuat pilihan kerana campur tangan kerajaan.


Apakah sistem ekonomi yang digambarkan oleh pernyataan di atas?

a)

Ekonomi Islam

b)

sistem ekonomi sosialis

c)

sistem ekonomi kapitalis

d)

sistem ekonomi campuran

20.

Antara yang berikut, manakah menggambarkan sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

kerajaan menentukan agihan sumber dalam ekonomi.

b)

kerajaan menurunkan cukai pendapatan sebanyak 2%.

c)

menteri kewangan membentangkan belanjawan negara.

d)

pengeluar meningkatkan pengeluaran televisyen sebanyak 25% disebabkan peningkatan permintaan pengguna.

21.

Sistem ekonomi pasaran bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat kerana

a)

menggalakkan perkembangan teknologi dan inovasi

b)

mengutamakan kebajikan masyarakat.

c)

pengeluaran barang secara besar-besaran.

d)

agihan pendapatan yang adil dan seimbang.

22.

Satu ekonomi berubah dari sistem ekonomi pasaran bebas ke sistem ekonomi perancangan pusat . Antara berikut manakah mungkin berlaku akibat perubahan di atas?

a)

peranan sektor swasta dalam ekonomi : meningkat.

peranan sektor kerajaan dalam ekonomi menurun.

b)

peranan sektor swasta dalam ekonomi : menurun

peranan sektor kerajaan dalam ekonomi meningkat.

c)

peranan sektor swasta dalam ekonomi : meningkat.

peranan sektor kerajaan dalam ekonomi meningkat.

d)

peranan sektor swasta dalam ekonomi : menurun.

peranan sektor kerajaan dalam ekonomi menurun.

23.

Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu sistem ekonomi.


Penduduk sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi perancangan pusat beratur untuk mendapatkan barang keperluan.


Keadaan di atas berlaku disebabkan

a)

pengeluar bermotifkan keuntungan.

b)

kerajaan ingin memastikan agihan barang yang cekap.

c)

faktor pengeluaran mempunyai mobiliti yang tinggi.

d)

pilihan pengguna yang menentukan corak pengeluaran barang dalam ekonomi.

24.

Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem ekonomi negara X.


individu negara x bebas membuat keputusan dalam aktiviti ekonomi. Kerajaan akan campur tangan sekiranya berlaku sebarang penyelewengan dalam aktiviti ekonomi.


apakah sistem ekonomi yang diamalkan di negara x?

a)

ekonomi islam

b)

sistem ekonomi sosialis

c)

sistem ekonomi kapitalis

d)

sistem ekonomi campuran