Font size
WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Apakah maksud peribahasa "BAGAI AUR DENGAN TEBING"?
Bekerjasama
Buat kerja apabila disuruh sahaja
Buat kerja dengan sia-sia
Saling memerlukan antara satu sama lain
Pilih "ayat tanya" yang betul.
Siapakah nama kamu?
Kamu suka makan kek?
Di manakah kamu tinggal?
Berapakah kamu makan?
Ibu____adunan tepung beras dengan hujung jarinya untuk dibuat onde-onde.
menguli
mengadun
mengayak
menggentel
Cikgu Salmiah______beberapa biji kelapa untuk mendapatkan santan.
memagut
memarut
meragut
mengukur
Nurin_____anaknya di pinggang ketika membuat kerja rumah.
menggendong
memapah
mengelek
menjinjing
Amin dan kawannya_____atlet lumba lari yang tercedera______kaki.
mendukung...pada
mengusung...di
memapah...pada
menyokong...pada
Qayyum_______ekspedisinya menuju ke utara dengan_________kompas magnet.
melanjutkan...berpandukan
menyambungkan...berdasarkan
meneruskan...berpandukan
menangguhkan...berpandukan
Naufal__________di dalam biliknya ______ pagi tadi kerana dimarahi ibunya.
terkurung...dari
terperap...sejak
terperam...semenjak
terpendam...sejak
Istana lama yang ___indah itu_____oleh arkitek yang terkemuka.
terdiri...dibangunkan
tersergam...terbangkitkan
tersergam...terbina
tersergam...dibina
Tulisan Alyssa yang_____menyukarkan guru untuk membaca karangannya itu.
tunggang-langgang
herot-berot
remuk-redam
kucar-kacir
Puan Husna menyusun buku-buku latihan anaknya yang______ke dalam rak.
remuk-redam
tunggang-langgang
corat-carit
koyak-robak
Para penonton ____memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak itu.
berpasang-pasang
berbondong-bondong
berikut-ikut
berbaris-baris
Beberapa remaja kelihatan berjalan_______ keluar dari kelab malam itu.
terhincang-hincut
terkedek-kedek
terhuyung-hayang
terhenjut-henjut
Adik berjalan_______ketika pulang dari sekolah kerana kakinya tersadung besi di tepi jalan.
terbalam-balam
terhincut-hincut
tertarik-tarik
terlompat-lompat
Puan Aqilah menghadiri mesyuarat itu_____lokasi mesyuarat jauh dari rumahnya.
namun
sementara
meskipun
kerana
Kakak bekerja sambilan sebagai juruwang ____mendapat keputusan SPM.
kerana
manakala
sementara
ketika
Aidil bercadang _____melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi maklumat di luar negara.
agar
supaya
demi
untuk
Emily terpaksa menaiki bas mini ke sekolah__________tayar basikalnya pancit.
walaupun
namun
lantaran
kendatipun
Encik Yayus menyental pakaian______ abangnya menyapu halaman rumah.
manakala
kerana
apabila
ketika
Ibu menasihati Nazrin supaya sentiasa______ pada janji yang diberikan.
berpandu
berdasar
berpaut
berpegang
Kita haruslah_____kepada anugerah Tuhan dalam kehidupan kita.
bersembah
berpegang
berserah
bersyukur
Bunyi telefon rumah Muzaffar________beberapa kali namun ganggangnya masih tidak diangkat sesiapa.
berdesing
bergetar
bergegar
berdering
Hartawan itu________wang dan pakaian kepada golongan yang kurang bernasib baik di kawasan itu.
berserah
bersumbang
berterima
bersedekah
Iqram__________dengan rakan sekolah lama di kedai kopi itu.
bersua
berunding
bersemuka
berkata
Ekspedisi mendaki Gunung Lambak itu akan Ikhwan dan rakan-rakannya______pada minggu hadapan.
hadiri
libati
sertai
jalani
Para murid kelas 6 Thistle___tugasan Bahasa Melayu itu sebagai latihan pengukuhan sepanjang cuti sekolah.
diberi
diserahi
disampaikan
dibentangi
Bilakah kamu akan melancong ke luar negara?
Saya sudah pergi melancong ke luar negara.
Saya gemar pergi melancong ke luar negara.
Saya akan pergi melancong ke luar negara pada minggu hadapan.
Saya pergi melancong bersama keluarga saya.
Hobi saya ialah memasak di dapur bersama ibu saya.
Di manakah hobi kamu?
Berapakah hobi kamu?
Bagaimanakah hobi kamu?
Apakah hobi kamu?
Danish gemar akan masakan ibunya.
BETUL
SALAH
Pihak polis melepaskan tiga _______ tembakan kepada perompak yang bersenjata itu..
das
ketul
butir
biji
Wanita itu baik orangnya _______ dia tidak pernah menyakiti hati orang lain.
tetapi
sekalipun
sungguhpun
malahan
Daun - daun kering itu ________ apabila ditiup oleh angin.
berguguran
bertaburan
berkeliaran
berterbangan
Majlis perkahwinan selebriti terkenal yang diadakan secara _________ itu mendapat liputan meluas media massa.
buat-buatan
besar-besaran
mati-matian
habis-habisan
Beban tugas yang berat tidak tertanggung oleh saya
tertanggung saya
saya menanggung
saya tertanggung
tertanggung oleh saya
Bawalah berbincang jika sekiranya timbul apa masalah.
sekiranya timbul apa masalah
jika sekiranya timbul apa-apa masalah
sekiranya timbul apa-apa masalah
jika sekiranya timbul apa masalah
Banjir kilat telah menenggelamkan rumah-rumah yang terletak di kawasan yang berhampiran sungai.
ditenggelamkan rumah-rumah
ditenggelami rumah-rumah
menenggelami rumah-rumah
menenggelamkan rumah-rumah
Kakak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli beg berjenama kerana beg itu berkualiti dan tahan lama.Sikap kakak ibarat _________________.
antara kaca dan permata
alah bisa tegal biasa
indah khabar dari rupa
alah membeli , menang memakai
Faizul berasa sungguh sedih kerana ibunya telah meninggal dunia.Dua bulan kemudian ayahnya pula terlibat dalam kemalangan di jalan raya.Nasib yang menimpa Faizul ibarat __________.
luka hilang , parut tinggal juga
sudah jatuh ditimpa tangga
membuka pekung di dada
makan hati berulam jantung
Gulai yang dimasak oleh Aida mula meruap - ruap ketika mendidih.
BETUL
SALAH
Nasi yang ditanak itu mentah- mentah kerana dapur kehabisan gas.
BETUL
SALAH
