wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIJAK BAHASA 4 (PERIBAHASA)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Leha tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

2.

Swee Lan tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ .

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

3.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

4.

Bazli mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

5.

Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.

a)

anak mata

b)

anak tiri

c)

anak bini

d)

anak beranak

6.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

7.

Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

geli hati

b)

makan hati

c)

cekal hati

d)

isi hati

8.

Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

9.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

10.

Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

11.

Gopal dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti bulan penuh purnama

d)

seperti kera sumbang

12.

Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti __________________________________.

a)

bumi dengan langit

b)

aur ditarik songsang

c)

pinang dibelah dua

d)

ular kena palu

13.

Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Azmir telah

melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .

a)

enau dalam belukar

b)

kacang lupakan kulit

c)

aur dengan tebing

d)

dakwat dengan kertas

14.

Pada cuti hujung minggu, Encik Zaki membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.

a)

ambil hati

b)

ambil langkah

c)

ambil ringan

d)

ambil angin

15.

___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.

a)

Air muka

b)

Ada hati

c)

Ada harapan

d)

Air tangan

16.

Cikgu Zamri tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.

a)

ada angin

b)

atas angin

c)

naik angin

d)

khabar angin

17.

Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat perkhemahan yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.

a)

pasang badan

b)

pasang telinga

c)

ambil berat

d)

ambil hati

18.

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

malu bertanya sesat jalan

c)

sambil menyelam minum air

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

19.

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai ____________________________________ .

a)

cincin dengan permata

b)

kucing dengan anjing

c)

aur dengan tebing

d)

isi dengan kuku

20.

Subramaniam seperti _____________________________________ kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

katak di bawah tempurung

b)

ayam disambar helang

c)

kera mendapat bunga

d)

murai tercabut ekor