Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PENGESANAN SIRAH PENDIDIKAN ISLAM 2

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Orang yang ditugaskan untuk meninjau dan melaporkan situasi yang berlaku di Mekah kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar semasa peristiwa hijrah ialah

a)

Abdullah bin Uraiqit

b)

Abdullah bin Osman

c)

Abdullah bin Abu Bakar

d)

Abdullah bin Mas'ud

2.

Penunjuk jalan yang bersama - sama dengan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar semasa peristiwa hijrah ialah

a)

Abdullah bin Uraiqit

b)

Abdullah bin Osman

c)

Abdullah bin Abu Bakar

d)

Abdullah bin Mas'ud

3.

Satu - satunya orang musyrik yang berjaya menjejaki dan menghampiri Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa hijrah ialah

a)

Suraqah bin Naufal

b)

Suraqah bin Ridwan

c)

Suraqah bin Malik

d)

Suraqah bin Yasir

4.

Apabila Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah semasa peristiwa hijrah, kuda baginda berhenti di rumah

a)

Abu Ansar al-Ansari

b)

Abu Nasir al-Ansari

c)

Abu Ammar al-Ansari

d)

Abu Ayub al-Ansari

5.

Yang berikut bukan isi kandungan Piagam Madinah.

a)

Sebarang perselisihan hendaklah dirujuk kepada Rasulullah SAW

b)

Setiap pihak yang mengikat perjanjian perlu taat kepada pemerintahan Rasulullah SAW

c)

Setiap orang bukan Islam hendaklah menjaga hak orang Islam kerana tinggal di negara Islam Madinah

d)

Semua pihak wajib menjaga kesucian kota Madinah

6.

Nama sebenar puteri Rasulullah SAW yang digelar dengan gelaran putih berseri - seri ialah

a)

Zainab binti Muhammad

b)

Ummu Kulthum binti Muhammad

c)

Ruqayyah binti Muhammad

d)

Fatimah binti Muhammad

7.

Saidatina Khadijah binti Khuwailid berketurunan

a)

Bani Taim

b)

Bain Asad

c)

Bani Hasyim

d)

Bani Umayyah

8.

Saidatina Aisyah dikenali sebagai al-Humaira yang bermaksud

a)

suci maruah diri

b)

putih berseri - seri

c)

putih kemerah - merahan

d)

suci dan bercahaya iman

9.

Saidatina Fatimah berkahwin dengan

a)

Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib

b)

Saidina Uthman bin Affan

c)

Saidina Ali bin Abi Talib

d)

Saidina Umar bin al-Khattab

10.

Hasil perkahwinan Fatimah dengan suaminya, mereka mendapat empat orang cahaya iaitu

a)

Hasan, Husin, Ruqayah dan Ummu Kulthum

b)

Hasan, Abdullah, Khadijah dan Ummu Aiman

c)

Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kulthum

d)

Hasan, Abdullah, Sumayah dan Ummu Aiman

11.

Berikut adalah wanita pertama yang menerima Islam.

a)

Saidatina Aisyah binti Abu Bakar

b)

Saidatina Hafsah binti Umar

c)

Saidatina Fatimah binti Muhammad

d)

Saidatina Khadijah binti Khuwailid

12.

Tokoh berikut meninggal dunia pada usia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

a)

Saidatina Aisyah binti Abu Bakar

b)

Saidatina Hafsah binti Umar

c)

Saidatina Fatimah binti Muhammad

d)

Saidatina Khadijah binti Khuwailid

13.

Antara berikut yang mana bukan sumbangan Saidatina Aisyah binti Abu Bakar?

a)

meriwayatkan sekurang - kurangnya 2210 hadis Rasulullah SAW

b)

menjadi tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW

c)

menyediakan keperluan harian Nabi Muhammad SAW

d)

pakar dalam pelbagai bidang ilmu termasuk al-Quran

14.

Apakah kelebihan Sumayah binti Hubat?

a)

menjadi pejuang Islam pada zaman awal Islam

b)

menjadi wanita pertama yang mati syahid

c)

menjadi penulis wahyu dalam kalangan wanita

d)

menjadi penyumbang ekonomi umat Islam

15.

Antara berikut yang mana bukan kandungan mimpi Nabi Muhammad SAW sebelum beliau memutuskan untuk bertolak ke Mekah daripada Madinah?

a)

bermimpi memasuki Masjid al-Haram

b)

bermimpi menakluk Kota Mekah

c)

bermimpi mengambil kunci kaabah

d)

bermimpi melaksanakan umrah bersama para sahabat

16.

Jumlah sahabat yang turut serta dalam rombongan Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan umrah ialah

a)

1100 orang

b)

1200 orang

c)

1300 orang

d)

1400 orang

17.

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat berniat untuk mengerjakan umrah semasa berhenti di

a)

Zulkaedah

b)

Zulhalimah

c)

Zulhulaifah

d)

Zulhazifah

18.

Pasukan tentera di bawah pimpinan .... menghalang Nabi Muhammad SAW memasuki Mekah melalui pintu ....

a)

Abu Jahal bin Hisyam... Zarul Ghamim

b)

Abu Sufiyan bin Harb ... Kura'ul Ghamim

c)

Khalid bin al-Walid ... Kura'ul Ghamim

d)

Abu Luqman bin Sufyan ... Zarul Ghamim

19.

Orang yang menjadi perantara Nabi Muhammad SAW dengan Quraiy semasa Nabi Muhammad SAW berada di Hudaibiyyah ialah

a)

Budail bin Nafil

b)

Budail bin Wardah

c)

Budail bin Warqa

d)

Budail bin Warqiah

20.

Orang yang menemui Nabi Muhammad SAW bagi mengetahui hasrat sebenar kedatangan Nabi Muhammad SAW di Hudaibiyyah ialah

a)

al-Julais bin 'Iqlimah dan Talhah bin Mas'ud

b)

al-Julais bin 'Aqlamah dan Urwah bin Mas'ud

c)

al-Hulais bin 'Iqlimah dan Talhah bin Mas'ud

d)

al-Hulais bin 'Aqlamah dan Urwah bin Mas'ud

21.

Nabi Muhammad SAW menghantar .... bagi menemui musyrikin Mekah bagi menyatakan melaksanakan umrah.

a)

Saidina Abu Bakar as-Siddiq

b)

Saidina Ali bin Abi Talib

c)

Saidina Umar bin al-Khattab

d)

Saidina Uthman bin Affan

22.

Janji akad untuk setia bersama Nabi Muhammad SAW bagi menuntut bela atas pembunuhan Saidina Uthman bin Affan dipanggil sebagai

a)

Baiatul Husna

b)

Baiatul Ridwan

c)

Baiatul Raswan

d)

Baiatul Hasanah

23.

Wakil orang musyrikin Mekah yang ditugaskan bagi mewakili mereka dalam Perjanjian Hudaibiyyah ialah

a)

Suhail bin Amri

b)

Sahlail bin Amru

c)

Suhail bin Amru

d)

Sahlail bin Amri

24.

Antara kabilah berikut yang manakah telah mengikat perjanjian dengan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah.

a)

Bani Bakar

b)

Bani Tamim

c)

Bani Khuzaah

d)

Bani Taim

25.

Kabilah yang mengikat perjanjian dengan orang musyrikin Mekah telah menyerang kabilah yang mengikat perjanjian dengan orang Islam pada tahun

a)

6 hijrah

b)

7 hijrah

c)

8 hijrah

d)

9 hijrah

26.

Siapakah yang mengetahui kumpulan Bani Bakar menyerang Bani Khuzaah?

a)

Naufal bin Muslim

b)

Naufal bin Hasyim

c)

Naufal bin Muawiyah

d)

Naufal bin Abi Sufyan

27.

al-Fath bermaksud

a)

pembetulan

b)

pembukaan

c)

pembangunan

d)

penglislaman

28.

Siapakah ketua sementara yang dilantik di Madinah semasa Nabi Muhammad SAW bergerak ke Mekah?

a)

Abu Rahim al-Ghifari

b)

Abu Rahman al-Ghifari

c)

Abu Rahmi al-Ghifari

d)

Abu Ramhi al-Ghifari

29.

Nabi Muhammad SAW bergerak ke Mekah semasa peristiwa Pembukaan Kota Mekah pada

a)

11 Ramadhan tahun 7 hijrah

b)

10 Ramadhan tahun 8 hijrah

c)

9 Ramadhan tahun 6 hijrah

d)

8 Ramadhan tahun 5 hijrah

30.

Jumlah tentera Islam yang berhenti di Maru Zahran semasa Pembukaan Kota Mekah ialah

a)

10 000 orang

b)

100 000 orang

c)

1 000 000 orang

d)

1000 orang

31.

Rumah siapakah yang boleh dijadikan tempat berlindung musyrikin Mekah semasa peristiwa Pembukaan Kota Mekah?

a)

Abu Lahab

b)

Abu Jahal

c)

Abu Sufyan

d)

Abu Jamal

32.

Bilakah tarikh Pembukaan Kota Mekah berlaku ?

a)

17 Syaaban 6 hijrah

b)

17 Ramadhan 7 hijrah

c)

17 Ramadhan 8 Hijrah

d)

17 Syaaban 7 hijrah

33.

Semasa peristiwa pembukaan Kota Mekah, apabila sampai di ... Nabi Muhammad SAW membahagikan kepada 4 pasukan.

a)

Zu Thuwa

b)

Zu Manaf

c)

Zu Thoha

d)

Zu Munir

34.

Yang manakah antara berikut merupakan panglima tentera yang turut sama bersama - sama dengan Khalid al-Walid semasa Pembukaan Kota Mekah ?

a)

Abu Ubaidah al-Awwam

b)

Zubair bin al-Khalid

c)

Abu Zubair bin al-Jarrah

d)

Abu Ubaidah al-Jarrah

35.

Pasukan tentera Zubair al-Awwam berhenti di ... semasa Pembukaan Kota Mekah.

a)

Hajan

b)

Hujan

c)

Hujun

d)

Hajun

36.

Berhala uzza terletak di

a)

Riwadh

b)

Musyallal

c)

Nakhlah

d)

Manat

37.

Berhala suwa' terletak di

a)

Riwadh

b)

Musyallal

c)

Nakhlah

d)

Manat

38.

Berhala manat terletak di

a)

Riwadh

b)

Musyallal

c)

Nakhlah

d)

Manar

39.

Jumlah berhala yang dimusnahkan semasa Pembukaan Kota Mekah ialah

a)

350

b)

360

c)

370

d)

380

40.

Pembesar Mekah berikut tidak hidup semasa peristiwa Pembukaan Kota Mekah berlaku.

a)

Abu Sufyan

b)

Abu Nahar

c)

Abu Jahal

d)

Abu Talhah

41.

Jumlah unggun api yang dinyalakan semasa Pembukaan Kota Mekah ialah

a)

1000

b)

10000

c)

100000

d)

1000000

42.

Sahabat yang ditugaskan untuk membaiki beberapa bahagian Masjid al-Haram selepas Pembukaan Kota Mekah ialah

a)

Abu Asith al-Hazimi

b)

Abu Usaid al-Khuzai'

c)

Abu Said al-Khudri

d)

Abu Ubaidah al-Jarrah

43.

Siapakah insan yang memegang kunci kaabah selepas Pembukaan Kota Mekah?

a)

Khalid bin al-Walid

b)

Uthman bin Affan

c)

Uthman bin Talhah

d)

Abu Ubaidah al-Jarrah

44.

Siapakah yang mengumandangkan azan selepas Pembukaan Kota Mekah ?

a)

Bilal bin Rabah

b)

Khalid bin al-Walid

c)

Abu Ubaidah bin al-Jarrah

d)

Ali bin Abi Talib

45.

Tempat pertama yang menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW untuk dakwah secara terang - terangan ialah

a)

Bukit Uhud

b)

Bukit Safa

c)

Bukit Thur Sina

d)

Bukit Badar

46.

Antara perkara yang disepakati dalam Perjanjian Hudaibiyyah ialah tiada peperangan antara orang Islam Madinah dan orang Musyrikin Mekah selama ... tahun.

a)

9

b)

10

c)

11

d)

12

47.

Berikut adalah tokoh yang memeluk Islam secara terang - terangan selepas Perjanjian Hudaibiyyah.

a)

Uthman bin Aas

b)

Amru bin Talhah

c)

Khalid bin al-Walid

d)

Talhah bin Ubaidah

48.

Jumlah tentera Islam bertambah daripada ... orang kepada ... orang selepas Perjanjian Hudaibiyyah.

a)

2000 ... 8000

b)

3000 ... 10000

c)

4000 ... 12000

d)

5000 ... 13000

49.

Hudaibiyyah terletak antara

a)

Mekah dan Madinah

b)

Mekah dan Yaman

c)

Madinah dan Palestin

d)

Madinah dan Yaman

50.

Tempat tinggal Bani Khuzai ialah di

a)

Witir

b)

Watir

c)

Wahud

d)

Witur