Font size
Worksheetsbahasa melayu (kesalahan imbuhan)
Total questions: 7
Worksheet time: 4mins
Selepas menamatkan larian merentas desa sejauh lapan kilometer, Afiqah jatuh _________ di hadapan khemah rumah sukannya
A. tertiarap
B. terlentang
C. terlunjur
D. tersembam
Semua penumpang yang _______ di India akibat _____ wabak Covid-19 telah berjaya dibawa pulang ke tanah air.
A. terkandas...penyebaran
B. terbantut...pembabitan
C. terbiar...penularan
D. tertinggal...perusuhan
Perdana Menteri __________ semua anggota masyarakat agar tidak _________ maklumat palsu tentang jangkitan wabak Covid-19.
A. menggesa...merebakkan
B. menyuruh...menyalurkan
C. meminta...menularkan
D. melarang...menyebarkan
Apakah yang dimaksudkan dengan proses pengimbuhan?
proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata yang membawa maksud tertentu yang berbeza daripada maksud asal
proses pengulangan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya untuk membentuk kata ganda
proses merangkaikan imbuhan pada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya
hasil percantuman bahagian-bahagian daripada serangkai kata
Apakah imbuhan sisipan kata nama yang betul bagi perkataan kuping
keluping
keruping
kemuping
kerupeng
Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena disambut kemerdekaan tanah air selesai.
bertepok
disambut
kemerdekaan
sebaik-baik
Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.
peresmian
pegawai
lawatan
seminar
