wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RAGAM AYAT

Total questions: 12

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah ayat yang dapat dikaitkan dengan konsep ragam ayat?

a)

Mesin basuh di situ masih baik lagi.

b)

Putih ialah lambang kebersihan.

c)

Membuang masa ialah tabiat buruk.

d)

Bangunan itu dibina oleh pekerja asing.

2.

Yang manakah ayat aktif tak transitif?

a)

Banglo di taman itu tidak terbeli oleh orang ramai.

b)

Adik menyeberangi jalan semasa ke sekolah.

c)

Kami kebingungan oleh kejadian aneh itu.

d)

Dia mengelamun sepanjang hari.

3.

Yang manakah binaan ayat pasif songsang yang betul?

a)

Telah saya maka semalam kek kukus itu.

b)

Kami akan tolong mangsa tsunami itu.

c)

Kamu belum lagi hantar bungkusan itu.

d)

Pinggan mangkuk itu masih belum disusun oleh kami.

4.

Yang manakah ayat aktif transitif yang mengandungi dua objek?

a)

Ayah menghadiahi kakak seutas rantai emas.

b)

Kerajaan mengagihkan dana kepada semua lapisan rakyat.

c)

Kamariah menganggap keluarga Mak Siti seperti keluarganya.

d)

Keindahan Cameron Highland menarik perhatian pelancong asing.

5.

Yang manakah ayat yang menggunakan klitik sebagai penanda pasif?

a)

Dia tidak pernah menolongku.

b)

Adik kupanggil pulang ke rumah.

c)

Sudah begitu lama rumah itu kutinggalkan.

d)

Datuknya yang mengajar adikku mengaji.

6.

Ayat yang manakah mengandungi ayat aktif dan ayat pasif?

a)

Pemuda itu kena tegur oleh pegawai polis.

b)

Polis mengesahkan bahawa bank itu dirompak.

c)

Abang masih tercar-cari telefon bimbitnya yang hilang itu.

d)

Penghuni kampung itu kena pindah kerana kampung mereka kebanjiran.

7.

Yang manakah ayat yang boleh dipasifkan?

a)

Tidurnya berbantalkan lengan.

b)

Kemalangan itu sangat mengerikan.

c)

Kucing menyeberang ke seberang jalan.

d)

Kami memperindah bilik itu petang tadi.

8.

Yang manakah ayat yang tidak menepati struktur ayat pasif?

a)

Murid itu kena marah oleh guru tadi.

b)

Kerja itu diselesaikan oleh kami semua.

c)

Permintaan adik tidak terpenuhi olehku.

d)

Jasa guru kepada kita perlu kita kenang.

9.

Padanan ayat aktif dan ayat pasif yang manakah yang betul?

a)

Hajat saya telah terpenuhi. - Kami bantu keluarga miskin itu.

b)

Adik mahu menjadi polis. - Bunyi bising kedengaran dari sini.

c)

Lelaki itu mengurung ayamnya. - Bersabarlah semasa perintah kawalan pergerakan akibat wabak Covid 19 ini.

d)

Wanita itu asyik termenung. - Penduduk di situ bertanam sayur.

10.

Yang manakah padanan yang betul antara jenis ragam ayat dengan contoh ayatnya?

a)

Ayat aktif tak transitif - Setiap kesalahan akan diambil tindakan.

b)

Ayat aktif transitif - Murid-murid sedang makan di kantin.

c)

Ayat pasif kata ganti nama diri pertama - Pesanan itu akan kusampaikan nanti kepada bapaku.

d)

Ayat pasif kata ganti nama ketiga - Abang mereka berkenan dengan gadis itu.

11.

Yang manakah ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan?

a)

Budak perempuan itu tidak berkasut sekolah.

b)

Kebanyakan peniaga di situ berniaga kecil-kecilan.

c)

Kebanyakan pelajar itu berasal dari utara Perak.

d)

Pandu Puteri itu akan berkhemah di tepi anak sungai.

12.

Yang manakah binaan ayat pasif songsang yang betul?

a)

Kami akan bersihkan tempat itu petang ini.

b)

Kamu masih belum hantar bungkusan itu.

c)

Telah saya buang sampah di situ semalam.

d)

Kami belum susun pinggan mangkuk di dapur.