wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Faktor Pemilihan Reka Bentuk dalam Reka Cipta

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah tujuan pemilihan reka bentuk dalam reka cipta kecuali

a)

Memilih idea terbaik bagi memenuhi cita rasa pengguna

b)

Membuat pilihan sekiranya mempunyai kekangan dari segi kos, teknik pembuatan dan bahan

c)

Memilih reka bentuk yang mengikut dan peka dengan peredaran zaman

d)

Reka bentuk yang memberi keuntungan tanpa mengambil kira keselamatan pengguna

2.

Lengkapkan rajah di atas dengan faktor pemilihan reka bentuk yang betul.

a)

Ergonomik, Mesra alam, Memenuhi citarasa, Tidak merbahaya

b)

Nilai estetik, Ergonomik, Mesra Pengguna, Nilai Komersial

c)

Mesra pengguna,Mesra Alam, Menjimatkan, Ketahanan

d)

Nilai komersial, Mesra Alam, Kecekapan, Kapisiti muatan

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan faktor pemilihan reka bentuk 'Fungsi'?

a)

Mampu menyelesaikan masalah, berkecekapan tinggi dan berfungsisecara manual, semi automatik atau automatik.

b)

Rekaan yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang bersesuaian dengan fungsi dan pengguna sasaran.

c)

Alatan, kemudahan, proses dan sistem yang selesa serta serasi dengan manusia.

d)

Sesuai dengan semua peringkat umur, mudah digunakan, mudah dikendalikan dan diselenggarakan oleh orang yang tidak mahir.

4.

"Rekaan yang dihasilkan perlu mempunyai rupa bentuk yang bersesuaian dengan fungsi dan pengguna sasaran."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Fungsi

b)

Rupa Bentuk

c)

Ergonomik

d)

Nilai Estetik

5.

"Mudah diperoleh, mudah dibentuk, mudah dikendalikan, tidak mudah reput, tidak mudah pecah dan mempunyai ketahanan fizikal."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Estetik

b)

Kelestarian

c)

Bahan

d)

Mesra Pengguna

6.

"Mudah dihasilkan mengikut fungsi, rupa bentuk, bahan-bahan atau kos yang menjimatkan."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Estetik

b)

Teknik pembuatan

c)

Keselamatan

d)

Ergonomik

7.

"Alatan, kemudahan, proses dan sistem yang selesa serta serasi dengan manusia."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Komersial

b)

Ergonomik

c)

Nilai Estetik

d)

Kemasan

8.

"Pembuatan dan penyelenggaraan yang menjimatkan dan efektif."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Kos

b)

Kelestarian

c)

Mesra Pengguna

d)

Ergonomik

9.

"Reka bentuk terkini, menepati cita rasa pasaran semasa, menarik perhatian dan mempengaruhi pengguna, mempunyai pelbagai pilihan warna dan bentuk."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Mesra Pengguna

b)

Nilai Komersial

c)

Ergonomik

d)

Nilai Estetik

10.

"Sesuai dengan semua peringkat umur, mudah digunakan, mudah dikendalikan dan diselenggarakan oleh orang yang tidak mahir."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Fungsi

b)

Ergonomik

c)

Mesra Pengguna

d)

Kelestarian

11.

"Tidak mendatangkan kecederaan, stabil, tidak

mudah terbalik, tidak membahayakan pengguna seperti tidak mempunyai bucu yang tajam dan mata pemotong terlindung."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Mesra Pengguna

b)

Keselamatan

c)

Fungsi

d)

Kelestarian

12.

"Harga yang berpatutan dan berkualiti, mendapat permintaan dan menjadi pilihan pengguna, menjimatkan dan ekonomi, mampu dibeli dan sesuai untuk pengeluaran besar-besaran (mass production)."

Apakah faktor pemilihan rebantuk di atas?

a)

Nilai Komersial

b)

Nilai Estetik

c)

Ergonomik

d)

Kos

13.

"Hiasan terakhir permukaan yang bersesuaian, kemas dan menarik."

Apakah faktor pemilhan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Komersial

b)

Mesra Pengguna

c)

Nilai Estetika

d)

Kemasan

14.

"Reka bentuk dan bahan yang kekal tidak berubah, tidak ketinggalan zaman dan sesuai dengan peredaran zaman."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk di atas?

a)

Nilai Estetik

b)

Fungsi

c)

Kelestarian

d)

Ergonomik

15.

"Pengisar A mempunyai 3 kelajuan yang boleh dipilih oleh pengguna mengikut kemahuan mereka samada hendak mengisar halus atau pun kasar."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang diterangkan pernyataan di atas?

a)

Fungsi

b)

Kemasan

c)

Ergonomik

d)

Nilai Komersial

16.

" Pengisar A bersaiz kecil dan seberat 800 gram sahaja menyebabkan ia mudah disimpan di dalam beg dan mudah untuk di bawa ke mana-mana."

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang diterangkan dalam pernyataan di atas?

a)

Ergonomik

b)

Rupa Bentuk

c)

Kelestarian

d)

Mesra Pengguna

17.

" Berus ini mempunyai pemegang kayu yang keras dan bersaiz kecil menyebabkan pengguna berasa sukar menggenggam dan tidak selesa semasa memberus".

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang menerangkan kelemahan berus di atas ?

a)

Kelestarian

b)

Mesra Pengguna

c)

Ergonomik

d)

Bahan

18.

Troli ini tidak mempunyai ruang khas untuk meletakkan tong gas menyebabkan tong gas boleh tergolek menimpa pengguna"

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang menerangkan kelemahan troli di atas?

a)

Ergonomik

b)

Nilai Estetika

c)

Rupa Bentuk

d)

Keselamatan

19.

"Tongkat ini berharga RM55.00 mampu milik oleh semua golongan yang memerlukannya dan reka bentuknya yang mudah dihasilkan secara mass production".

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang diterangkan di atas?

a)

Nilai komersial

b)

Ergonomik

c)

Keselamatan

d)

Mesra Pengguna

20.

" Lampu meja ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan kontemporari serta berwarna merah yang menarik perhatian pengguna".

Apakah faktor pemilihan reka bentuk yang diterangkan di atas?

a)

Ergonomik

b)

Nilai estetik

c)

Mesra Pengguna

d)

Keselamatan