wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TUGASAN CUTI PKP MINGGU 3 : SAINS TAHUN 5 : KPS & KMS

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bukan kemahiran proses sains?

a)

mematuhi peraturan bilik sains

b)

memerhati

c)

meramal

d)

mengukur dan menggunakan nombor

2.

Apakah itu kemahiran saintifik?

a)

kemahiran yang diamalkan semasa membuat kek

b)

kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan eksperimen atau penyiasatan

c)

kemahiran mematuhi peraturan bilik sains

d)

kemahiran membuat teori

3.

Kemahiran siantifik terdiri daripada:

a)

kemahiran proses sains

b)

kemahiran manipulatif

c)

kemahiran proses sains dan manipulatif

d)

kemahiran mengeksperimen

4.

Berapakah kemahiran proses sains?

a)

12

b)

10

c)

8

d)

6

5.

Ali sedang mendengar lagu. Apakah deria dia sedang guna untuk memerhati?

a)

penglihatan

b)

pendengaran

c)

bau

d)

rasa

6.

Helmi sedang makan durian. Apakah organ badan dia sedang guna untuk memerhati durian itu?

a)

mata

b)

telinga

c)

lidah

d)

kulit

7.

Yang manakah langkah yang betul semasa mengeksperimen?

a)

menjalankan eksperimen -> membuat kesimpulan-> kumpulkan data dan buat laporan -> merancang eksperimen

b)

merancang eksperimen -> menjalankan eksperimen -> membuat kesimpulan -> kumpulkan data dan buat laporan

c)

kumpulkan data dan buat laporan -> menjalankjan esperimen -> merancang eksperimen -> membuat kesimpulan

d)

merancang eksperimen -> menjalankan eksperimen -> kumpulkan data dan buat laporan -> membuat kesimpulan

8.

Yang manakah bukan kemahiran manipulatif

a)

kumpulkan data dan buat laporan

b)

menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul

c)

mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat

d)

melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul

9.

Monyet, kucing, ikan, kura-kura, ayam, arnab, ular, katak

Haiwan di atas boleh dikelaskan mengikut......

a)

warna

b)

berbulu atau tidak berbulu

c)

bentuk

d)

burung atau ikan

10.

Semakin bertambah aktif aktiviti murid, semakin bertambah kadar pernafasan.

Apakah pernyataan di atas?

a)

inferens

b)

ramalan

c)

hipotesis

d)

langkah

11.
Antara berikut, manakah bukan kemahiran manipulatif sains?
a)
Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan betul
b)
Menggunakan perhubungan ruang dan masa dalam penyiasatan sains
c)
Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
d)
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul
12.
Antara berikut, manakah kemahiran proses sains?
a)
Meramal
b)
Melakar spesimen
c)
Melukis graf
d)
Membuat tujuan
13.
Bagaimana kamu menyalakan penunu bunsen dengan cara yang betul?
a)
Menggunakan percikan api
b)
Menggunakan kertas berbara
c)
Menggunakan pemetik api
d)
Mengggunakan kanta pembesar
14.
Bahan buangan cecair hendaklah dibuang ke dalam___________________.
a)
Tong sampah
b)
Singki dengan paip mengalir
c)
Singki 
d)
Longkang berhampiran
15.
Arin mempunyai rambut yang panjang, apakah yang perlu dilakukan pada rambutnya semasa menjalankan penyiasatan agar kemalangan dapat dihindarkan?
a)
Memakai rambut palsu
b)
Membiarkan rambut panjang
c)
Mengikat rambut dengan kemas
d)
Tidak mengikuti penyiasatan tersebut
16.
Haiwan sering diancam oleh musuh yang terdapat di sekelilingnya. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan tingkah laku khas. Antara berikut, manakah ciri-ciri khas?
a)
Menggulungkan diri
b)
Cengkerang keras
c)
Hidup dalam kumpulan
d)
Memasukkan anggota badan
17.
Haiwan sering diancam oleh musuh yang terdapat di sekelilingnya. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri-ciri khas dan tingkah laku khas. Antara berikut, manakah Tingkah laku khas?
a)
Menggulungkan diri
b)
Cengkerang keras
c)
Duri tajam
d)
Tanduk
18.
Apakah ciri khas bagi ikan buntal untuk melindungi dirinya daripada musuh?
a)
Sisik keras
b)
Duri tajam
c)
Tanduk 
d)
Cengkerang keras
19.
Bagaimana tanduk pada kerbau digunakan untuk melindungi dirinya daripada musuh?
a)
Akan menggunakan tanduk untuk mengeluarkan bisa
b)
Akan menggunakan tanduk untuk menyamar
c)
Akan menggunakan tanduk untuk menakutkan musuh
d)
Akan menggunakan tanduk untuk menyerang dan mencederakan musuh
20.
Haiwan X mempunyai ciri khas Y untuk melindungi diri daripada musuh. Haiwan X melindungi badannya yang lembut dengan memasukkan badan pada ciri khas Y. Apakah ciri khas Y?
a)
Kulit keras
b)
Badan keras
c)
Cengkerang keras
d)
Sisik keras
21.
Tenggiling mempunyai ciri khas sisik keras untuk melindungi diri. Walaubagaimanapun, tanpa tingkah laku Z, pertahanan diri tenggiling tidak lengkap. Apakah tingkah laku Z?
a)
Menggulungkan diri
b)
Memasukkan anggota badan
c)
Hidup dalam kumpulan
d)
Memutuskan anggota badan
22.
Siput mempunyai tingkah laku khas memasukkan anggota badan untuk melindungi diri. Walaubagaimanapun, tanpa ciri khas X, pertahanan diri tenggiling tidak lengkap. Apakah Ciri khas Z?
a)
Menggulungkan diri
b)
Sisik keras
c)
Cengkerang keras
d)
Duri tajam
23.
Cicak memutuskan ekor untuk melindungi diri apabila diserang musuh. Bagaimana ekor yang terputus membantu cicak melindungi diri?
a)
Memberi makan kepada musuh
b)
Mengelirukan musuh membolehkan cicak melarikan diri
c)
Menyakitkan musuh mengakibatkan musuh melarikan diri
d)
Mengurangkan kemungkinan diserang
24.
Ikan bilis dan gajah merupakan haiwan yang hidup dalam kumpulan, bagaimana tingkah laku khas hidup dalam kumpulan membantu haiwan tersebut melindungi diri daripada musuh?
a)
Melindungi bahagian badan yang lembut
b)
Mengelak diri daripada dikesan musuh
c)
Haiwan melindungi ahlinya dan mengurangkan kemugkinan diserang
d)
Menyakitkan musuh apabila diserang
25.
Haiwan perlu melindungi diri daripada cuaca melampau. Oleh itu, haiwan mempunyai ciri khas dan tingkah laku khas. Apakah ciri khas pada ikan paus dapat bertahan dalam cuaca sejuk?
a)
Berhibernasi
b)
Lapisan lemak tebal
c)
Bulu tebal
d)
Bermigrasi
26.
Burung bangau bermigrasi untuk mengelak daripada cuaca sejuk melampau. Bagaimana tingkah laku khas bermigrasi membantu burung bangau daripada sejuk melampau?
a)
Memanaskan badan kemudian kembali ke tempat asal semula
b)
Mendapatkan bekalan makanan untuk dibawa kembali ke tempat sejuk
c)
Mengelak daripada musuh cuaca sejuk 
d)
Mendapatkan makanan di tempat yang lebih panas
27.
Bonggol unta dan bison membolehkan kedua-dua haiwan ini dapat hidup sehingga dua minggu tanpa makanan. Apakah keistimewaan bonggol tersebut? 
a)
Dapat menyimpan barang keperluan
b)
Dapat menyimpan air dan lemak
c)
Dapat menyimpan makanan
d)
Dapat melindungi diri
28.
Semasa cuaca panas, badak sumbu gemar berendam di dalam air. Mengapa?
a)
Menyejukkan badan
b)
Memanaskan badan
c)
Membekukan badan
d)
Mewarnakan badan
29.
Apakah maksud migrasi?
a)
Ciri khas untuk melindungi diri
b)
Fenomena luar biasa yang hanya dapat dilihat sekali setiap tahuh
c)
Pergerakan haiwan kembali ke tempat perlidungan
d)
Pergerakan pelbagai spesies haiwan yang sering dilakukan secara bermusim
30.

Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan eksperimen atau penyiasatan. Kemahiran Saintifik terdiri daripada:

a)

Kemahiran melancong dan bergambar

b)

Kemahiran elektrik dan elektronik

c)

Kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif

31.

Berikut merupakan kemahiran proses sains kecuali...

a)
b)
c)
d)
32.

Kita membuat pemerhatian menggunakan 5 deria iaitu:

a)

Melihat, Mendengar, Bau, Rasa, Sentuhan

b)

Melihat, Menyanyi, Melafaz, Bau, Sentuhan

c)

Bau,Sentuhan, Memegang, Bergerak, Berkomunikasi

d)

Rasa, Sentuhan, Mengawal, Meramal, Mentafsir

33.

Jadual di atas menunjukkan masa yang diambil untuk melengkapkan larian dalam jarak yang berlainan. Kenal pasti apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan.

a)

Masa yang diambil (saat)

b)

Jarak larian (meter)

c)

Bilangan pelari yang terlibat

34.

Jadual di atas menunjukkan masa yang diambil untuk melengkapkan larian dalam jarak yang berlainan. Kenal pasti apakah pemboleh ubah bergerakbalas.

a)

Masa yang diambil (saat)

b)

Jarak larian (meter)

c)

Bilangan pelari yang terlibat

35.

Ramalkan masa yang diambil untuk garam melarut ke dalam air bagi suhu 55oC.

a)

45oC

b)

35oC

c)

25oC

d)

15oC

36.

Berdasarkan gambar diatas, pilih pemerhatian yang benar.

a)

Tumbuhan A lebih besar daripada tumbuhan B

b)

Tumbuhan A lebih subur berbanding tumbuhan B

c)

Tumbuhan B bersaiz kecil berbanding tumbuhan A

d)

Tumbuhan B lebih subur berbanding tumbuhan A

37.

Pilih rumusan yang sesuai berdasarkan maklumat dalam jadual

a)

Berat baja 35 gram paling banyak menghasilkan buah cili

b)

Berat baja di antara 20 hingga 30 gram paling banyak menghasilkan buah cili

c)

Berat baja di antara 20 hingga 30 gram paling sedikit menghasilkan buah cili

d)

Berat baja sebanyak 15 gram paling sedikit menghasilkan cili

38.

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran …………………… dalam penyiasatan sains.

a)

bermain

b)

kognitif

c)

psikomotor

39.

Rajah menunjukkan Kina dan Lim yang sedang menjalankan satu penyiasatan Sains.


Apakah kemahiran manipulatif yang telah digunakan?

a)

Melakar spesimen dan peralatan sains dengan betul.

b)

Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

c)

Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

40.

Rajah menunjukkan Kina dan Lim yang sedang menjalankan satu penyiasatan sains di padang.


Apakah kemahiran manipulatif yang telah digunakan?

a)

Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

b)

Melakar spesimen dan peralatan sains dengan betul.

c)

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.