wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah T5B2

Total questions: 55

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah kedatangan British ditentang oleh pemimpin setempat?

I Menguasai daerah mereka

II Mempengaruhi masyarakat tempatan

III Menyelaraskan penggunaan mata wang

IV Memperkenalkan sistem pentadbiran baru

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu.  

Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?

a)

Meningkatkan cukai eksport

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Menyalurkan bantuan kewangan

d)

Memeterai pelbagai perjanjian

3.

Jawatan Residen dan Penasihat diwujudkan oleh British di Negeri–Negeri Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20


Apakah muslihat British mewujudkan jawatan tersebut?

a)

Menguasai sumber alam

b)

Memajukan kemudahan asas

c)

Mengekalkan sistem monarki

d)

Mempertahan kuasa pembesar

4.

Apakah kesan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu pada awal abad ke-20?


I Pembukaan bandar baru

II Pertambahan buruh asing

III Pengenalan pendidikan tinggi

IV Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

5.

Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu?


Kesengsaraan Hidup Semasa Pendudukan Jepun 

Kekurangan makanan

Kekurangan ubat-ubatan

Kekejaman pentadbiran

a)

A Mendapatkan bantuan luar

b)

B Menolak penguasaan kuasa asing

c)

C Menyerah nasib kepada penjajah

d)

D Membentuk sistem politik sendiri

6.

Pada awal abad ke-20, gerakan nasionalisme di Indonesia mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

I Pengaruh komunis

II Bantuan ketenteraan

III Pengaruh hasil karya

IV Kedudukan geografi

a)

I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

7.

Seorang penduduk pribumi Tanah Melayu pada abad ke-19 berhasrat memajukan sebidang tanah yang belum dimiliki.

Syarat manakah yang menyukarkan hasrat tersebut?

a)

A Persetujuan pembesar

b)

B Kerjasama pemodal

c)

C Kebenaran residen

d)

D Perkenan sultan

8.

Antara tahun 1831 hingga tahun 1832, British menghadapi tentangan daripada Penghulu Dol Said di Naning Mengapakah British ditentang di wilayah tersebut?

a)

A Pembinaan balai polis

b)

B Mencabuli perjanjian damai

c)

C Arahan membayar ufti tahunan

d)

D Pengenalan peraturan tanah

9.

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833. Mengapakah beliau menentang British?

a)

A Pembinaan balai polis

b)

B Pencabulan adat tradisi

c)

C Pembayaran ufti tahunan

d)

D Pengenalan peraturan tanah

10.

Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said pada kurun ke-19.


A : Tok, British minta cukai.

B : Berapa banyak?

A : Satu persepuluh daripada hasil kita.

B : Jangan bayar walau sedikit pun.


Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?

a)

A Menduduki Naning

b)

B Membunuh Dol Said

c)

C Merampas hasil penduduk

d)

D Memulau wilayah Naning

11.

Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831?

a)

A Menggunakan askar upahan

b)

B Mempunyai tentera yang terlatih

c)

C Membina kubu pertahanan yang kukuh

d)

D Mendapat sokongan pembesar tempatan

12.

Nama di bawah menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19.


Tokoh Negeri Sarawak - Rentap

Tokoh Negeri Sabah - Mat Salleh


Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

A Pencerobohan kawasan

b)

B Penghapusan sistem perhambaan

c)

C Peningkatan kemasukan imigran

d)

D Paksaan membayar ufti

13.

Bagaimanakah Rentap menentang pentadbiran Brooke di Sarawak?

a)

A Mengutip hasil tanpa lesen

b)

B Memohon bantuan kuasa luar

c)

C Mengelak pembayaran cukai tanah

d)

D Menyerang kubu pertahanan musuh

14.

Rentap adalah wira masyarakat Iban yang menentang pentadbiran Brooke di Sarawak. Apakah tindakan beliau untuk menentang pentadbiran Brooke?

a)

A Menyerang kubu pertahanan

b)

B Enggan membayar cukai tanah

c)

C Mengutip hasil hutan tanpa lesen

d)

D Meminta bantuan tentera asing

15.

Apakah tindakan James Brooke di Sungai Rajang yang menyebabkan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menentangnya?

a)

A Merampas hak mengutip cukai

b)

B Membawa masuk kaum imigran

c)

C Membersihkan kawasan petempatan

d)

D Membina pusat pentadbi

16.

Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.


 Syarif Masahor

 Datu Patinggi Abdul Gapur


Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke ?

a)

A Menyekat kedatangan imigran

b)

B Mempertahan hak mengutip cukai

c)

C Mengawal kegiatan mencari hasil hutan

d)

D Mengekalkan sistem pemerintahan beraja

17.

Rentap dan Mat Salleh merupakan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19. Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

A Pencerobohan kawasan

b)

B Penghapusan sistem perhambaan

c)

C Peningkatan kemasukan imigran

d)

D Paksaan membayar ufti

18.

Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.


 Mat Salleh

 Dato’ Bahaman


Mengapakah perjuangan mereka gagal ?

a)

A Senjata tidak lengkap

b)

B Tenaga tent era kurang

c)

C Kemudahan asas kurang

d)

D Sokongan pembesar tidak cukup

19.

Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British.


Buah pala dari Makasar

Jatuh sebiji ke dalam dulang

Diberi pencen kepada pembesar

Jawatan diwarisi turut hilang


Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka?

a)

A Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis

b)

B Menghapuskan sistem pemilikan hamba

c)

C Memperkukuh sistem pentadbiran tradisional

d)

D Berjuang untuk menolak campur tangan Barat

20.

Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

a)

A Larangan mengutip hasil hutan

b)

B Menghalang kemasukan imigran

c)

C Campur tangan dalam pentadbiran

d)

D Mengambil alih aktiviti perlombongan

21.

Dialog berikut mungkin berlaku di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875.


Pembesar Y : Saya mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh.

Ahli Mesyuarat : Kami semua sangat setuju dengan cadangan


Mengapakah pembesar tersebut mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh?

a)

A Kedaulatan negeri terancam

b)

B Jawatan Residen dimansuhkan

c)

C Pelaksanaan pendidikan sekular

d)

D Kos sara hidup rakyat meningkat

22.

Andaikan anda seorang pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak semasa British memperkenalkan pentadbiran Barat. Mengapakah anda menentang British ?


I Hilang kawasan pegangan

II Peraturan membuka tanah baru

III Larangan memungut hasil hutan

IV Campur tangan dalam adat resam

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

23.

Tarikh Peristiwa - 21 Julai 1875

Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang.


Peristiwa di atas berlaku di negeri Perak. Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

A Pengurangan kuasa sultan

b)

B Pemecatan Sultan Ismail

c)

C Pembunuhan J.W.W. Birch

d)

D Pemansuhan jawatan Residen

24.

Rajah 1 menunjukkan perbalahan antara dua orang pembesar di Sungai Ujong


Dato’ Syahbandar dan Dato’ Kelana

Merebut kawasan sempadan kutipan cukai di Sungai Ujong


Apakah kesan perbalahan tersebut?

a)

A Kekurangan pelabur luar

b)

B Perluasan pengaruh asing

c)

C Perubahan sempadan negeri

d)

D Kemerosotan hasil tempatan

25.

Rajah berikut berkaitan dengan pembesar-pembesar di Pahang yang menentang British.


Pembesar Pahang

Dato’ Bahaman

Tok Gajah

Imam Rasul


Mengapakah mereka menentang British?

a)

A Pembinaan balai polis

b)

B Pencabulan perjanjian

c)

C Pengenalan perdagangan bebas

d)

D Pelaksanaan pendidikan sekular

26.

Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?

a)

A Menyerang Pasir Puteh

b)

B Meminta bantuan Siam

c)

C Menyekat bekalan makanan

d)

D Menghalang laluan kapal dagang

27.

Rajah berikut menerangkan perubahan jawatan Tok Janggut di Kelantan.

1910 - Pemimpin tempatan

1915 - Perdana Menteri


Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut?

a)

A Pembunuhan penasihat British

b)

B Peluasan kuasa British

c)

C Penawanan Pasir Puteh

d)

D Pengunduran tentera Siam

28.

Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?

a)

A Menghormati sultan

b)

B Mengekalkan kuasa sultan

c)

C Kesetiaan rakyat kepada sultan

d)

D Kuasa mutlak berada di tangan sultan

29.

Haji Abdul Rahman Limbong menentang British di Terengganu. Mengapakah beliau melakukan penentangan tersebut?

a)

A Pencerobohan kawasan petempatan

b)

B Pengharaman sistem perhambaaan

c)

C Pengenalan peraturan baharu

d)

D Perubahan sempadan negeri

30.

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British. Mengapakah penentangan tersebut dilakukan?

a)

A Pengenalan pendidikan sekular

b)

B Pengenalan peraturan tanah

c)

C Perlucutan jawatan pembesar

d)

D Pembunuhan penduduk tempatan

31.

Apakah kesan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu pada awal abad ke-20?


I Pembukaan bandar baru

II Pertambahan buruh asing

III Pengenalan pendidikan tinggi

IV Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

32.

Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu?


Kesengsaraan Hidup Semasa Pendudukan Jepun

Kekurangan makanan

Kekurangan ubat-ubatan

Kekejaman pentadbiran

a)

A Mendapatkan bantuan luar

b)

B Menolak penguasaan kuasa asing

c)

C Menyerah nasib kepada penjajah

d)

D Membentuk sistem politik sendiri

33.

Gerakan yang berlaku di Timur Tengah pada awal abad ke-20.


Apakah kesan gerakan tersebut terhadap Tanah Melayu?

a)

A Pemulihan kuasa raja-raja

b)

B Kedatangan imigran bertambah

c)

C Kesedaran kebangsaan meningkat

d)

D Penubuhan parti berasaskan kaum

34.

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?

a)

A Mengutamakan pemimpin

b)

B Memelihara warisan tradisi

c)

C Berani mengkritik penjajah

d)

D Bekerjasama dengan kaum imigran

35.

Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?

a)

A Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan

b)

B Pembentukan negara yang merdeka

c)

C Penubuhan syarikat kerjasama

d)

D Pemeliharaan tradisi bangsa

36.

Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.


 Syeikh Muhammad Abduh

 Sayyid Jamaluddin al-Afghani


Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh?

a)

A Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum

b)

B Kemunculan semangat kebangsaan

c)

C Peluasan penggunaan tulisan jawi

d)

D Perkembangan kegiatan kesenian

37.

Akhbar berikut digunakan oleh kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.

 Al-Imam

 Neracha

 Saudara


Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut?

a)

A Peranan golongan pembesar

b)

B Mengkritik kelemahan raja

c)

C Penghapusan amalan perhambaan

d)

D Menggalakkan pendidikan Inggeris

38.

Mengapakah Gerakan Islah boleh berkembang di Negeri-Negeri Selat ?

a)

A Tiada tentangan agama

b)

B Banyak sumber kewangan

c)

C Ramai pemimpin berkaliber

d)

D Tiada sekatan undang-undang

39.

Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri –Negeri Melayu berbanding Negeri-Negeri Selat. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

A Bilangan ahli sedikit

b)

B Sumber kewangan kurang

c)

C Penyebaran risalah disekat

d)

D Kemudahan perhubungan terhad

40.

Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?

a)

A Kekurangan sumber modal

b)

B Penolakan ideologi Kaum Muda

c)

C Penguatkuasaan undang-undang

d)

D Ketiadaan pemimpin berkebolehan

41.

Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20 ?


I Mengugut pemimpin

II Menyekat kegiatan dakwah

III Menghalang kemasukan risalah

IV Menyekat peluang belajar ke luar negara

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

42.

Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

 Warta Malaya  Warta Negara  Majlis


Apakah saranan tersebut?

I Menjalankan aktiviti perniagaan

II Menubuhkan syarikat kerjasama

III Mengasaskan institusi kewangan

IV Melaksanakan penyatuan tanah

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

43.

Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.


· Warta Negara

· Majlis


Apakah saranan tersebut?

I Menjalankan aktiviti perniagaan

II Menubuhkan syarikat kerjasama

III Mengasaskan institusi kewangan

IV Melaksanakan penyatuan tanah

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

44.

Tokoh berikut adalah pengarang Majalah Guru pada tahun 1920an.

 Muhammad Dato’ Muda Linggi

 Yusuf Ahmad

 Mohd Sidin Rashid


Apakah isu yang dibangkitkan kepada orang Melayu oleh pengarang tersebut?

I Kemunculan golongan radikal

II Pendidikan anak-anak

III Kemunduran ekonomi

IV Pengurangan kuasa pembesar

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

45.

Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu. Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?

a)

A Menghargai warisan bangsa

b)

B Memperjuangkan hak wanita

c)

C Memajukan bidang kesusasteraan

d)

D Mengekalkan nilai murni masyarakat

46.

 Pengasuh, 1918

 Majalah Guru,1924

 Bulan Melayu, 1930


Mengapakah majalah di atas penting ketika itu?

a)

A Menghayati ajaran agama

b)

B Menghargai warisan bangsa

c)

C Meningkatkan kemajuan bangsa

d)

D Menggalakkan budaya membaca

47.

Tajuk Novel

Melor Kuala Lumpur

Pengarang

Harun Aminurrashid

Tahun Terbitan

1930-an


Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?

a)

A Mencintai tanah air

b)

B Menghargai warisan bangsa

c)

C Kebebasan kaum wanita

d)

D Perpaduan antara kaum

48.

Guru : Tema novel Melor Kuala Lumpur yang dihasilkan pada tahun 1930-an berbeza dengan novel – novel sezamannya.


Murid : Bolehkah cikgu terangkan perbezaannya?


Dialog di atas mungkin berlaku dalam sesi pengajaran Sejarah.

Apakah perbezaan tema novel tersebut?

a)

A Perpaduan guru

b)

B Kebebasan wanita

c)

C Penentangan penjajahan

d)

D Semangat perjuangan pemuda

49.

Novel berikut adalah karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

 Anak Mat Lela Gila

 Putera Gunung Tahan


Apakah persamaan tema dalam novel tersebut?

a)

A Menghargai warisan bangsa

b)

B Menghargai sumbangan tokoh

c)

C Kepentingan pendidikan moden

d)

D Cinta akan tanah air

50.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun 1930-an.


Pertubuhan

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

Strategi Perjuangan

Bekerjasama dengan Jepun


Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut?

a)

A Menghalau penjajah asing

b)

B Menyekat pengaruh komunis

c)

C Mendapatkan petempatan khas

d)

D Menghalang kemasukan imigran

51.

Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan anti British di Tanah Melayu pada tahun 1940an.


Pertubuhan Perjuangan

Kesatuan Melayu Muda

Matlamat

Menghalau penjajah British dari Tanah Melayu


Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?

a)

A Membantu perjuangan golongan kiri

b)

B Bergabung dengan kuasa Barat lain

c)

C Mendapatkan sokongan pembesar

d)

D Bekerjasama dengan pihak Jepun

52.

Mohamad Eunos Abdullah adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20. 1:


Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura ?

a)

A Membina pusat pendidikan

b)

B Membuka kawasan pertanian

c)

C Menubuhkan pusat kebudayaan

d)

D Memperoleh petempatan khas

53.

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengasas Kesatuan Melayu Singapura.


Kesatuan Melayu Singapura 1926

 Mohammad Eunos Abdullah

 Tengku Kadir Ali

 Embok Suloh


Antara berikut yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut?

I Mendapat pendidikan Inggeris

II Menentang pentadbiran Inggeris

III Memperjuangkan kepentingan politik

IV Memperjuangkan kepentingan sosioekonomi

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

54.

Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

A Halangan daripada pemerintah

b)

B Kelemahan sistem perhubungan

c)

C Menghadapi masalah kewangan

d)

D Perbezaan taraf hidup antara etnik

55.

Kesengsaraan Hidup Semasa Pendudukan Jepun

Kekurangan makanan

Kekurangan ubat-ubatan

Kekejaman pentadbiran


Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu?

a)

A Mendapatkan bantuan luar

b)

B Menolak penguasaan kuasa asing

c)

C Menyerah nasib kepada penjajah

d)

D Membentuk sistem politik sendiri