Font size
WorksheetsKata kerja
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Para peniaga biasanya akan naik harga barangan di pasaran pada musim perayaan untuk mengaut keuntungan yang banyak.
menaikkan harga barangan
menaiki harga barangan
menaik harga barangan
Tiada kesalahan
Orang ramai di negeri kita sering berbincang tentang isu-isu yang melanda negara.
berbincang isu-isu
berbincangkan tentang isu-isu
membincangkan tentang isu-isu
Tiada kesalahan
Encik Deraman memerlukan modal yang banyak untuk menampung projek penternakan ikan puyunya.
memenuhi projek penternakan
menjayakan projek penternakan
melancarkan projek penternakan
Tiada kesalahan
Juruteknik itu sedang membaikkan perisian komputer pelanggannya yang rosak.
membaiki perisian komputer
membaikikan perisian komputer
memperbaiki perisian komputer
Tiada kesalahan
Wakil rakyat itu akan berjumpa dengan penduduk kampung untuk membincangkan perkara-perkara yang berbangkit.
berjumpakan dengan penduduk kampung
perjumpaan dengan penduduk kampung
menjumpai dengan penduduk kampung
Tiada kesalahan
Seramai 15 orang murid dari Sekolah Menengah Cempaka Sari berkejar-kejaran ke Hospital Putrajaya kerana kerancunan makanan.
dikejarkan ke Hospital Putrajaya
mengejarkan ke Hospital Putrajaya
terkejar-kejar ke Hospital Putrajaya
Tiada kesalahan
Pekerja-pekerja Syarikat Telekom Malaysia sedang menebang dahan-dahan pokok yang menimpa kabel telefon selepas menerima aduan daripada pengguna.
memintas dahan-dahan pokok
mencantas dahan-dahan pokok
memotong dahan-dahan pokok
Tiada kesalahan
Encik Sahak mengirimi anaknya sejumlah wang sebagai perbelanjaan harian di asrama pada setiap bulan.
Encik Sahak mengirimkan anaknya
Encik Sahak mengirim anaknya
Encik Sahak berkirim anaknya
Tiada kesalahan
Kerja-kerja memperlebarkan jalan itu terpaksa ditangguhkan kerana hujan turun tanpa henti.
melebar jalan itu
lebarkan jalan itu
memperlebar jalan itu
Tiada kesalahan
Akan kami membersih kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong.
Akan kami bersih
Akan kami bersihkan
Akan kami dibersihkan
Tiada kesalahan
