wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa : Kata Kerja

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Vishnu _________ kami ke rumah terbukanya sempena perayaan Deepavali.

a)

menarik

b)

menolak

c)

menjemput

d)

menumpang

2.

Puan Zarina __________ dulang berisi air minuman untuk diberikan kepada tetamu di majlis hari lahir adik.

a)

membawa

b)

menatang

c)

mengusung

d)

membimbit

3.

Peniaga itu sedang __________ dua ekor ikan cencaru yang dibeli oleh pelanggannya.

a)

mengerat

b)

menyiang

c)

membelek

d)

menimbang

4.

Adam berasa gembira kerana terpilih _________ perarakan sempena Hari Kebangsaan itu.

a)

melawati

b)

menjalani

c)

menyertai

d)

menghayati

5.

Pekerja itu menggunakan gunting yang tajam untuk ________ pokok hiasan dan pokok bunga di perkarangan sekolah.

a)

menebas

b)

menyabit

c)

mencantas

d)

menebang

6.

Doktor Latifah __________ ceramah mengenai Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri semasa ceramah di Minggu Kebersihan Sekolah Kebangsaan Sri Desa.

a)

melaporkan

b)

meneruskan

c)

memendekkan

d)

menyampaikan

7.

Kereta Toyota Vios yang hilang kawalan itu ________ ke dalam gaung yang curam itu.

a)

terperosok

b)

terbabas

c)

terjunam

d)

tergelincir

8.

Encik Zafri __________ akar pokok ketika berjoging di taman rekreasi.

a)

terhantuk

b)

terkecur

c)

tersadung

d)

tersentuh

9.

Kata-kata yang __________ daripada mulutnya telah menggores perasaan ibunya.

a)

terdetik

b)

terdetus

c)

terdetak

d)

terpacul

10.

Sebelum majlis itu bermula, mereka sempat ________ hamparan di ruang tamu rumah untuk keselesaan tetamu.

a)

membentang

b)

melipatkan

c)

menggulung

d)

menyimpan

11.

Murid-murid terpaksa __________ beg yang berat untuk ke sekolah pada setiap hari.

a)

menjinjing

b)

menggalas

c)

membimbit

d)

menjunjung

12.

Kamal terus ______ air kelapa muda yang ditebuk oleh datuknya kerana terlalu dahaga.

a)

menjilat

b)

menuang

c)

menggogok

d)

menyedut

13.

Para pelancong berasa terpegun melihat keunikan Masjid Kristal yang ______ indah di Pulau Wan Man.

a)

terpancar

b)

terbina

c)

tersergam

d)

terdiri

14.

Anjing itu ______seketul tulang.

a)

membimbit

b)

mengonggong

c)

menjinjit

d)

menganga

15.

Hati Sufi ________ oleh sindiran sahabat baiknya itu.

a)

tersentak

b)

tercengang

c)

tersinggung

d)

tercuit

16.

Mak Kiah sedang ______ tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya.

a)

menganyam

b)

menjahit

c)

menenun

d)

menekat

17.

Sebelum ke pejabat, ayah ______ tali lehernya kemas-kemas.

a)

mengikat

b)

menyimpul

c)

memasang

d)

memintal

18.

Dua orang mata-mata gelap itu sedang _______ lelaki yang disyaki sebagai pengedar dadah itu dari belakang tanpa disedarinya.

a)

membolosi

b)

mengekori

c)

mengiringi

d)

menuruti

19.

Nenek sedang ____ kelapa di dapur untuk diambil santannya.

a)

menyagat

b)

mengorek

c)

mengukur

d)

memerah

20.

Pengantin lelaki itu kelihatan segak dengan sebilah keris _____ di pinggangnya.

a)

terselit

b)

tersisip

c)

terpacak

d)

terhunus