NEW
Font size
WorksheetsPeratus (masalah harian)
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Terdapat 500 biji buah mangga. 40% daripada buah mangga itu belum masak sepenuhnya.
Berapa bijikah mangga yang telah masak sepenuhnya?
300
400
500
200
Dalam suatu ujian Matematik yang diadakan, Rosman telah menjawab 4 soalan daripada 40 soalan dengan salah.
Hitung peratus markah yang dia peroleh?
70%
90%
50%
10%
Bilangan soalan dalam suatu kuiz Bahasa Arab ialah 40 soalan. Masri mendapat 80% dalam kuiz tersebut.
Hitung bilangan soalan yang salah dijawab oleh Masri.
6
4
8
10
Jualan baju kemeja bagi sebuah kilang pada tahun 2018 ialah 600 000 helai. Pada tahun 2019, jualan baju kemeja meningkat sebanyak 20%.
Berapakah bilangan baju kemeja yang terjual pada tahun 2019?
102 000
120 000
702 000
720 000
Jumlah pokok cili, tomato dan jagung di dalam sebuah kebun ialah 40 000 batang pokok. Jumlah pokok cili dan tomato adalah 40% daripada jumlah pokok di kebun itu.
Berapakah bilangan pokok jagung yang berada di ladang itu?
24 000
16 000
4 000
20 000
Melinda mempunyai wang sebanyak RM1 200. Dia ingin membeli sebuah beg yang berharga 30% daripada yang yang dipunyainya.
Jika 10% diskaun diberikan, berapakah harga beg itu selepas diskaun?
RM360
RM324
RM300
RM240
Terdapat 300 biji buah durian di sebuah gerai buah-bahan. 60 biji buah durian telah busuk dan selebihnya masih elok. 80% daripada durian yang elok telah dijual.
Berapakah jumlah buah durian yang belum dijual?
240
24
48
192
Terdapat 50 000 batang pembaris dalam sebuah kedai alat tulis. 75% daripada pembaris itu telah dijual dan selebihnya masih ada di kedai tersebut.
Berapa batang pembariskah yang masih ada?
1 250
40 000
37 500
12 500
Rasyeeqa menerima gaji sebanyak RM2 500 sebulan. Dia membelanjakan 80% daripada jumlah gajinya dan selebihnya disimpan.
Berapakah jumlah simpanannya bagi 5 bulan?
RM2 500
RM2 000
RM1 500
RM500
Jumlah jualan kereta dalam tempoh setahun bagi sebuah syarikat ialah 12 000 buah kereta. Pada tahun berikutnya, jualan meningkat kepada 12 600 buah.
Berapa peratuskah kenaikan jualan kereta bagi syarikat itu?
3%
5%
10%
20%
Pak Hamid telah memetik 200 biji nenas di kebunnya. Dia memberikan 10% kepada jiran-jirannya. Kemudian, dia menjual 30 biji nenas itu.
Berapakah nenas yang tinggal?
100
120
150
180
Anita menyimpan sebanyak 10% daripada gajinya setiap bulan. Jumlah simpanannya setahun ialah RM2 400.
Hitung gaji Anita bagi sebulan.
RM1 000
RM1 200
RM2 000
RM2 400
Harga sebuah radio ialah RM940. Encik Malik menerima diskaun bagi pembelian radio itu. Dia membayar RM846.
Berapakah diskaun untuk harga radio itu?
30%
5%
15%
10%
Gaji bulanan Yasmin pada tahun 2018 ialah RM2 400. Gaji bulanannya meningkat sebanyak 20% pada tahun 2019. Berapakah gaji bulanan Yasmin pada tahun 2019?
RM2 880
RM2 440
RM2 448
RM4 800
Kamil membeli 4 helai baju dengan harga RM80. Dia menjual baju itu dengan harga RM25 sehelai.
Berapakah peratus keuntungan yang diperolehi daripada jualan kesemua baju-baju itu?
50%
25%
30%
45%
