wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemanasan Global (Tingkatan 2)

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang dikaitkan dengan pemanasan global?

a)

Proses pembandaran

b)

Pembakaran hutan

c)

Pembinaan sistem pengangkutan

d)

Pertambahan populasi penduduk

2.

Bagaimanakah masyarakat boleh mengurangkan kesan pemanasan global?

a)

Memberi sumbangan derma

b)

Menggunakan bahan api fosil

c)

Menanam pokok di sekeliling rumah

d)

Menjalankan kegiatan pertanian

3.

Apakah kesan yang berlaku jika masyarakat berkongsi kenderaan?

a)

Penggunaan perkhidmatan kereta api merosot

b)

Pembinaan lebuh raya dihentikan

c)

Pencemaran udara berkurangan

d)

Kemusnahan flora dan fauna

4.

Nyatakan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan global

a)

Pertanian dan penternakan

b)

Jalan raya dilebarkan

c)

Pembinaan petempatan

d)

Letusan gunung berapi

5.

Kawasan yang menerima kesan pemanasan global yang ketara ialah

a)

Kawasan perindustrian

b)

Kawasan puncak gunung

c)

Kawasan luar bandar

d)

Kawasan tepi laut

6.

Faktor semula jadi yang menyumbang kepada fenomena pemanasan global ialah

a)

Kejadian tsunami

b)

Kejadian gempa bumi

c)

Pelepasan sisa toksik ke dalam sungai

d)

Pembakaran hutan secara semula jadi

7.

Faktor aktiviti manusia yang menyumbang kepada fenomena pemanasan global ialah

a)

Penerimaan pancaran matahari

b)

Kebakaran hutan secara semula jadi

c)

Letusan gunung berapi

d)

Aktiviti pertanian

8.

Pilih pernyataan yang Salah mengenai amalan 5R

a)

Berkongsi kenderaan

b)

Pendidikan alam sekitar

c)

Amalan kitar semula

d)

Menggunakan pengangkutan awam

9.

Bagaimanakah pemanasan global menyebabkan kemerosotan bekalan makanan dunia?

a)

Suhu panas menyebabkan kejadian kebakaran tanaman secara semula jadi

b)

Suhu panas mengeringkan lautan

c)

Suhu panas menyebabkan tanih menjadi kering dan tidak subur

d)

Suhu panas menyebabkan penduduk tidak dapat keluar ke ladang

10.

Pilih pernyataan yang benar mengenai aktiviti manusia dan gas yang terhasil

a)

Pengangkutan - karbon dioksida

b)

Perindustrian - metana

c)

Pertanian - sulfur dioksida

d)

Pembakaran terbuka - metana

11.

Apakah yang dapat dikaitkan dengan rajah berikut?

a)

Kesan rumah hijau

b)

Hujan asid

c)

Jerebu

d)

Letusan gunung berapi

12.

Peningkatan aras laut akan menyebabkan

a)

Tanah menjadi tandus

b)

Banjir besar dan hakisan berlaku

c)

Tahuran hujan tidak menentu

d)

Penyakit katarak dan kanser kulit

13.

Pilih pernyataan yang benar mengenai penguatkuasaan undang-undang dalam mengurangkan kesan pemanasan global

a)

Akta perlombongan Petroleum 1973

b)

Akta kerajaan tempatan 1997

c)

Akta perhutanan 1984

d)

Akta pengangkutan jalan 2014

14.

Apakah persamaan gas-gas di bawah?

-karbon dioksida

-karbon monoksida

a)

Gas semula jadi di bumi

b)

Terhasil daripada racun serangga

c)

Menyerap pantulan cahaya matahari

d)

Memanaskan permukaan bumi

15.

Apakah kesan pemanasan global terhadap masalah kesihatan manusia?

a)

Menyebabkan udara kering dan membentuk jerebu

b)

Menyebabkan Tanah menjadi tidak subur

c)

Menyebabkan strok haba dan dehidrasi

d)

Menyebabkan bekalan air bersih tercemar