wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Istana

Total questions: 13

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Permaisuri agong masih di dalam kamar tidur kerana baginda masih belum ............

a)

beradu

b)

bersiram

c)

bersemayam

2.

Sultan Azrul Shah ..........untuk mencemar duli ke upacara pembukaan perasmian bangunan Coway di Seri Iskandar.

a)

berkenaan

b)

bertitah

c)

bertakhta

3.

Nakhoda kapal menghadap Sultan Ali di Istana Mentara Wali ketika baginda sultan...........di atas.............

a)

bertakhta...pancapersada

b)

beradu.....cokma

c)

bersemayam...tandu

4.

Petugas istana membawa .........yang bertatahkan perak ketika perarakan masuk baginda Sultan Ramli Shah ke perkarangan istana.

a)

cogan alam

b)

singgahsana

c)

ubur-ubur

5.

Semua masyarakat ........... sumbangan yang diberikan oleh baginda ketika negeri ditimpa bencana.

a)

menjunjung tinggi

b)

menjunjung titah

c)

menjunjung duli

6.

"......... telah mendapat perintah daripada ............untuk memperketat kawalan di sempadan kota", kata Temenggong kepada Shahbandar.

a)

Hamba..... tuanku

b)

Hamba....tuan hamba

c)

Hamba....baginda

7.

"Adakah ........... berhajat untuk mengikuti ..........ke Gunung Keledang ?", tanya Laksamana kepada Penghulu Bendahari.

a)

tuan hamba........hamba

b)

tuanku.....patik

c)

hamba .......tuan hamba

8.

Permaisuri Jamilah memakai ...........yang bertatahkan emas pada dahi ketika upacara pertabalan puteri baginda.

a)

gandik

b)

jogar

c)

mutiara

9.

Tuanku Sultan Halim Mu'adzam Shah..........di Istana Langkapura sebelum berangkat ke Majapahit atas urusan perdagangan.

a)

bersemayam

b)

tinggal

c)

bertakhta

10.

Baginda Sultan Alauddin Riayat Shah...........bahawa rakyat yang berjaya membawa pulang puteri yang diculik oleh perompak akan diberikan ganjaran berupa wang emas.

a)

bertitah

b)

bercakap

c)

gering

11.

"............. menitahkan Laksamana membunuh lanun yang membuat kacau di Kampung Raja Parit ", kata Bendahara kepada Laksamana Hang Tuah di anjung rumahnya.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

12.

"............tuanku sembah......... harap di ampun", kata Hang Nadim di hadapan Sultan Mizan Alaudin Riayat Shah di Balai Seri Istana.

a)

Ampun......patik

b)

Patik..... ampun

c)

Ampun...... sultan

13.

"Keadaan baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dalam keadaan..........", kata Bendahara Tun Perak kepada pembesar istana.

a)

gering

b)

sakit

c)

Mangkat