WorksheetsPenjodoh Bilangan Set 1
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Ibu Le Xuan membawa se___________ kuih keria untuk dijual di gerai untuk menampung perbelanjaan keluarga.
keping
bakul
biji
buah
Huan Huan menyusun enam ___________ cawan di atas meja dengan teliti.
buah
gelas
biji
botol
Ayah Henry membancuh se_________ kopi untuk diminum pada setiap pagi sebelum pergi bekerja.
cubit
bungkus
gelas
cawan
Ji Cheng menyediakan se___________ kaya soya untuk dihidangkan kepada neneknya.
cawan
gelas
pinggan
mangkuk
Hui Zi menikmati se____________ bubur yang panas sebagai sarapan pagi.
pinggan
cawan
mangkuk
bungkus
Zhao Heng menatang se_____________ mi goreng dengan berhati-hati sambil menuju ke ruang tamu.
pinggan
mangkuk
gelas
cawan
Chee Teck membeli dua ____________ sawi dan tiga ___________ kangkung dari gerai Mak Siti.
ikat
helai
jambak
gulung
Ayah Dexter menghadiahkan se_____________ bunga kepada ibunya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.
kuntum
jambak
ikat
jambangan
Xiang Yi meletakkan tiga _____________ bunga di atas mejanya sebagai hiasan.
jambangan
jambak
kuntum
tangkai
Le Le akan membaca se____________ surat khabar pada setiap hari untuk mengetahui isu-isu semasa yang terkini.
buku
naskhah
keping
buah
Se___________ pegawai polis bergegas ke tempat kemalangan itu dengan segera selepas menerima panggilan telefon.
gugus
angkatan
kumpulan
gerombolan
Se__________ anggota bomba kini sedang melakukan kerja-kerja penyelamatan di lokasi kejadian runtuhan.
gerombolan
kumpulan
pasukan
kelompok
Se____________ pengganas membuat rompakan di bank itu pada waktu pagi tadi.
angkatan
pasukan
kumpulan
gerombolan
Min Wei asyik melihat se__________ bintang yang berkelipan pada malam itu.
kelompok
angkatan
kumpulan
pasukan
Se____________ gajah telah memusnahkan kebun tebu Pak Karim.
kumpulan
kawan
angkatan
pasukan
Song Qi memelihara beberapa ___________ kucing yang comel di rumahnya.
orang
buah
ekor
kawan
Wen Xuan bercita-cita untuk menjadi se___________ guru tarian apabila dewasa kelak.
kawan
kumpulan
buah
orang
Qi Heng menyediakan lima belas _______________ nasi lemak untuk dibawa ke sekolah.
biji
bungkus
butir
botol
Zi Jin membeli tiga ___________ langsat di gerai yang berhampiran dengan rumahnya.
butir
biji
gulung
gugus
Kelihatan beberapa _____________ awan hitam menandakan hari hendak hujan.
kumpulan
kelompok
angkatan
pasukan
Dua ______________ rumah setinggan hangus dijilat api pada malam tadi.
baris
batang
bidang
blok
Hsin En dan ahli keluarganya memancing ikan di se_____________ sungai yang jernih pada cuti sekolah yang lalu.
ekar
bidang
ekor
batang
Ayah Kai Jun menghadiahi ibu se__________ cincin permata sempena hari jadinya.
biji
buah
bentuk
butir
Ahli-ahli pengakap membawa pulang beberapa ____________ kayu api dari hutan itu.
batang
ikat
berkas
jambak
Nenek Yi Qi membentang se______________ tikar nipah untuk tetamu yang datang ke rumahnya.
bidang
keping
gelung
lembar
Hong Xuan menggunakan dua _____________ dawai untuk membuat pagar rumahnya.
gelung
gulung
batang
tangkai
Winnie menjemur tiga _____________ permaidani di halaman rumahnya apabila cuaca panas terik.
helai
gelung
gulung
hidang
Yu Xuan menjahit beberapa _____________ kain perca untuk dijadikan kain buruk.
cekak
helai
persalinan
cebis
Zing Ten menggunakan beberapa ____________ kertas untuk menulis karangan bahasa Melayu.
helai
buku
hiris
keping
Zuliza kelihatan sungguh ayu apabila memakai se______________ baju kurung pada Hari Raya Aidilfitri.
keping
bidang
helai
pasang
