wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata ganti nama diri

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.
“...............rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negeri tercinta ini daripada ancaman musuh,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. 
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
2.
"...........................tidak terangkat kotak itu kerana terlalu berat," kata Amin setelah disuruh oleh ayahnya supaya mengangkat kotak tersebut bersama-sama Kamal.
a)
Kami
b)
Saya
c)
Beta
d)
Hamba
3.
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fatimah dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
a)
saya
b)
kalian
c)
kami
d)
awak
4.
Kerani kewangan itu ditangkap polis kerana.............disyaki telah menggelapkan wang syarikat.
a)
beliau
b)
dia
c)
kamu
d)
eng
5.
“............mahu pelabuhan ini disiapkan dengan segera,”kata Syahbandar kepada Temenggung.
a)
Patik
b)
Saya
c)
Hamba
d)
Dia
6.
.................yang sudah menjalani ujian diminta berkumpul di ruang menunggu.
a)
Mereka
b)
Mereka-mereka
c)
mereka
d)
mereka-mereka
7.
“..............sudah mencanangkan perkara ini kepada seluruh rakyat,” sembah bendahara kepada Sultan Muzaffar.
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Aku
8.
..............tokoh yang terkenal dalam bidang perfileman tanah air.
a)
Beliau
b)
Dia
c)
Kamu
d)
Mereka
9.
.............pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku,” kata Rani kepada Maria
a)
Aku
b)
saya
c)
Saya
d)
Kami
10.
“.................mesti bermain bermati-matian untuk memenangi perlawanan ini,” kata kapten pasukan bola sepak itu kepada rakan-rakannya.
a)
Mereka
b)
Kami
c)
Kamu
d)
Kita
11.
“...............akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur,”titah Sultan Melaka kepada rakyat jelata.
a)
Saya
b)
Patik 
c)
Hamba
d)
Beta
12.
“...........turut gembira atas kejayaan kamu dalam pertandingan perbahasan itu,”kata Fikri kepada Badrish.
a)
Saya
b)
Kami
c)
Kita
d)
Kamu
13.
Kerajaan memperuntukkan puluhan ribu ringgit untuk membantu...............yang kurang bermampuan di luar bandar.
a)
mereka-mereka
b)
mereka
c)
kamu 
d)
engkau
14.
“.................menjunjung segala titah perintah tuanku,”kata Bendahara.
a)
Hamba
b)
Saya
c)
Aku
d)
Patik
15.
"..............tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat,”kata Pak Samad kepada wartawan itu.
a)
Aku
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
16.
Tiada ................di dalam laci itu.
a)
apa-apa
b)
mana-mana
c)
siapa-siapa
d)
sesiapa
17.
“Kuih karipap............dibuat oleh ibu saya, “kata Nuha sambil menghulurkan sepiring kuih karipap kepada Khalida.
a)
sini
b)
itu
c)
ini
d)
situ
18.
...................yang ingin bertanya soalan,sila angkat tangan.
a)
Siapa-siapa
b)
Mana-mana
c)
Apa-apa
d)
Engkau
19.
Saya tidak menyokong.............. pihak dalam hal ini.
a)
siapa-siapa
b)
apa-apa
c)
mana-mana
d)
Mana-mana
20.
Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed begitu dihormati kerana.............sudah banyak berjasa kepada negara.
a)
dia
b)
beliau
c)
saya
d)
kita
21.

" _____________hendak ke mana?" tanya Adil kepada pemuda itu.

a)

Dia

b)

Awak

c)

Baginda

d)

Saya

22.

"Saya harap _____________ tidak membuat bising ketika berada di dalam perpustakaan," kata Cikgu Hairul kepada murid-murid.

a)

mereka

b)

beta

c)

kalian

d)

beliau

23.

Danny dan Sani berkawan baik. ______________ belajar di kelas yang sama.

a)

Mereka

b)

Engkau

c)

Dia

d)

Beliau

24.

Jaafar seorang murid yang bijak. ____________ sering membantu rakan-rakannya dalam pelajaran.

a)

Awak

b)

Saya

c)

Patik

d)

Dia

25.

____________akan mengikuti rombongn sekolah ke Perlis pada minggu hadapan.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Tuanku

d)

Awak

26.

Cikgu Fazira seorang guru yang berdedikasi. ________________ menjadi contoh kepada guru yang lain.

a)

Dia

b)

Baginda

c)

Kita

d)

Beliau

27.

________________ hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama jiran tetangga.

a)

Saya

b)

Awak

c)

Kita

d)

Mereka

28.

"Ampun ___________, izinkan patik masuk mengadap," sembah laksamana kepada sultan.

a)

beta

b)

tuanku

c)

patik

d)

hamba

29.

Sultan Kelantan seorang raja berjiwa rakyat. _______________ sentiasa mengambil tahu masalah rakyat.

a)

Baginda

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Mereka

30.

"_____________ akan laksanakan segala perintah tuanku," sembah Laksamana Hang Tuah.

a)

Patik

b)

Beta

c)

Saya

d)

Aku

31.

“Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

mereka

32.

Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

33.

“Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada saya.

a)

mereka

b)

kamu

c)

kami

d)

dia

34.

Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.

a)

Dia

b)

Nya

c)

Kamu

d)

Saya

35.

Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.

a)

dia

b)

nya

c)

beliau

d)

beta

36.

Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.

a)

dia

b)

kita

c)

kamu

d)

mereka

37.

Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.

a)

mereka

b)

awak

c)

saya

d)

kami

38.

“Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.

a)

kamu

b)

awak

c)

kami

d)

saya

39.

“Ampun _______ tuanku,” sembah Hang Tuah kepada raja.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

40.

“Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada kawan-kawannya.

a)

dia

b)

awak

c)

beliau

d)

kalian

41.

Berikut merupakan Kata Ganti Nama Diri Pertama

a)

Saya

b)

Beta

c)

Kami

d)

Hamba

42.

Yang manakah merupakan Kata Ganti Nama Kedua?

a)

Dia

b)

Tuanku

c)

Kalian

d)

Tuan hamba

43.

Berikut merupakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga KECUALI

a)

Pak Abu

b)

Beliau

c)

Mereka

d)

Patik

44.

"__________ akan mencemar duli untuk melihat keadaan rakyat yang dilanda wabak penyakit," kata Bendahara Tun Perak kepada Temenggong Ali.

a)

Beta

b)

Baginda

c)

Patik

d)

Beliau

45.

"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.

a)

saya

b)

kamu

c)

kita

d)

kalian

46.

Beberapa orang murid terlibat dalam pertandingan kawad kaki. _______ berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan pasukan.

a)

Mereka

b)

Dia

c)

Kalian

d)

Kami

47.

Sekarang sedang berlangsung siaran Perutusan Khas Perdana Menteri. _________ akan menerangkan tentang tatacara kerajaan menangani wabak COVID 19.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Baginda

d)

Mereka

48.

________ yang ingin datang ke sekolah untuk mengadakan kelas tambahan, perlu minta keizinan daripada Guru Besar.

a)

Siapa

b)

Siapa-siapa

c)

Apa-apa

d)

Apa

49.

"____________ kamu membeli buku rujukan ini?" Tanya Nazihan kepada Aqilah.

a)

Bagaimana

b)

Berapa

c)

Mengapa

d)

Di manakah

50.

Pilih penggunaan kata ganti nama diri yang betul.

a)

Pokok itu ditanam oleh ibu.

b)

Baginda menitahkan supaya rakyat bertenang.

c)

Kasut kulit itu dibeli oleh saya semalam.

d)

Nasi ayam yang sedap ini kami masak.