Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sistem bahasa

Total questions: 28

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Penunggang-penunggan motosikal terpaksa mencari tempat_____________ kerana hujan turun dengan lebat.

a)

berteduh

b)

bernaung

c)

bermalam

d)

bersembunyi

2.

Polis dan tentera bersiap sedia untuk mengawal keadaan yang semakin __________ itu.

a)

getir

b)

keruh

c)

bising

d)

genting

3.

Mereka ________ Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kebangsaan.

a)

melukiskan

b)

mewarnakan

c)

menggibarkan

d)

menggantungkan

4.

Pasar Raya Super Jimat akan membuat ____________ harga barangan secara besar-besaran sempena Hari Raya.

a)

turunan

b)

menurun

c)

keturunan

d)

penurunan

5.

Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber telah telah ditubuhkan_________ membanteras jenayah penipuan atas talian yang semakin berleluasa.

a)

bagi

b)

pada

c)

oleh

d)

tentang

6.

Pokok-pokok padi yang _____________ditiup angin itu telah menimbulkan suasana yang nyaman.

a)

berkibar-kibar

b)

melambai-lambai

c)

bergoyang-goyang

d)

berlenggok-lenggok

7.

Akibat sikapnya yang _________ batas, Syahir tidak dibenarkan pergi ke mana-manatanpa persetujuan bapanya.

a)

terlampau

b)

melampau

c)

melampaui

d)

melampau-lampau

8.

Buku yang memuatkan pelbagai kisah kejayaan __________ terkemuka iti mendapat sambutan daripada ahli perniagaan.

a)

wartawan

b)

usahawan

c)

karyawan

d)

budayawan

9.

Pelabagai jenis bahan bacaan terdapat di perpustakaan, ____________ para murid tidak memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.

a)

walaupun

b)

malahan

c)

bahkan

d)

namun

10.

Pasukan __________ dari Malaysia telah berlepas ke Indonesia untuk membantu mangsa tsunami.

a)

negarawan

b)

setiakawan

c)

sukarelawan

d)

cendiakawan

11.

Mereka sudahberusaha dengan ______________ dalam perlawanan itu tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila kalah dengan juara bertahan.

a)

seelok-eloknya

b)

sebaik-baiknya

c)

setidak-tidaknya

d)

sekurang-kurangnya

12.

Doktor telah menjalankan __________terhadap kanak-kanak itu untuk mengetahui penyakit yang dihidapinya.

a)

penyelidikan

b)

pemeriksaan

c)

pengkajian

d)

penelitian

13.

Kaunter itu ditutup pada waktu rehat dan___________ pertanyaan tidak akan dilayan.

a)

segala

b)

beberapa

c)

seluruh

d)

sekalian

14.

Puan Zara___________ kanak-kanak itu seperti anaknya sendiri.

a)

pelakuan

b)

kelakuan

c)

melakukan

d)

memperlakukan

15.

Semua warga sekolah bersedih atas persaraan Pengetua itu kerana ________ seorang yang ramah dan baik hati.

a)

dia

b)

kalian

c)

beliau

d)

baginda

16.

____________kah yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti?' tanya Cikgu Umie kepada Mira.

a)

Apa

b)

Bila

c)

siapa

d)

mana

17.

Pekerja-pekerja itu tidak mahu bersurai_________ mereka tidak menerima tunggakan gaji daripada majikan.

a)

selagi

b)

walaupun

c)

malahan

d)

tambahan

18.

Wajah Pak Rahmat _____________apabila melihat hasil tangkapan yang diperolehnya petang itu.

a)

berser-seri

b)

berkilau-kilau

c)

berpinar-pinar

d)

bercahaya-cahaya

19.

Sempena promosi hujung tahun pelbagai________ komputer dijual dengan harga yang murah di kedai itu.

a)

beralat

b)

dialatkan

c)

peralatan

d)

memperalatkan

20.

"Kalian boleh bersurai sekiranya tiada________ soalan," kata Cikgu Zakuan.

a)

apa

b)

siapa

c)

apa-apa

d)

mana-mana

21.

Lain-perkara-perkara yang kurang penting tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

a)

perkara lain-lain

b)

lain-lain perkara

c)

perkara-perkara lain

d)

lain perkara-perkara

22.

Semangat muhibah di dalam kalangan masyarakat dapat memupuk perpaduan dan keharmonian di negara ini.

a)

di kalangan masyarakat

b)

dalam kalangan

c)

di antara kalangan masyarakat

d)

di dalam kalangan masyarakat

23.

Suhaila dan Kamila antara murid-murid yang cemerlang di sekolah itu.

a)

antara murid yang cemerlang

b)

di antara murid yang cemerlang

c)

di antara murid-murid yang cemerlang

d)

antara murid-murid yang cemerlang

24.

Dia mengambilkan sekeping roti dan air kotak di atas meja sebelum pergi ke sekolah.

a)

diambil sekeping roti dan air kotak

b)

terambil sekeping roti danair kotak

c)

mengambil sekeping roti dan air kotak

d)

mengambilkan sekeping roti dan air kotak

25.

Hanif dan Azfar seperti adik-beradik kerana mereka bersahabat karib sejak daripada kecil lagi.

a)

dari kecil lagi

b)

sejak kecil lagi

c)

sejak dari kecil lagi

d)

sejak daripada kecil lagi

26.

Koleksi Butik Aimi mengetengahkan fesyen pakaian tradisional Melayu seperti baju Melayu, baju kurung dan kebaya.

a)

Butik Aimi Koleksi

b)

Butik Koleksi Aimi

c)

Aimi Butik Koleksi

d)

Koleksi Butik Aimi

27.

Beberapa orang guru-guru sekolah kami sedang mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian pendidikan.

a)

Beberapa guru-guru

b)

Beberapa orang guru

c)

Beberapa orang guru-guru

d)

berapa orang guru-guru

28.

Ibu menunggu kepulangan abang daripada sehari ke sehari.

a)

dari hari ke sehari

b)

dari sehari ke sehari

c)

daripada hari ke hari

d)

daripada sehari ke sehari