WorksheetsPerjuangan Tokoh Tempatan
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
1) Di manakan Tok Janggut telah terkorban dalam pertempuran dengan pihak British?
Pasir Salak, Perak
Kampung Saring, Kelantan
2) Dol Said menentang Pihak British bagi mempertahankan kedaulatan
Naning
Sungai Ujong
3) Tunku Antah telah dilantik menjadi Yamtuan ______ pada tahun 1875
Seri Menanti
Sungai Ujong
4) Beliau menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun. Siapakah beliau?
Rentap
Antanom
5) Berikut merupakan sebab mengapa Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB), KECUALI
Menganggap British menghina mereka
Membantah cukai yang dikenakan dan peraturan baharu
6) Antanom telah mendirikan kubu pertahanan di _____ bagi menyerang tentera Syarikat Borneo Utara British
Sungai Rejang
Sungai Selanggit
7) Dato Bahaman berjaya menawan ______ dengan bantuan Tok Gajah dan Mat Kilau
Jeram Ampai
Lubuk Terua
8) Mereka ini dikenali sebagai tokoh Kedamaian kerana mereka tidak menggunakan kekerasan ketika menentang penjajah, KECUALI
Dato' Maharaja Lela
Tun Tan Cheng Lock
9) Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menolak campur tangan kuasa luar dalam pentadbiran negara kita?
Agar Malaysia menceroboh negara lain
Mengekalkan kedaulatan negara kita
10) Saya menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning. Saya menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai. Pada tahun 1831, Saya berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti, Sungai Ujong,Johol dan Muar. Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran Naning dan membakar rumah penduduk. British terpaksa membelanjakan 100 ribu Paun Sterling untuk mengalahkan Saya. British hanya dapat menewaskan Saya dalam serangan yang ketiga. Pada tahun 1832, Saya telah ditewaskan dan tinggal dalam buangan di Melaka.
Dato' Maharaja Lela
Dol Said
11) Saya menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka. James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasai pergerakan orang Iban. Pada tahun 1853, saya menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai kejayaan. Saya membina kubu pertahanan di Bukit Sadok. Ramai pahlawan Iban yang menyokong saya. Pertempuran yang sengit berlaku antara saya dan James Brooke di Bukit Sadok. Saya telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu.
Rentap
Mat Salleh
12) Saya menentang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa pentadbir. Pada tahun 1855, saya telah menyerang Mukah. Saya berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong James Brooke. Saya bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching. Saya tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles Brooke,anak saudara James Brooke dan berundur ke Mukah. Pada tahun 1861, saya ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura. Setelah dibebaskan, saya menuju ke Selangor untuk membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.
Sharif Masahor
Dol Said
13) Saya menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh. Saya membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang membebankan. Pada tahun 1897, saya telah mendirikan kubu di Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong. saya telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban.
Mat Salleh
Antanom
14) Apakah peristiwa yang menyebabkan Dato' Maharaja Lela dijatuhkan hukuman gantung?
Pembunuhan J.W.W. Birch
Pembunuhan Sir Davidson
15) Apakah sebab penentangan Tok Janggut di Kelantan?
Rakyat menyokong British menyebabkan Tok Janggut marah
Rakyat tertindas dengan cukai dan tempat membayar yang sangat jauh
16) Mengapakah penting untuk kita mempertahankan kedaulatan negara?
Bebas daripada penjajahan dan ketidakadilan
Dapat berada di bawah penjajahan selamanya
17) Jika rakyat hari ini dapat menjaga kedaulatan negara. Apakah yang akan berlaku?
Kita dapat menyambut hari kemerdekaan dengan pertunjukan bunga api.
Kita dapat terus memajukan masyarakat dan negara untuk bersaing dengan negara maju yang lain
18) Apakah kepentingan kita sebagai rakyat untuk mempertahankan kedaulatan negara?
Dapat memastikan semua orang saling bermusuhan
Dapat memastikan keamanan dan kemakmuran ekonomi negara
19) Sebagai rakyat, bagaimanakah cara anda memastikan negara kekal aman dan makmur?
Memilih pemerintah yang adil dan tidak belot pada negara
Memilih pemerintah yang baik dan menyokong kuasa asing
20) Pejuang tempatan bernama Dato' Maharaja Lela dikaitkan dengan negeri
Johor
Perak
21) Dol Said menentang pihak British bagi mempertahankan kedaulatan
Sungai Ujong
Naning
22) Beliau menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun. Siapakah beliau?
Rentap
Antanom
23) Tokoh ini menentang British bagi mempertahan kedaulatan Naning. Siapakah tokoh ini?
Dol Said
Yam Tuan Antah
24) Tokoh tempatan yang menentang British di negeri Pahang ialah ______________.
Dato' Bahaman
Rentap
25) Mat Salleh telah dibenarkan oleh pihak British untuk mentadbir daerah ______________.
Ambong
Tambunan
26) Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas ______________ bagi menentang pihak British.
Pasir Panjang
Pasir Puteh
27) Penentangan terhadap British di Perak disebabkan oleh ______________.
kehilangan hak mengutip cukai.
pembinaan balai polis oleh British.
28) Mengapakah Haji Abdul Rahman Limbong menentang British?
Melucutkan geleran sebagai pembesar.
Mewajibkan pas kebenaran untuk menjalankan akiviti pertanian
29) Nyatakan sebab utama Dol Said menentang Inggeris?
Campur tangan ekonomi tempatan
Peningkatan pembayaran cukai
30) Siapakah tokoh yang menentang British di Kelantan?
Tok Janggut
Mat Kilau
31) Mengapakah Mat Salleh membakar Pulau Gaya ?
SBUB memusnahkan kampung Mat Salleh
Mat Salleh ingin membina penempatan di Pulau Gaya
32) Siapakah J.W.W Birch?
Pembunuh Dato Maharajalela
Residen pertama Perak
33) Apakah sebab Dol Said menentang British?
A. Pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai
B. Petempatan mereka dihapuskan
34) Apakah sebab yang menyebabkan kebangkitan pemimpin tempatan menentang British?
A. Campur tangan dalam adat resam tempatan.
B. Bayaran cukai yang rendah.
35) Mengapakah Dato' Maharaja Lela menentang British?
A. British memperkenaikan cukai baharu dan campur tangan dalam adat resam Melayu
B. British mengambil alih kuasa pentadbiran
36) Di manakan Tok Janggut telah terkorban dalam pertempuran dengan pihak British?
Pasir Salak, Perak
Kampung Saring, Kelantan
37) Pilih penyataan yang betul?
a)Syarif mansur->dihukum bunuh
b)Rentap->Berundur ke Ulu Sungai Entabai
38) Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831?
A Menggunakan askar upahan
B Mendapat sokongan pembesar tempatan
39) Mengapakah pembesar-pembesar di Pahang seperti Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul menentang British.
A Pembinaan balai polis
B Pencabulan perjanjian
40) Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.
Mengapakah penentangan itu dilakukan?
A. Pengenalan pendidikan sekular
B. Pengenalan peraturan tanah
