wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA 2

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Betulkan kesalahan ejaan berikut:


Filem-filem dokumenteri semakin berkembang sejak akhir-akhir ini.

a)

documentari

b)

dokumentari

c)

dokkumentari

d)

dokumentary

2.

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif:


Kami sedang menampal maklumat tentang wabak denggi pada papan kenyataan kelas.

a)

Pada papan kenyataan kelas kami sedang menampal maklumat wabak denggi.

b)

Maklumat tentang wabak denggi sedang kami tampal pada papan kenyataan kelas.

c)

Maklumat tentang wabak denggi sedan ditampal oleh kami pada papan kenyataan kelas,

3.

Cerakinkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal:


Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988.

a)

Kuching merupakan ibu negeri Sarawak.

b)

Ibu negeri Sarawak diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988.

c)

Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988.

d)

Bandar raya Kuching diisytiharkan sebagai bandar raya.

4.

Bina ayat tanya menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan ayat di bawah:


Persembahan teater Supermokh akan bermula pada pukul 8.30 malam.

a)

Apakah persembahan teater Supermokh akan bermula?

b)

Manakah persembahan teater Supermokh akan bermula?

c)

Bilakah persembahan teater Supermokh akan bermula?

d)

Jadikah persembahan teater Supermokh akan bermula?

5.

Tukarkan dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah:


Iman : Tahniah Izat sebab kau dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

a)

Iman mengucapkan tahniah kepada Izat kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

b)

"Tahniah, Izat. Kau dapat melanjutkan pelajaran ke universiti," kata Iman.

c)

Iman berkata tahniah kepada Izat sebab dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

6.
Para _______________ itu sedang berbincang tentang masalah inflasi.
a)
cendikiawan
b)
cendekiawan
7.
Perjalanan ke _______________ itu mengambil masa lebih kurang dua jam.
a)
kampung
b)
kampong
8.
Motosikal berkuasa tinggi itu __________ dari Itali.
a)
diimport
b)
diemport
9.
Jamil _________________ basikalnya yang pancit itu sehingga ke rumahnya.
a)
menonton
b)
menuntun
10.
Ibu menghidangkan sepinggan __________ ketika minum petang.
a)
kueh
b)
kuih
11.

"Kejayaan _____ dalam pertandingan semalam merupakan hasil tunjuk ajar para jurulatih selama ini," kata ketua pasukan hoki.

a)

kita

b)

kamu

c)

kalian

d)

mereka

12.

Amalina terpegun apabila melihat banglo di atas bukit itu lalu berkata, "_____, besar dan cantik sungguh banglo itu!"

a)

Cis

b)

Wah

c)

Aduh

d)

Amboi

13.

Mereka diminta membaca _____ terlebih dahulu sebelum mengisi borang itu dengan lengkap.

a)

buku cerita

b)

buku rujukan

c)

buku panduan

d)

buku ensiklopedia

14.

Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.

a)

kerana

b)

agar

c)

supaya

d)

jika

15.

Farzana ______ Mei Hua sangat gembira kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

a)

agar

b)

tetapi

c)

dan

d)

manakala

16.

"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.

a)

cik

b)

beliau

c)

saudara

d)

dia

17.

Fatimah dan ibunya _______ bakul dan beg plastik yang berisi ikan dan syur-sayuran.

a)

menyeret

b)

menyandang

c)

menjinjing

d)

memikul

18.

Pilih Simpulan Bahasa Berdasarkan Gambar.

a)

Buah tangan

b)

Buah mulut

c)

Buku tebal

d)

Ulat buku

19.

1.Encik Borhan ...........beberapa ekor arnab berwarna putih.

a)

menjaga

b)

memelihara

c)

menternak

d)

menyimpan

20.

5.Guru.............murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah supaya mereka menjadi lebih berdisiplin.

a)

memaki

b)

menasihati

c)

mengigit

d)

menhendik