wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penanda Wacana Tahun 6 SET-2

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya mati. ______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.

a)

Di samping itu

b)

Oleh sebab itu

c)

Oleh yang demikian

d)

Walau bagaimanapun

2.

Puan Salasiah menghidangkan lauk-pauk ini di atas meja.______________,dia pun mempersilakan tetamunya menjamu selera.

a)

Oleh itu

b)

Selepas itu

c)

Namun begitu

d)

Sudahlah begitu

3.

Sambutan Hari Guru akan diadakan tidak lama lagi.______________,murid-murid yang akan mengambil bahagian dalam acara persembahan sedang giat berlatih.

a)

Sebaliknya

b)

Di samping itu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Oleh sebab itu

4.

Pihak polis sering mengadakan rondaan di kawasan itu. ________________,jenayah ragut masih kerap berlaku.

a)

Sebelum itu

b)

Kalau begitu

c)

Namun begitu

d)

Di samping itu

5.

Mula-mula ,saya akan menyapu sampah di halaman rumah. _______________,saya akan membuang sampah sarap ke dalam tong sampah.

a)

Selepas itu

b)

Semenjak itu

c)

Sebelum itu

6.

Aktiviti vandalisme banyak membawa keburukan dalam masyarakat. ________________, tabiat tersebut perlulah dihindarkan.

a)

Padahal

b)

Di samping itu

c)

Namun demikian

d)

Oleh yang demikian

7.

Encik Jamal tidak berpuas hati dengan perkhidmatan talian telefon di kawasan tempat tinggalnya._______________,beliau telah pergi ke syarikat berkenaan untuk membuat aduan.

a)

Oleh yang demikian

b)

Namun begitu

c)

Tambahan pula

d)

Walau bagaimanapun

8.

Kira-kira lima tahun yang lalu,Encik Sariman terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. ______________,dia takut untuk menunggang motosikal.

a)

Sebelum itu

b)

Namun begitu

c)

Semenjak itu

d)

Bagaimanapun

9.

Amalan menabung banyak membawa kebaikan kepada kita.____________,amalan tersebut digalakkan terutamanya kepada murid-murid sekolah.

a)

Di samping itu

b)

Namun begitu

c)

Oleh yang demikian

d)

Walau bagaimanapun

10.

Encik Yuzairi berasa bimbang dengan keadaan anaknya yang sering mengalami tekanan perasaan._____________,beliau telah menghantar anaknya untuk mendapatkan rawatan kaunseling.

a)

Oleh itu

b)

Namun begitu

c)

Tambahan pula

d)

Walau bagaimanapun

11.

Pilih penanda wacana yang betul

a)

Dalam pada era moden ini,

b)

Dalam era moden ini,

12.

Pilih penanda wacana yang betul.

a)

Kes jerebu semakin meningkat dalam dasawarsa ini.

b)

Dasawarsa ini, kes jerebu semakin meningkat.

13.

Pilih penanda wacana yang betul.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Walaubagaimanapun,

c)

Walau bagaimanapun,

d)

Walau bagaimana pun,

14.

Pilih penanda wacana yang betul.

a)

Murid itu nakal. Justeru, dia tidak mendengar kata.

b)

Murid itu nakal justeru tidak mendengar kata.

15.

Pilih penanda wacana yang betul.

a)

Walakin itu,

b)

Walakin begitu,

16.

Pilih penanda wacana yang betul.

a)

Sebagai implikasi,

b)

Implikasi itu,

17.

Pilih penanda wacana yang betul.

a)

Kesimpulanya

b)

Kesimpulannya,

18.

Pilih penanda wacana yang betul.

a)

Pada kesempatan ini,

b)

Di kesempatan ini,

19.

Pilih penanda wacana yang betul.

a)

Dari sisi lain,

b)

Daripada sisi lain

20.

Pilih penanda wacana yang betul.

a)

Disamping itu,

b)

Di samping itu,