WorksheetsSEJARAH T4B1
Total questions: 37
Worksheet time: 19mins
Menurut pandangan Barat, konsep tamadun merangkumi pembangunan
bandar
tatasusila
kesopanan
moral
Konsep tamadun dari sudut pandangan islam menekankan pembangunan rohaniah. Apakah yang berkaitan dengan pembangunan rohaniah ?
Kepelbagaian kepercayaan
Kepelbagaian kemahiran
Ketinggian pemikiran
Ketinggian tatasusila
Menurut pandangan Islam, konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur tertentu.
Apakah unsur-unsur tersebut?
Bandar dan seni
Lahiriah dan falsafah
Lahiriah dan rohaniah
Bandar dan budaya
Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun.
Apakah ciri kehidupan tersebut?
Kebebasan beragama
Kesejahteraan hidup
Kemajuan ekonomi
Ketinggian moral
Lokasi Tamadun Awal Dunia
Apakah Tamadun X dan Tamadun Y?
Hwang Ho dan Indus
Mesir dan Hwang Ho
Indus dan Mesopotamia
Mesopotamia dan Mesir
Apakah nama sungai di Tamadun Mesir dan sungai di Tamadun Hwang Ho?
Sungai Kuning dan Sungai Tigris
Sungai Tigris dan Sungai Indus
Sungai Nil dan Sungai Kuning
Sungai Indus dan Sungai Nil
Lokasi tamadun awal dunia.
Mesopotamia
Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
Mesir Purba
Lembah Sungai Nil
Mengapakah tamadun tersebut tertumpu di lembah sungai ?
I Mempunyai tanah yang subur
II Mengekalkan warisan tradisi
III Mendapat mandat tuhan
IV Memudahkan perhubungan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Mesopotamia ?
Penguasaan Parsi
Peluasan tamadun Indus
Rampasan kuasa golongan pendeta
Kemusnahan Taman Tergantung Babylon
Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang pelbagai bentuk.
Apakah kepentingan pintu gerbang dalam tamadun tersebut?
Lambang kekayaan
Panduan laluan kapal
Sempadan empayar
Simbol keganasan
Sistem pemerintahan di Mesopotamia berasaskan sistem beraja.
Apakah bentuk sistem beraja tersebut?
Oligarki
Demokrasi
Aristokrasi
Teokrasi
Gambar diatas adalah bangunan zigurat.
Mengapakah masyarakat Mesopotamia membina bangunan tersebut?
Penjara bagi rakyat yang melakukan kesalahan
Tempat menyimpan abu mayat bangsawan
Kubu pertahanan dari serangan musuh
Menjalankan upacara keagamaan
Gambar di atas berkaitan dengan Kod Undang-Undang Hammurabi.
Apakah prinsip undang-undang tersebut?
Mengutamakan konsep permuafakatan
Berasaskan sistem kepercayaan tempatan
Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
Hukuman yang sama untuk semua golongan
Mengapakah Kod Undang-Undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia ?
Menggalakkan mobiliti sosial
Merekodkan urusan pentadbiran
Mengukuhkan organisasi masyarakat
Mencatatkan harta golongan bangsawan
Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba Howard Carter menemui mayat Tutankhamun II yang diselaputi emas
Merujuk pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
Upacara pemujaan semangat
Konsep kehidupan selepas mati
Percaya kepada kelahiran semula
Amalan penyembahan nenek moyang
Berikut adalah tuhan yang disembah oleh masyarakat Mesir Purba.
* Re
* Amun
* Ra-Atum
Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang kepercayaan masyarakat Mesir Purba?
Menafikan kehidupan selepas mati
Mengamalkan sistem kepercayaan monoteisme
Melarang amalan penyembahan roh nenek moyang
Mempercayai unsur alam mempengaruhi kehidupan
Apakah sumbangan Imhotep terhadap Tamadun Mesir Purba?
Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan
Memajukan teknologi bidang pertanian
Menggubal undang-undang
Mencipta sistem tulisan
Gambar di atas adalah tulisan hieroglif. Tulisan tersebut dicipta oleh masyarakat dalam tamadun
Mesopotamia
Mesir Purba
China
Indus
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba
Berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi
Apakah sistem tulisan tersebut?
Hieroglif
Ideogram
Cuneiform
Piktograf
Antara yang berikut, yang manakah sumbangan tamadun Mesir Purba?
I Kolar kuda
II Pedati beroda
III Sistem kalendar
IV Tulisan hieroglif
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintah dalam tamadun dunia
Raja Indravarman I - Angkor
Firaun Hatshepsut - Mesir Purba
Apakah persamaan sumbangan kedua - dua pemerintah tersebut? A Memperkenalkan sistem perundangan B Meluaskan kegiatan perdagangan C Memperkuat sistem pertahanan D Meningkatkan hasil pertanian
Memperkenalkan sistem perundangan
Meluaskan kegiatan perdagangan
Memperkuat sistem pertahanan
Meningkatkan hasil pertanian
Tinggalan bandar Mohenjo - Daro buat pertama kalinya ditemui oleh R.D Banerji pada tahun 1921.
Antara yang berikut, yang manakah tinggalan bandar tersebut?
Tempat mandi awam
Pusat latihan tentera
Taman tergantung
Aqueduct
Tamadun berikut bertembung dengan tamadun Indus
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Apakah kesan pertembungan tersebut terhadap tamadun Indus?
Penerokaan bahan mentah
Peningkatan produk pertanian
Kemajuan perancangan bandar
Kemajuan sistgem pentadbiran
Gambar di atas menunjukkan tinggalan bandar Mohenjo-Daro dalam tamadun Indus.
Mengapakah masyarakat dalam tamadun Indus mampu membina bandar tersebut?
Negara kota bersatu padu
Wilayah pemerintahan meluas
Kemasukan unsur tamadun luar
Kegiatan pertanian berkembang
Masyarakat dalam Tamadun Indus (2000 sebelum Masihi) berjaya membina bandar terancang tertua di dunia. Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah disebabkan oleh
I Amalan sikap terbuka
II Pertembungan dengan budaya lain
III Peluasan wilayah pemerintahan
IV Kejayaan kegiatan penjelajahan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tamadun di bawah menerangkan pertembungan Tamadun Indus dengan tamadun awal yang lain.
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Indus
Tamadun Mesir Purba
Apakah kesan pertembungan tersebut?
Kawasan pemerintahan meluas
Bidang sastera berkembang
Teknologi pertanian maju
Bandar terancang dibina
Mohenjo-Daro dan Harappa adalah bandar terancang terawal di dunia.
Mengapakah masyarakat Tamadun Indus berjaya membina bandar terancang tersebut?
Peluasan ajaran agama
Sistem pemerintahan teokrasi
Sumbangan golongan bangsawan
Pertembungan dengan tamadun luar
Apakah kesan pengamalan sifat terbuka dalam masyarakat Indus ?
Peluasan pengaruh
Pertukaran teknologi
Penyebaran agama Hindu
Perkembangan bidang penulisan
Mengapakah masyarakat lembah Indus membina bandar terancang seperti Mohenjo–Daro dan Harappa ?
Lokasi strategik
Penduduk ramai
Bidang geometri yang maju
Sumber alam yang banyak
Masyarakat Indus telah menjalankan hubungan perdagangan dengan masyarakat Mesopotamia
Apakah bukti arkeologi yang menyokong pernyataan di atas ?
Cap mohor
Batu bersurat
Tembikar tanah
Gendang gangsa
Bandar di bawah menunjukkan bandar dalam Tamadun Indus.
Mohenjo Daro
Harappa
Apakah keistimewaan kedua-dua bandar tersebut?
Mempunyai pelbagai agama
Pembinaan secara terancang
Berfungsi sebagai pelabuhan
Pentadbiran diketuai pendeta
Gambar di atas berkaitan dengan tamadun awal di China.
Apakah yang berkaitan dengan tulang tersebut?
Pengenalan sistem tulisan
Peningkatan status masyarakat
Pengenalan sistem perundangan
Peralatan untuk berperang
Pada Zaman Dinasti Chou di China, pembesar mesti taat setia kepada raja.
Bagaimanakah pembesar membuktikan kesetiaan mereka?
Mengawal kawasan istana
Menyerahkan hasil pertani
Menggubal undang-undang wilayah
Memberikan bantuan ketenteraan
Andaikan anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China.
Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan anda kepada raja?
I Melafazkan taat setia
II Menyerahkan ufti
III Melindungi rakyat
IV Memberi bantuan ketenteraan
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan I
Sumeria - Tuhan atau wakil tuhan
Mesir - Jelmaan tuhan, anak Tuhan Matahari
Hwang Ho - Mandat daripada tuhan
Apakah yang dapat dirumuskan daripada maklumat di atas ?
I Raja memiliki kuasa mutlak
II Raja penentu bencana alam
III Raja berkuasa ke atas kehendak tuhan
IV Raja perlu mendapat sokongan bangsawan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar di atas berkaitan dengan simbol Yin dan Yang. Apakah maksud simbol tersebut?
Mandat dari syurga
Pemujaan roh nenek moyang
Unsur alam yang saling melengkapi
Ramalan peristiwa yang akan berlaku
Buku berikut ditulis oleh Sun Tzu.
The Art of War
Apakah perkara yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat hari ini dari buku tersebut?
Sejarah awal manusia
Rahsia kejayaan perniagaan
Maklumat sistem pemerintahan
Penerangan sistem kepercayaan
Apakah kepentingan kandungan karya The Art Of War yang ditulis oleh Sun Tzu kepada masyarakat hari ini?
Menerangkan sistem pemerintahan
Mengatur strategi perniagaan
Menentukan bentuk hubungan luar
Membantu pelaksanaan peperiksaan awam
