wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH KSSM TINGKATAN 4 BAB 5

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Jawatankuasa Kerja diperkenalkan? (Buku teks m/s 126)

a)

Untuk menggantikan Malayan Union

b)

Untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

Untuk mempercepatkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

d)

Untuk mengkaji semula Malayan Union

2.

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Kerja?

(Buku teks m/s 126)

I. Raja-raja Melayu

II. Wakil UMNO dan pegawai British

III. Wakil MCA dan MIC

IV. Ketua tempatan Sabah dan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Mengapakah golongan Melayu radikal membantah tindakan British? (Buku teks m/s 128)

a)

Tidak bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Hak istimewa orang Melayu terjejas

c)

Syarat kewarganegaraa yang masih longgar

d)

Menjalankan perundingan tertutup dengann UMNO

4.

Tokoh di atas adalah antara golongan nasionalis Melayu radikal. Apakah peranan beliau? (Buku teks m/s 128)

a)

Mengetuai Barisan Tani Malaya (BATAS)

b)

Mengetuai Hisbul Muslimin

c)

Pengerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

d)

Presiden Angkatan Pemuda Insaf (API)

5.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan? (Buku teks m/s 128)

a)

Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

6.

Siapakah nama tokoh di atas dan apakah peranan tokoh tersebut? (Buku teks m/s 128)

a)

Tan Cheng Lock; Pengerusi AMCJA

b)

John Eber; Pengerusi MDU

c)

Chan Loo; Setiausaha PMFTU

d)

John Thivy; Presiden MIC

7.

Diterbitkan oleh Ahmad Boestamam untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka.


Apakah nama akhbar yang dimaksudkan di atas? ( Buku teks m/s 129)

a)

Warta Malaya

b)

Majlis

c)

Suara Rakyat

d)

Utusan Melayu

8.

PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja. Apakah alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA? (Buku teks m/s 130)

a)

Suara Rakyat

b)

Testament Politik API

c)

Perlembagaan Rakyat

d)

Hartal

9.

Mengikut Perlembagaan Rakyat, warna apa yang perlu dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 130)

a)

Biru dan kuning

b)

Merah dan kuning

c)

Biru dan putih

d)

Merah dan putih

10.

PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal iaitu (Buku teks m/s 131)

a)

semua peniaga harus menyewakan kedai

b)

semua peniaga harus menutup kedai

c)

semua peniaga harus pindah milik kedai

d)

semua peniaga harus membuka kedai untuk 24 jam

11.

Mengapakah British perlu melakukan dasar dekolonisasi? (Buku teks m/s 133)

a)

Saranan AMCJA

b)

Saranan PUTERA

c)

Saranan UMNO

d)

Saranan PBB

12.

Apakah maksud dekolonisasi? (Buku teks m/s 133)

a)

Penjajahan semula

b)

Berkerajaan sendiri

c)

Penjajahan berterusan

d)

Latihan berkerajaan

13.

Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM) merupakan gabungan (Buku teks m/s 134)

I. Singapura

II. sembilan buah negeri Melayu

III. dua buah Negeri-negeri Selat

IV. tiga buah Negeri-negeri Selat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Siapakah yang mengetuai Kerajaan Persekutuan? (Buku teks m/s 134)

a)

Sultan

b)

Gabenor

c)

Perdana Menteri

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

15.

Apakah peranan sultan di peringkat negeri? (Buku teks m/s 134)

a)

menguruskan hal kewangan

b)

mengesahkan rang undang-undang

c)

membantu Pesuruhjaya Tinggi British

d)

mengetuai ketenteraan

16.

Antara berikut, siapakah yang tertakluk kepada kewarganegaraan jus soli? (Buku teks m/s 135)

I. rakyat Raja

II. rakyat British

III. rakyat Singapura

IV. rakyat Sabah dan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Tingkah laku baik

Tiada rekod jenayah

Menguasai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Taat kepada Persekutuan Tanah Melayu


Ciri-ciri di atas merujuk kepada kewarganegaraan secara (Buku teks m/s 135)

a)

pendaftaran

b)

kuat kuasa undang-undang

c)

jus soli

d)

automatik

18.

Rakyat Raja adalah dua golongan yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan. Siapakah dua golongan yang dimaksudkan itu? (Buku teks m/s 135)


I. Orang India

II. Orang Cina

III. Orang Melayu

IV. Orang Asli

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Rakyat British merujuk kepada mereka yang lahir di (Buku teks m/s 135)


I. Melaka dan Pulau Pinang

II. Negeri-negeri Melayu

III. Singapura

IV. tanah jajahan British yang lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Berapa ramai Raja Melayu yang menganggotai Majlis Raja-Raja? (Buku teks m/s 136)

a)

7

b)

8

c)

9

d)

10