WorksheetsPeribahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 4hrs 45mins
Name
Class
Date
1.
Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi
a)
Sudah jatuh ditimpa tangga
b)
malang tidak berbau
c)
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
d)
sudah terhantuk baru tengadah
2.
Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
a)
Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.
b)
anak emas
c)
bagai menatang minyak yang penuh
d)
sudu emas
3.
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
a)
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
c)
Cacinghendak menjadi naga
d)
Ukur baju di badan sendiri
4.
Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas.
a)
Laksana bulan dipagari bintang.
b)
bagai cincin dengan permata
c)
Hanya Jauhari mengenal Manikam
d)
Bagai cincin dibelah dua
5.
Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja.
a)
sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan
b)
Anak diriba diletakkan, Kera dihutan disusui
c)
Seperti ayam patuk anaknya.
d)
Anak Badak dihambat-hambat
6.
Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan .
a)
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
b)
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
c)
Hujan emas dinegeri orang, hujan batu ni negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
d)
Ada gula, ada semut.
7.
Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai.
a)
Gali lubang tutup lubang
b)
Ada rotan, ada duri.
c)
Ada hari, ada nasi
d)
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada
8.
Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju.
a)
Di bawah ketiak orang
b)
Didengar ada, dipakai tidak
c)
Seperti lembu dicucuk hidung.
d)
Dimakan mati emak, diluah mati bapa
9.
Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya.
a)
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke pinggan
b)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
c)
Anak bapa
d)
Bapak borek anak rendang
10.
Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu .
a)
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
b)
Air beriak tanda tak dalam.
c)
Menanam tebu di bibir
d)
Gatal mulut
11.
Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar.
a)
Bagai belut pulang ke lumpur
b)
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan
c)
Kacang lupakan kulit.
d)
Habis madu sepah dibuang
12.
Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin, seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya.
a)
Berpatah arang, berkerat rotan.
b)
Kacang lupakan kulit
c)
Habis madu sepah dibuang
d)
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan
13.
Rahim menasihati anaknya agar reda dan mengambil iktibar segala kesilapan yang telah dilakukan sehingga syarikatnya rugi kerana sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.
a)
Akal tak sekali tiba
b)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
c)
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
d)
Sekali jalan sesat, dua kali jalan tahu.
14.
Walaupun Bapa Kemerdekaan negara kita Tunku Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah tiada, namun jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajah tetap dikenang oleh semua rakyat .
a)
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
b)
Intan berlian jangan dipijakkan
c)
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
d)
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
15.
Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau tidak
a)
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
b)
Sekali air bah, sekali pasir berubah
c)
Zaman beralih, musim bertukar
d)
Cacing hendak menjadi naga
100 %
