NEW
Font size
WorksheetsKata Adjektif
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Rambut Kok Teng kelihatan _________ kerana tidak disikat.
karut
bolos
kusut
hapak
Arnab-arnab putih yang dipelihara oleh Encik Wong itu kelihatan cantik kerana bulunya ____________.
comel
empuk
gebu
hebat
Murid-murid yang ___________ telah dipilih sebagai wakil dalam pertandingan tarik tali.
segak
suram
kuat
artifak
Mata saya terasa _________ semasa menolong ibu menghiris bawang merah.
pedas
pekak
perkasa
pedih
Ayah duduk bersantai di atas kerusi sandar untuk menikmati pemandangan yang __________ di tepi pantai.
indah
kagum
kacak
ramping
Tulisan Chuan Yu yang seperti cakar ayam itu __________ untuk dibaca.
payau
harus
sukar
jarang
Tikar mengkuang yang sudah usang dan lama tersimpan di dalam stor itu dibuang oleh emak kerana berbau ___________.
hancing
hapak
hanyir
hamis
Murid-murid _________ itu ketakutan kerana perbuatan mereka menconteng dinding diketahui oleh guru disiplin.
baik
jujur
nakal
sopan
Walaupun sudah berumur lima tahun, adik Mirza masih _________ bercakap.
fasih
cekap
pelat
kukuh
Tepukan ________ para penonton yang menyaksikan pertarungan antara dua orang peserta pertandingan silat itu telah menggegarkan stadium.
keras
sengit
hangat
gemuruh
Air longkang mengalir dengan __________ setelah hujan lebat.
deras
segera
gegas
gopoh
Keropok ikan di dalam bekas itu telah _______ kerana bekas itu tidak ditutup dengan kejap.
lembik
lemau
lembut
lembu
Amiru tidak mahu menggunakan tandas awam itu kerana tandas awam itu berbau ____________.
hanyir
hangit
hapak
hancing
Angin taufan yang bertiup ___________ semalam telah mengakibatkan pokok besar itu tumbang.
besar
kencang
lebat
ganas
Datuk Swee Lan dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan ___________ walaupun dia tidak pernah bersekolah.
licin
fasih
pelat
pintar
Gasing yang dilontar oleh Kean Lee berputar dengan ___________,
deras
tangkas
ligat
lekas
Huzumi tidak sempat menjawab soalan itu kerana masih sudah ___________.
pendek
suntuk
rendah
panjang
Pak Sabri sekeluarga hidup _________ walaupun mereka miskin.
susah
rajin
bahagia
kaya
Ibu menyajikan makanan yang _____________ untuk para tetamu.
busuk
basi
enak
harum
Kita perlu bersenam supaya tubuh badan kita __________.
cerdas
cantik
gemuk
cergas
