wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGENALAN SAINS SUKAN & DASAR SUKAN NEGARA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Definisi sains sukan yang paling tepat ialah

a)

Kajian yang sistematik membabitkan sains dalam sukan.

b)

Kajian yang membabitkan aplikasi-aplikasi sains dalam sukan.

c)

Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan atlit dalam sukan.

d)

Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan pengaruh sukan kepada atlit.

2.

2. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan satu daripada kepentingan sains sukan. Apakah aspek yang boleh dikaitkan dengan maklumat berikut?

a)

Kerjaya

b)

Industri sukan

c)

Kesihatan

d)

Prestasi sukan

3.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan aspek kepentingan sukan?

a)

I Prestasi sukan

b)

II Kesihatan

c)

III Psikologi

d)

IV Ekonomi

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan sains sukan?

a)

Merupakan kajian saintifik melibatkan perkembangan pertumbuhan fisioterapi dan anatomi

b)

Merupakan kajian saintifik yang melibatkan perubahan fisioterapi,pemakanan, biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi dan biomekanik

c)

Merupakan kajian saintifik melibatkan perubahan makanan dan pertumbuhan manusia

d)

Merupakan kajian saintifik mengenai perkembangan dan perubahan fisioterapi

5.

Pengetahuan tentang aspek yang manakah dalam sains sukan yang dapat membantu atlet dan jurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan program latihan yang lebih sistematik?

a)

Prestasi sukan

b)

Kesihatan

c)

Pencegahan kecederaan

d)

Ekonomi

6.

Antara yang berikut, yang manakah menggambarkan kepentingan sains sukan dari aspek kesihatan?

a)

Jurulatih membantu atlet dalam penetapan matlamat

b)

Jurulatih menggalakkan atlet mendalami undang-undang permainan

c)

Jurulatih menggunakan program yang sistematik melatih pasukan

d)

Jurulatih membantu atlet dalam pengambilan diet yang sesuai dengan jenis sukan

7.

Rajah berikut menunjukkan penglibatan negara dalam bidang sukan bagi menjana perkembangan ekonomi negara. Antara yang berikut, yang manakah bukan kepentingan negara bagi tujuan tersebut?

a)

Menambah pertukaran wang asing

b)

Mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang sukan

c)

Mempromosi destinasi yang menarik untuk dikunjungi

d)

Menaikkan harga tiket untuk menyaksikan pertandingan sukan peringkat tinggi

8.

Bagi menampilkan etika yang baik dalam sukan perkara berikut sepatutnya diamalkan oleh atlet.

a)

Mempengaruhi rakan sepasukan untuk membantah keputusan

b)

Jurulatih memaksa atletnya bermain dengan mengabaikan nasihat doktor

c)

Menerima kejayaan atau kekalahan dengan baik

d)

Mempengaruhi pengadil untuk mengubah keputusan

9.

Yang manakah antara pernyataan di bawah menunjukkan etika dan patriotisme yang rendah dalam sukan?

a)

Penonton menunjukkan sikap bertimbang rasa, saling memahami dan semangat kesukanan yang tulen

b)

Penonton menunjukkan emosi dan mempertikaikan keputusan pengadil

c)

Penonton berasa terhibur dalam menyaksikan perjalanan pertandingan yang dijalankan dengan adil

d)

Penonton masuk ke padang bagi meraikan kejayaan pasukan sebagai tanda sokongan mereka sejurus tamat perlawanan

10.

Aktiviti manakah yang memenuhi dasar sukan untuk semua?

a)

Projek Gemilang 2014

b)

Larian Jambatan Pulau Pinang

c)

Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu

d)

Pertandingan Badminton Piala Thomas

11.

Tujuan Institut Sukan Negara (ISN) ditubuhkan adalah untuk

a)

menjalankan penyelidikan dalam bidang sains sukan bagi tujuan persediaan atlit negara

b)

memilih atlit bagi mewakili negara

c)

memilih pelajar bagi kemasukan ke sekolah sukan

d)

mengubal undang-undang sukan negara

12.

Manakah antara berikut bukan merupakan sumbangan sukan kepada individu seperti yang digambarkan melalui dasar sukan negara?

a)

Mengurangkan tekanan hidup

b)

Meningkatkan maruah bangsa dan negara

c)

Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

d)

Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal

13.

Konsep Sukan Untuk Semua mempunyai tujuan yang tersendiri. Apakah tujuan dasar itu?

a)

Meneruskan usaha untuk melakukan perubahan dalam membentuk budaya sukan dalam masyarakat bagi mencapai kejayaan pada masa hadapan

b)

Melahirkan jurulatih baharu yang dihantar dalam masyarakat untuk membantu program kesihatan

c)

Memberi peluang kepada syarikat swasta untuk memberi penajaan yang baharu bagi meningkatkan motivasi utnuk masyarakat melibatkan diri dalam sukan

d)

Mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan masyarakat

14.

Antara yang berikut, yang manakah menepati dasar sukan untuk semua?

a)

Aira menyertai ‘Larian amal’ anjuran Persatuan Belia

b)

Iskandar memenangi pingat emas dalam Kejohanan Silat Olahraga

c)

Ilham mewakili Negeri Johor dalam Liga Bola Sepak bawah 18 tahun

d)

Alvin berjaya ke peringkat akhir dalam acara lari 100 meter Kejohanan Olahraga MSSM

15.

Aktiviti manakah yang memenuhi dasar sukan untuk kecemerlangan?

a)

Karnival Sukan Rakyat

b)

Larian Jambatan Pulau Pinang

c)

Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu

d)

Kejohanan Badminton Piala Thomas

16.

Jadual berikut menunjukkan perbezaan dua Dasar Sukan Negara. Pernyataan manakah yang betul?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Salah satu rasional Dasar Sukan Negara ialah mencegah jenayah di kalangan remaja dengan cara memanfaatkan masa lapang. Pada peringkat manakah rasional ini wujud?

a)

Peringkat individu

b)

Peringkat negara

c)

Peringkat masyarakat

d)

Peringkat antarabangsa

18.

Manakah antara penyataan yang berikut menerangkan tentang “Sukan Untuk Semua”?

a)

I. Mencapai kecemerlangan sukan di tahap tertinggi

b)

II. Menggalakkan penyertaan ramai di kalangan masyarakat

c)

III. Pertandingan mengikut peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik bagi menentukan pemenang

d)

IV. Penyertaan meluas oleh orang ramai bukan semata-mata untuk tujuan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

19.

Apakah maksud Sukan Untuk Kecemerlangan?

a)

Program meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat

b)

Peluang-peluang dan kemudahan yang disediakan bagi memenuhi keperluan aktiviti sukan

c)

Pertandingan sukan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat badan sukan antarabangsa

d)

Aktiviti-aktiviti rekreasi fizikal yang diuruskan untuk menggalakkan penyertaan yang menyeluruh

20.

Antara yang berikut, yang manakah kesan pelaksanaan Dasar Sukan Negara kepada masyarakat?

a)

I. Pembentukan sahsiah positif kepada individu

b)

II. Peningkatan semangat kesukarelaan dan kerjasama

c)

III. Peningkatan dan jalinan hubungan pelbagai kaum

d)

IV. Pengiktirafan peringkat antarabangsa