wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GAT 1032 KOMPETENSI PEMBAJAAN

Total questions: 20

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Baja organik adalah ______________

a)

Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan.

b)

Baja butiran kompaun.

c)

Baja yang diproses dalam bentuk hablur, butiran dan cecair.

d)

Baja yang diproses lengkap dengan pelbagai unsur.

2.

Berikut adalah tujuan pembajaan dilakukan KECUALI

a)

Meningkatkan hasil dan mutu tumbuhan

b)

Mencegah keguguran putik bunga, buah dan daun

c)

Memendekkan jangka hayat tumbuhan

d)

Mempertingkatkan daya tahan tanaman

3.

Berdasarkan pilihan jawapan di bawah, yang manakah pilihan yang BETUL untuk jenis pembajaan tanaman?

pilih dan tandakan TIGA pilihan jawapan yang betul.

a)

Pembajaan sayuran

b)

Pembajaan tanaman hiasan

c)

Pembajaan daun

d)

Pembajaan buah-buahan

4.

Berdasarkan pilihan jawapan di bawah, pilih dan tandakan dua kepentingan membaja ?

a)

membekalkan air kepada tanaman

b)

membekalkan zat kepada tanaman

c)

mengurangkan tanaman mengeluarkan hasil

d)

mempercepatkan pokok membesar dan mengeluarkan hasil

5.

NPK Hijau merupakan jenis baja sebatian.

Nyatakan nisbah bagi baja NPK Hijau?

(a)  

6.

NPK Biru merupakan jenis baja sebatian.

Nyatakan nisbah bagi baja NPK Biru?

(a)  

7.

Apakah kegunaan kereta sorong?

a)

Memotong rumput rumpai

b)

Membancuh racun rumpai

c)

Membawa pekerja ke ladang

d)

Mengangkut rumpai dan sampah

8.

Di antara berikut, yang manakah bukan unsur utama baja?

a)

Sulfur

b)

Ferum

c)

Kalium

d)

Magnesium

9.

Baja ini ditabur atau disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Cara ini biasanya digunakan semasa membaja sayur-sayuran.

penyataan di atas menerangkan kaedah pembajaan........

a)

Cara jalur

b)

Cara semburan

c)

Cara poket

d)

Cara taburan

10.

Di antara berikut yang manakah merupakan sebahagian peralatan yang digunakan dalam kerja membaja tanaman hiasan?

a)

cangkul

b)

Baja NPK green

c)

pencakar mata tiga

d)

Kereta sorong

11.

Nyatakan kesan sekiranya baja terkena pada daun atau bahagian pokok?

(a)  

12.

Nyatakan waktu yang paling sesuai melakukan pembajaan?

(a)  

13.

Pembajaan ini dilakukan dengan meletakkan baja ke dalam lubang kecil dan kemudian ditimbuskan. Lubang-lubang kecil tersebut dibuat dikeliling dan dihujung kanopi pokok. Cara pembajaan ini sesuai untuk pokok buah-buahan

Penyataan di atas menerangkan kaedah pembajaan ____________

a)

Cara jalur

b)

Cara Semburan

c)

Cara poket

d)

Cara taburan

14.

Bagaimanakah kaedah membaja secara poket terhadap tanaman buah-buahan ?

Pilih dan tandakan tiga pilihan jawapan yang betul.

a)

Sukat baja dengan menggunakan alat penimbang dan letakan baja tersebut ke dalam baldi

b)

Memastikan masa pembajaan adalah tepat

c)

Cangkul tanah di empat penjuru pokok di hujung kanopi daun serta letakkan baja tersebut ke dalam lubang yang disediakan pada kadar yang ditetapkan

d)

Tutup semula lubang dengan tanah serta padatkan dan siram pokok selepas kerja membaja.

15.

Mengapa perancangan awal perlu dilakukan sebelum aktiviti pembajaan dilaksanakan ?

Pilih dan tandakan 3 pilihan jawapan yang betul.

a)

Mengelakkan kerugian dan pembaziran

b)

Memastikan masa pembajaan adalah tepat

c)

Memastikan pokok membesar dengan cepat

d)

Memastikan jenis baja yang sesuai digunakan

16.

Apakah kepentingan utama membaja tanaman seperti sayur-sayuran, tanaman buah-buahan, tanaman hiasan serta rumput ?

a)

Membekalkan zat makanan kepada tanaman

b)

Melambatkan tumbesaran pokok dan pengeluaran hasil

c)

Merosakan tekstur tanah

d)

Kandungan nutrien dalam tanah menjadi rendah

17.

Baja tunggal adalah ________________

a)

Mempunyai satu unsur

b)

Mempunyai dua unsur

c)

Mempunyai lebih dari dua unsur

d)

Mempunyai tiga unsur

18.

Apakah fungsi baja NPK Hijau terhadap pertumbuhan pokok?

a)

Meningkat kadar Nitrogen di dalam tanah dan kesuburan tanah

b)

Menggalak pengeluaran pucuk dan bunga serta mengeluarkan buah dengan cepat.

c)

Menggalakkan pengeluaran daun yang banyak, akar serabut serta mempercepatkan kematangan tanaman

19.

Berdasarkan pilihan jawapan di bawah, yang manakah pilihan yang SALAH untuk baja bukan organik?

a)

Baja tunggal

b)

Baja sebatian

c)

Baja kompos

d)

Baja campuran

20.

Di antara berikut yang manakah benar mengenai fungsi baja urea terhadap tanaman?

a)

Menggalakkan pertumbuhan daun

b)

Menggalak pertumbuhan akar tunjang

c)

Meningkatkan kadar N di dalam tanah

d)

Menggalak pengeluaran pucuk dan bunga