wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS F3 BAB 7 TENAGA DAN KUASA

Total questions: 20

Worksheet time: 3hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Pilih aktiviti yang menunjukkan kerja

a)

menarik laci

b)

menggosok baju

c)

berdiri pegun

d)

duduk di atas kerusi

2.

Apakah unit SI bagi kerja

a)

NEWTON

b)

JOULE

c)

SAAT

d)

NEWTON METER

3.

Rajah menunjukkan Smith berjalan menaiki tangga berketinggian 5 meter dengan membawa beban 5 kg. Berat badan Smith ialah 600 N. Berapakah kerja yang dilakukan oleh Smith apabila dia mencapai puncak tangga ?

a)

250 J

b)

2950 J

c)

3025 J

d)

3250 J

4.

Seorang pemanjat 65 kg memanjat bukit yang tingginya 60 m dalam masa 5 minit. Kuasa bagi pemanjat tersebut adalah

a)

A 13.0 W

b)

B 130 W

c)

C 780 W

d)

D 7 800 W

5.

Rajah menunujukkan sebuah motor mengangkat beban 8.0 kg. Motor itu mengambil masa 4.0 s untuk sampai pada suatu ketinggian 0.5 m.


Berapakah kuasa motor itu?

a)

A 4 W

b)

B 10 W

c)

C 1 W

d)

D 40 W

6.

Apakah yang diperlukan untuk mengira kerja yang dilakukan?

a)

MASA

b)

JARAK

c)

SESARAN

d)

DAYA

7.

Seorang pelajar sedang menolak dinding dengan daya 10 N. Berapakah nilai kerja yang dilakukan?

a)

10J

b)

100 J

c)

50J

d)

0J

8.

Apakah bentuk tenaga yang berkaitan dengan foto di atas?

a)

Tenaga keupayaan graviti

b)

Tenaga keupayaan kenyal

c)

Tenaga kinetik

d)

Tenaga regangan

9.

______ ialah tenaga yang tersimpan pada objek disebabkan oleh kedudukannya.

a)

Tenaga keupayaan graviti

b)

Tenaga keupayaan kenyal

c)

Tenaga kinetik

d)

Tenaga haba

10.

Siapakah yang mempunyai tenaga keupayaan graviti yang paling tinggi?

a)

Azin

b)

Aida

c)

Aiman

d)

Amin

11.

Sebiji epal berjisim 0.2 kg jatuh dari pokok setinggi 5 meter. Hitung tenaga keupayaan gravitinya sebelum jatuh. [ Tenaga keupayaan graviti = mgh ] [ g = 10 m s -2 ]

a)

10 J

b)

1 J

c)

5 J

d)

0.5 J

12.

______ ialah tenaga yang tersimpan pada objek kenyal apabila ia diregangkan atau dimampatkan.

a)

Tenaga keupayaan graviti

b)

Tenaga keupayaan kenyal

c)

Tenaga kinetik

d)

Tenaga haba

13.

Satu spring mempunyai panjang asal 10 cm. Apabila daya purata 20 N digunakan untuk menarik spring itu, panjang spring itu berubah menjadi 15 cm. Hitung tenaga keupayaan kenyal yang tersimpan dalam spring itu.

[sesaran spring, x = panjang akhir - panjang awal]

[Tenaga Keupayaan Kenyal = 1/2 x Daya purata x sesaran]

a)

0.2 J

b)

0.5 J

c)

0.8 J

d)

1.0 J

14.

Pernyataan manakah BENAR tentang Tenaga Kinetik?

a)

Tenaga yang tersimpan oleh kedudukannya

b)

Tenaga yang dimiliki oleh objek yang bergerak

c)

Tenaga yang disimpan mengikut keadaannya

d)

Tenaga yang bergantung pada jisim

15.

Tenaga kinetik bergantung kepada _____.

a)

Jisim (kg)

b)

Ketinggian (m)

c)

Pecutan graviti (m s -2)

d)

Halaju (m s -1)

16.

Sebuah kereta berjisim 1 400 kg bergerak dengan halaju 90 km/j. Hitung tenaga kinetik kereta itu.

(tenaga kinetik = ½mv2)


Rujuk buku teks m/s 220 utk pertukaran unit

a)

17 500 J

b)

218 750 J

c)

306 250 J

d)

437 500 J

17.

Sebuah troli berjisim 5 kg sedang bergerak dengan kelajuan 2 m/s. Hitung tenaga kinetik troli tersebut.


[ Tenaga Kinetik (J) = 1/2 mv2]

a)

10 J

b)

25 J

c)

5J

d)

100 J

18.

Apakah perubahan dalam tenaga keupayaan dan tenaga kinetik bagi sebiji buah durian pada masa buah itu jatuh dari pokok ke tanah?

a)

Tenaga keupayaan : Berkurang

Tenaga kinetik : Berkurang

b)

Tenaga keupayaan : Berkurang

Tenaga kinetik : Bertambah

c)

Tenaga keupayaan : Bertambah

Tenaga kinetik : Berkurang

d)

Tenaga keupayaan : Bertambah

Tenaga kinetik : Bertambah

19.

Rajah menunjukkan sebiji bola bergolek menuruni satu permukaan. Pada kedudukan manakah bola itu mempunyai tenaga kinetik maksimum dan tenaga keupayaan maksimum?

a)

Tenaga kinetik maksimum: R

Tenaga keupayaan maksimum : P

b)

Tenaga kinetik maksimum: P

Tenaga keupayaan maksimum : Q

c)

Tenaga kinetik maksimum: P

Tenaga keupayaan maksimum : R

d)

Tenaga kinetik maksimum: Q

Tenaga keupayaan maksimum : P

20.

Rajah menunjukkan Nicole terjun ke dalam kolam renang dari papan anjal. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan dengan betul perubahan tenaga keupayaan graviti dan tenaga kinetik dari P ke Q?

a)

Tenaga keupayaan graviti bertambah

b)

Tenaga keupayaan graviti berkurang

c)

Tenaga kinetik bertambah

d)

Tenaga kinetik berkurang