Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Hubung

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Alyssa menyiapkan kerja sekolah _______________ mendengar muzik sebagai halwa telinga.

a)

dan

b)

lalu

c)

sambil

d)

tetapi

2.

Potter mencuci muka _______________ tangan selepas berkebun di belakang rumahnya.

a)

dan

b)

lalu

c)

sambil

d)

tetapi

3.

En Lai tidak sombong _______________ dia anak seorang jutawan.

a)

dan

b)

lalu

c)

ataupun

d)

walaupun

4.

_______________ Jun Hang aktif dalam sukan, _______________ dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya.

a)

Walaupun.....namun

b)

Sungguhpun.....kerana

c)

Oleh sebab itu.....dan

d)

Selain itu.....atau

5.

Xin Yi melonjak kegembiraan _______________ dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.

a)

apabila

b)

supaya

c)

walaupun

d)

untuk

6.

Cikgu Zaidah selalu menasihati murid-murid_______________ belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

a)

apabila

b)

agar

c)

kerana

d)

untuk

7.

Kejadian pecah masuk rumah selalunya terjadi _______________ penghuninya sedang tidur nyenyak.

a)

apabila

b)

ketika

c)

kerana

d)

untuk

8.

"Kamu akan berpindah ke Kuala Lumpur pada bulan ini _______________ bulan hadapan?" tanya Nini kepada Tina.

a)

apabila

b)

dan

c)

lalu

d)

atau

9.

Suziana sering dipuji oleh guru-guru di sekolahnya _______________ dia murid yang rajin dan bertanggungjawab.

a)

atau

b)

jika

c)

agar

d)

kerana

10.

Mary membaca buku di perhentian bas _______________ menunggu bas sekolahnya tiba.

a)

sambil

b)

sementara

c)

untuk

d)

sekiranya

11.

Perlawanan bola sepak itu akan ditunda _______________ hujan turun dengan lebatnya.

a)

sambil

b)

sementara

c)

apabila

d)

sekiranya

12.

Amir dimarahi oleh bapanya _______________ dia gagal dalam peperiksaan.

a)

sambil

b)

kerana

c)

apabila

d)

sekiranya

13.

Klinik Dr Hanafi dibuka pada setiap hari _______________ hari Sabtu.

a)

dan

b)

atau

c)

jika

d)

kecuali

14.

Charles lulus kesemua ujian itu _______________ adiknya gagal.

a)

dan

b)

serta

c)

tetapi

d)

malahan

15.

Charlize tidak datang ke sekolah _______________ minggu lepas.

a)

semenjak

b)

sewaktu

c)

setelah

d)

kerana