wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Prosa Moden & Drama (Antologi Sejadah Rindu)

Total questions: 24

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan Ahmad Mutawakkil?

a)

Beliau seorang imam kampung.

b)

Beliau merupakan anak perempuan kepada Tuan Booth.

c)

Beliau merupakan anak tunggal arwah Wak Sadir.

d)

Beliau merupakan tali barut komunis.

2.

Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil, Kecuali?

a)

Masyarakat yang taat akan agama.

b)

Masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani dan pekebun.

c)

Masyarakat muda yang nasionalis

d)

Masyarakat yang bijaksana dalam menyelesaikan masalah.

3.

"Komunis kian bermaharajalela di seluruh negara sehingga darurat terpaksa diisytiharkan.Pihak komunis tidak senang akan Ahmad Mutawakkil yang lantang bersuara menentang mereka dan mengugut akan bertindak jika Ahmad Mutawakkil tetap berdegil dan meneruskan perjuangannya itu".


Apakah binaan plot yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Permulaan

b)

Klimaks

c)

Peleraian

d)

Konflik

e)

Perkembangan

4.

Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil?

a)

Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya dapat meningkatkan pengetahuan

b)

Kita hendaklah mendengar nasihat orang tua supaya hidup lebih diberkati.

c)

Kita hendaklah memelihara tutur kata supaya tidak menyakiti hati orang lain.

5.

Pilih pernyataan yang sesuai dengan watak "Sandra" dalam Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil

a)

Seorang gadis kampung yang menaruh perasaan terhadap Ahmad Mutawakkil.

b)

Seorang gadis bandar yang materialistik.

c)

Seorang gadis yang mengajar Ahmad Mutawakkil membaca dan menulis serta berbahasa Inggeris.

d)

Kakak kepada watak Ahmad Mutawakkil.

6.

Apakah persoalan yang terdapat dalam Cerpen Hipertensi?

a)

Persoalan tentang semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid sekolah.

b)

Persoalan tentang sikap dan kemahuan yang tinggi untuk mencapai cita-cita.

c)

Persoalan tentang masyarakat yang mementingkan kebendaan.

d)

Persoalan tentang masyarakat yang bersatu padu menentang penjajah.

7.

Siapakah nama guru yang menyoal Aiman tentang teori graviti?

a)

Cikgu Mira Filzah

b)

Cikgu Fakhrul

c)

Cikgu Faridah

d)

Cikgu Zaim

8.

Huraikan nilai yang paling sesuai berdasarkan perwatakan Aiman dalam cerpen Hipertensi.

a)

Nilai kesetiaan. Contohnya Aiman Aqil setia menunggu kepulangan isterinya dari luar negara.

b)

Nilai bertanggungjawab. Contohnya Aiman Aqil menyiapakn semua tugasan yang diberikan oleh Cikgu Faridah.

c)

Nilai keazaman.Contohnya Aiman Aqil mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang angkasawan.

d)

Nilai belas kasihan. Contohnya Aiman Aqil memberi makan kepada kucing jalanan itu.

9.

Mengapakah Aiman sering memberontak di sekolahnya?

a)

Aiman seorang murid yang nakal.

b)

Aiman berasa dirinya terlalu hebat.

c)

Aiman berasa bosan terhadap cara pembelajaran di sekolahnya.

d)

Aiman seorang murid OKU.

10.

Pada pendapat anda mengapakah bidang sains dan teknologi penting kepada negara kita?

a)

Bidang sains dan teknologi membantu negara untuk melahirkan artis yang berkualiti.

b)

Bidang sains dan teknologi membantu negara untuk menghasilkan pelbagai produk sendiri yang dapat memajukan ekonomi negara.

c)

Bidang sains dan teknologi melahirkan masyarakat yang mementingkan diri.

11.

Siapakah watak antagonis dalam cerpen Gerhana Manusia?

a)

Doktor Murni

b)

Nusia

c)

Al-Hafiz

d)

Tuan Besar Musa

12.

Berikut merupakan pernyataan berkaitan cerpen Gerhana Manusia, kecuali:

a)

Solehah, seorang ibu yang koma kerana janinnya pecah di ovari.

b)

Al-Hafiz, cedera parah akibat kemalangan

c)

Seorang mahasiswa yang menghidap leukemia.

d)

Ahmad, seorang warga emas yang sedang menderita sakit buah pinggang.

13.

Persoalan tentang sikap pilih kasih dan ketidakadilan.

a)

Doktor Murni bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Nusia.

b)

Tuan Besar Musa sering menyumbang dana kepada kelab elit hospital .

c)

Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan 10 pek darah untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar Musa orang penting kepada hospital mereka.

d)

Doktor Murni meletakkan jawatannya setelah mengingkari arahan Profesor Doktor Juaidi.

14.

"Nusia bertindak nekad. Dia pergi ke Bank Darah dan mendesak juruteknik makmal melepaskan baki bekalan darah yang ada. Darah itu untuk kegunaan empat orang pesakit yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Nusia sanggup berhadapan dengan Profesor Doktor Juaidi yang marah akan tindakkannya itu. Kemudian, Tuan Besar Musa meninggal dunia"


Pernyataan ini merujuk kepada binaan plot?

a)

Peleraian

b)

Konflik

c)

Klimaks

d)

Perkembangan

15.

Apakah perwatakan Profesor Doktor Juaidi?

a)

Beliau seorang yang kedekut dengan pekerjanya.

b)

Beliau seorang yang berlemah lembut dengan pesakitnya.

c)

Beliau seorang yang tidak amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasannya.

d)

Beliau seorang yang bertanggungjwab dalam menjalankan tugasannya.

16.

"Nusia dan Doktor Murni tidak mematuhi arahan Profesor Doktor Juaidi dalam hal merawat pesakit kerana arahannya itu tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab".


Pernyataan ini merujuk kepada nilai?

a)

Kegigihan

b)

Belas kasihan

c)

Ketegasan

d)

Keprihatinan

17.

Nusia merupakan antara watak penting dalam Cerpen Gerhana Manusia. Siapakah Nusia?

a)

Pakar perubatan di Wad Unit Rawatan Rapi.

b)

Seorang Doktor yang bertugas di Wad Unit Rawatan Rapi.

c)

Seorang pesakit yang terlantar di hospital.

d)

Seorang jururawat di Wad Unit Rawatan Rapi.

18.

"Seorang pesakit yang diletakkan di wad sakit jiwa, Suka berfalsafah dan bersyarah dan mempunyai kekasih bernama Ani"


Pernyataan ini merujuk kepada perwatakan?

a)

Arif

b)

Zaim Ashraff

c)

Azmir

d)

Pak Haji

19.

Pilih latar masyarakat yang terdapat dalam drama " Bukan Gila"

a)

Masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani dan nelayan.

b)

Masyarakat yang mudah mempercayai khabar angin tanpa menyelidik terlebih dahulu.

c)

Masyarakat yang mementingkan kekayaan.

d)

Masyarakat yang gemar berangan-angan.

20.

Dia pengarah drama "Sasau". Dia menjadi rakan baharu Azmir apabila Azmir tiba-tiba muncul di tempat dia dan rakan-rakannya berlatih drama. Dia seorang yang prihatin. Dia mengambil berat terhadap keadaan Azmir dan meminta ibu bapa Azmir membantu Azmir yang sedang menderita akibat sakit.


"Dia" merujuk kepada?

a)

Ahmad

b)

Arif

c)

Ashraff

d)

Azhar

21.

Berdasarkan pembacaan anda terhadap Drama Bukan Gila, adakah Azmir seorang yang Gila?

a)

Ya, Azmir seorang gila kerana tertekan semasa belajar di universiti.

b)

Tidak,Azmir menghidap penyakit barah.

22.

Azmir mengaku kepada Pak Haji bahawa dia telah menukar namanya. Siapakah nama baharu Azmir?

a)

W.Bush

b)

W.A.Donald Trump

c)

W.A.Domski

d)

W.B.Josh

23.

Apakah pengajaran yang terdapat dalam drama Bukan Gila?

a)

Kita hendaklah prihatin terhadap orang sekeliling supaya hidup bermasyarakat lebih harmoni.

b)

Kita hendaklah rajin berusaha supaya masa depan lebih terjamin.

c)

Kita hendaklah bekerjasama supaya sesuatu kerja dapat dilakukan dengan baik.

24.

Pada pendapat anda adakah Ani menyayangi Azmir?

a)

Ya, Ani setia menunggu Azmir sehingga sembuh.

b)

Tidak, Ani meninggalkan Azmir sewaktu Azmir sedang sakit.