wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz PT3 4 - Sejarah Tingkatan 1 (Tamadun Awal Dunia)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai iaitu ...

a)

Sungai Tigris

b)

Sungai Indus

c)

Sungai Nil

d)

Sungai Euphrates

2.

Kawasan di lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates telah berkembang menjadi bandar besar. Setiap pusat bandar dalam Mesopotamia mempunyai binaan berbentuk piramid yang dipanggil ...

a)

zigurat

b)

kolam mandi

c)

rumah ibadat

d)

tembok

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan 3 ciri-ciri negara kota Ur?

a)

penduduknya berjumlah 30000 orang

b)

menjadi pusat pertemuan pedagang

c)

menjadi pusat pentadbiran

d)

menjadi pusat perdagangan

e)

terdapat rumah pembesar

4.

Menurut Herodotus, Mesir dikatakan sebagai The Gift of the Nile kerana ....

a)

Sungai Nil subur untuk pertanian

b)

mempunyai lumpur berwarna hitam

c)

mempunyai terusan

d)

dijadikan kawasan perikanan

5.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Raja Mesir untuk menghadapi ancaman serangan penjahat terhadap para pedagang yang melalui jalan perdagangan Mesir?

a)

menghantar tentera bagi melindungi pedagang

b)

membina kubu di sepanjang Sungai Nil

c)

mengupah penduduk untuk membuat kawalan dan pemantauan

d)

membina jalan alternatif

6.

Siapakah raja yang terkenal semasa zaman Kerajaan Baru Mesir dan telah banyak membina monumen berupa berhala?

a)

Raja Ramses

b)

Raja Ramses II

c)

Raja Nubia

d)

Raja Mennes

7.

Lembah Sungai Indus mempunyai dua musim yang ekstrem iaitu ...

a)

musim hujan membawa banjir

b)

musim kering membawa kemarau

c)

musim ribut membawa taufan

d)

musim sejuk membawa ribut salji

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan 3 ciri-ciri bandar terancang Harappa?

a)

dikelilingi dinding bata yang tebal sepanjang 4.8 km

b)

jalan raya dibina selebar 30 kaki

c)

mempunyai sistem pembentungan dan paip

d)

mempunyai satu saiz rumah yang sama

e)

mempunyai zigurat sebagai pusat ibadat

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan tiga kerajaan awal dalam Tamadun Huang He?

a)

Xia (2205 - 1766 SM)

b)

Shang (1766 - 1050 SM )

c)

Zhou (1050 - 256 SM)

d)

Chou (3200 - 2205 SM)

e)

Chin (4000 - 3200 SM)

10.

Antara berikut, yang manakah merupakan 2 ciri-ciri Kod Undang-undang Hammurabi?

a)

mengandungi 282 perkara

b)

mengandungi 828 perkara

c)

meangkumi hal perdagangan, kecurian, denda dan hukuman

d)

merangkumi perkara mengenai pungutan cukai dan pembinaan bangunan

11.

Antara berikut, yang manakah merupakan 2 ciri-ciri pemerintahan Tamadun Huang He?

a)

berasaskan dinasti

b)

mempercayai konsep mandat daripada Tuhan

c)

diterajui oleh golongan pendeta

d)

berperanan membentuk kestabilan dan kemakmuran ekonomi

12.

Tamadun Indus mempunyai hubungan perdagangan dengan ...

a)

Tamadun Mesopotamia

b)

Tamadun Mesir Purba

c)

Tamadun Huang He

13.

Antara berikut, yang manakah merupakan 2 pelabuhan di Mesir Purba?

a)

Thebes

b)

Elephantine

c)

Thinis

d)

Ramses

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan 3 sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam aspek teknologi?

a)

membahagikan bulatan kepada 360 darjah

b)

mencipta formula mengira bentuk geometri

c)

mencipta kertas dari papirus

d)

penciptaan roda

e)

mencipta benang sutera

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan 3 sumbangan Tamadun Mesir Purba dalam aspek teknologi?

a)

menghasilkan kertas dari papirus

b)

mencipta dakwat hitam

c)

mencipta kompas magnetik

d)

mencipta wang syiling

e)

bidang astronomi

16.

Antara berikut, yang manakah merupakan 3 sumbangan Tamadun Huang He dalam aspek teknologi?

a)

menghasilkan kertas dari papirus

b)

mencipta dakwat hitam

c)

mencipta kompas magnetik

d)

mencipta wang syiling

e)

penciptaan benang sutera

17.

Apakah kepentingan Sungai Nil kepada tamadun Mesir Purba?


I Pelancongan

II Pengangkutan

III Sumber makanan

IV Perluasan kuasa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan 2 padanan yang betul untuk sumbangan dalam aspek kesenian dan kesusasteraan?

a)

Tamadun Mesopotamia - epik Enuma Elish

b)

Tamadun Mesir Purba - lukisan pada kertas

c)

Tamadun Indus - kemahiran membuat patun daripada batu dan logam

d)

Tamadun Huang He - mencipta puisi peperangan

19.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan 2 padanan yang betul untuk sumbangan dalam aspek pembinaan bangunan?

a)

Tamadun Mesopotamia - Taman Tergantung Babylon

b)

Tamadun Mesir Purba - zigurat

c)

Tamadun Indus - kolam mandi besar

d)

Tamadun Huang He - sfinks

20.

Siapakah golongan yang berpengaruh dalam bidang keagamaan dan pentadbiran di Tamadun Indus?

a)

Firaun

b)

Raja

c)

Pendeta

d)

Bangsawan