NEW
Font size
WorksheetsLatihan peribahasa SPM 2
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
ibarat burung, mata lepas badan terkurung
bagai mencurah air di daun keladi
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
habis manis sepah dibuang
air beriak tanda tak dalam
ukur baju di badan sendiri
Orang yang lupa akan asal usulnya
bagai kacang lupakan kulit
bagai abu di atas tunggul
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
bagai air digenggam tak tiris
Bagai dakwat dengan kertas
selalu bergaduh
bekerjasama dengan bersungguh-sungguh
menyiapkan tugas dengan cepat
perhubungan yang sangat rapat
Bersama-sama dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan
seperti si buta baru melihat
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
burung terbang dipipiskan lada
Bagai menatang minyak yang penuh
mengerjakan sesuatu yang sia-sia
memelihara anak dengan penuh kasih sayang
tidak mengenang jasa
menjaga ibu bapa yang telah tua
Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah
keluarga yang hidup susah
mencapai keputusan dalam mesyuarat
pembahagian yang sama banyak
tolong-menolong dalam kehidupan
Tiada rotan akar pun berguna
mengharapkan pertolongan pada orang yang lemah
tidak mungkin dapat dilakukan
orang yang tidak menepati janji hingga bergaduh
sementara belum ada yang lebih baik bolehlah dipakai yang ada dahulu
Pasangan yang sepadan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
bagai pinang dibelah dua
kalah jadi abu, menang jadi arang
Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
bagai kacang lupakan kulit
tepuk sebelah tangan takkan berbunyi
tepuk dada, tanya selera
pipit hendak menjadi enggang
Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal
alah bisa tegal biasa
belut pulang ke lumpur
ada gula ada semut
bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Sengaja mencari susah atau bahaya
pipit menelan jagung
ke sungai sambil mandi
menjolok sarang tebuan
bagai aur ditarik songsang
Nyatakan peribahasa yang tepat menunjukkan maksud kerja atau usaha yang dibuat perlu penuh kesungguhan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai _____________________
Bagai aur dengan tebing
Bagai isi dengan kuku
Usaha tangga kejayaan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Bagai dihiris dengan sembilu bermaksud
keadaan yang pilu, sedih atau sakit sekali
Keadaan kesakitan yang tiba-tiba
Muka pucat kerana kesakitan
Mencari arah tujuan
Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.
seperti sampah hanyut
seperti gergaji dua mata
seperti ayam patuk anaknya
bagai mencurah air di dalam keladi.
Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.
bagai dihiris sembilu
bagai murai tercabut ekor
bagai menarik rambut di dalam tepung
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
