wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah SPM

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Harappa dan Mohenjo Daro merupakan contoh bandar terancang dalam Tamadun Indus.


Apakah faktor yang mendorong pembinaan bandar tersebut?

a)

Kemahiran ilmu geometri

b)

Kegiatan bidang keagamaan

c)

Kejayaan kegiatan penerokaan

d)

Keluasan kawasan pemerintahan

2.

Apakah kepentingan kalendar yang digunakan oleh raja-raja Dinasti Shang?

a)

Meraikan hari kelahiran

b)

Menentukan musim menuai

c)

Mengesahkan pelantikan raja

d)

Menetapkan tarikh berperang

3.

Gambar berikut menunjukkan Tembok Besar China yang mula dibina oleh Shih Huang Ti pada kurun ke-3 SM.

Apakah tujuan tembok tersebut di bina?

a)

Mengatasi bencana alam

b)

Memenuhi tuntutan rakyat

c)

Menentukan sempadan negeri

d)

Menjamin keselamatan wilayah

4.

· Sukan

· Kesusasteraan

· Seni berpidato

Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?

a)

Menanam sikap berani

b)

Melatih pemimpin tempatan

c)

Melahirkan individu seimbang

d)

Mengukuhkan semangat patriotisme

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan kejayaan kerajaan Angkor.


Ø Menghasilkan beras yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat.


Apakah faktor kejayaan tersebut?

a)

Membuka kawasan baru

b)

Membina sistem pengairan

c)

Membawa masuk buruh luar

d)

Menggunakan tanaman bergilir

6.

Apakah yang dapat dikaitkan dengan orde kosmos dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?

a)

Pertabalan raja

b)

Pemerintahan demokrasi

c)

Pembinaan kompleks kota

d)

Pentadbiran oleh pembesar

7.

# Berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan Bani Taghlib


Maklumat di atas berkaitan dengan perang al-Basus yang berlaku pada Zaman Jahiliah.


Apakah faktor peperangan tersebut berlaku?

a)

Pembunuhan anggota kabilah

b)

Perebutan harta rampasan perang

c)

Perselisihan tentang hak perniagaan

d)

Pencerobohan kawasan petempatan

8.

Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.


Ø Al-Arqam Bin Abu Arqam


Apakah sumbangan yang dimaksudkan?

a)

Mengumpul ayat al-Quran

b)

Mengetuai hijrah ke Habsyah

c)

Mewakafkan rumah sebagai pusat dakwah

d)

Menyampaikan maklumat kegiatan musuh

9.

A: Kita telah berjaya membantu Bani Bakar menentang Bani Khuza’ah

B: Betul. Tapi kita telah mencabuli Perjanjian Hudaibiyah.


Apakah kesan tindakan di atas?

a)

Penyebaran Islam tersekat

b)

Penduduk Madinah terancam

c)

Pembukaan semula kota Makkah

d)

Penghijrahan ke Habsyah terhalang

10.

Orang Mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk Islam.

Antara berikut, yang manakah yang berkaitan dengan mereka?

a)

Diwajibkan menyertai kerahan tenaga

b)

Dikenakan bayaran cukai tambahan

c)

Ditugaskan membina sistem pengairan

d)

Dilantik mengetuai pentadbiran kerajaan

11.

# Memajukan sistem pertahanan

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.


Apakah kemajuan sistem pertahanan yang dimaksudkan?

a)

Mewujudkan pasukan tentera tetap

b)

Membina penempatan tentera

c)

Menubuhkan angkatan tentera laut

d)

Melantik panglima tentera sebagai gabenor

12.

Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih kekal hingga ke hari ini?

a)

Seni tari

b)

Seni bina

c)

Seni lukis

d)

Seni teater

13.

# John Crawford

# Snouck Hurgronje

# Emanuel Gadinho Eredia


Persamaan tokoh tersebut tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah melalui

a)

Perkahwinan

b)

Pemerintah

c)

Penaklukan

d)

Perdagangan

14.

Tokoh : Bendahara Tun Perak

Negeri : Melaka

Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Bagaimanakah beliau melaksanakannya?

a)

Mendirikan pusat pengajian

b)

Menjalankan perluasan kuasa

c)

Menterjemahkan kitab agama

d)

Mengislamkan golongan pemerintah

15.

# Maulana Jalaludin

# Maulana Abu Bakar

# Makhdum Sadar Jahan

Tokoh berikut berperanan penting dalam Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan tokoh tersebut?

a)

Meluluskan sistem perundangan

b)

Menetapkan istiadat diraja

c)

Mengetuai utusan perang

d)

Menasihati pemerintah

16.

Mengapakah institusi Baitul Mal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menetapkan kadar cukai

b)

Menguruskan harta kerajaan

c)

Mengendalikan adat istiadat istana

d)

Menentukan bidang tugas pembesar

17.

Pada kurun ke-15, Sepanyol dan Portugal bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di luar Eropah.


Apakah kesan persaingan tersebut?

a)

Pemantapan kerjasama ketenteraan

b)

Perkongsian pelabuhan entreport

c)

Pengukuhan institusi keagamaan

d)

Pembahagian kawasan pengaruh

18.

Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada kurun ke-15?

# Peru

# Mexico

a)

Pemerintahan tradisional dikekalkan

b)

Kemusnahan tamadun tempatan

c)

Taraf hidup masyarakat berkembang

d)

Perdagangan antarabangsa meningkat

19.
Bagaimanakah konsep kehidupan masyarakat yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Barat?
a)
Kebebasan mengamalkan sebarang agama
b)
Kemajuan pesat dalam hal kebudayaan
c)
Kesejahteraan semua lapisan masyarakat
d)
Keutamaan pembangunan lahiriah
20.
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan gambar tersebut?
a)
Peningkatan status masyarakat
b)
Pengenalan sistem tulisan
c)
Peralatan pertanian
d)
penggunaan alat pengebumian
21.
Sebagai pembesar pada zaman Dinasti Chou di China
Bagaimanakah anda membuktikan kesetiaan kepada raja?
I         Melafazkan taat setia
II        Menyerahkan Ufti
III       Melindungi Rakyat
IV       Memberi bantuan ketenteraan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
22.
> persatuan tukang kayu
> persatuan tukang logam
> persatuan tukang kulit
Bagaimanakah persatuan di atas dapat menjamin kemakmuran ekonomi dalam tamadun India?
a)
Melatih pekerja baru
b)
Mengawal harga barang
c)
Mengeluarkan Matawang
d)
Menyediakan tempat berniaga
23.
Bagaimanakah status golongan pedagang boleh berubah kepada kelas yang lebih tinggi dalam tamadun China?
a)
Membayar cukai
b)
Mengumpul harta
c)
Memberikan Taat Setia
d)
Meningkatkan Tahap Pendidikan
24.
Kerajaan Funan berubah dari sebuah Kerajaan Agraria kepada Kerajaan Maritim
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
a)
Kekuatan Tentera
b)
Perluasan Empayar
c)
Kemajuan Pelabuhan
d)
Pertambahan Penduduk
25.
Bagaimanakah perang seperti ini boleh di elakkan daripada berlaku pada masa kini?
a)
Mengimbangi taraf ekonomi antara kaum
b)
meningkatkan persefahaman penduduk
c)
memperkuat bidang ketenteraan
d)
meningkatkan kemajuan infrastruktur
26.
Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu yang pertama.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
a)
Penyebaran Agama Islam
b)
Kemunculan kerajaan baharu islam
c)
Penentangan orang Arab Quraisy terhadap islam
d)
Pemisahan antara Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam
27.
Mengapakah keadaan di Madinah kurang aman sebelum kedatangan Islam
I         Keluasan wilayah
II        Ketiadaan ajaran agama
III       Perbalahan antara suku Arab
IV       Penguasaan ekonomi oleh Yahudi
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
28.
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi?
a)
Menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah
b)
Melindungi tradisi masyarakat Arab
c)
menamatkan permusushan dengan Rom
d)
Memberi panduan pemerintahan berasaskan Islam
29.
Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik orang Kristian untuk memeluk Islam.
Mengapakah orang Kristian berminat memeluk Islam?
a)
memberi penekanan kepada kecemerlangan individu
b)
mengutamakan kemewahan didalam kehidupan
c)
memperkuat kedudukan sesuatu bangsa
d)
menjamin kemuliaan keturunan
30.
Pada zaman Khulafa Al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.
Apakah kebaikan sistem tersebut?
a)
menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
b)
meneruskan tradisi masyarakat arab
c)
mendapat sokongan orang bukan Arab
d)
Menjamin kesinambungan pemerintahan
31.
Bagaimanakah pedagang islam berupaya menarik minat penduduk Asia Tenggara mendalami ajaran Islam
a)
Menulis kitab agama
b)
Mendirikan madrasah
c)
mengamalkan sikap jujur
d)
memuliakan kedudukan raja
32.
Ajaran islam disebarkan dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara selepas Raja memeluk islam. keadaan tesebut berlaku kerana masyarakat Asia Tenggara?
a)
taat kepada pemerintah
b)
tabah menghadapi cabaran
c)
bersepakat dalam perjuangan
d)
bekerjasama untuk kesejahteraan
33.
>sistem pendidikan madrasah<
Apakah ciri sistem pendidikan tersebut?
I      Dilaksanakan secara kelas
II     waktu pembelajaran fleksibel
III     Pendidikan adat
IV     pendidikan diawasi oleh mudir
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
34.
Bagaimanakah laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad ke-16?
a)
Menjaga keselamatan perairan
b)
Mengetuai protokol Istana
c)
Mentadbir kemudahan di pelabuhan
d)
Mengawal keselamatan dalam negeri
35.
Mengapakah Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada zaman gelap?
a)
memiliki banyak hartanah
b)
berhak mengutip cukai
c)
mendapat sokongan petani
d)
bergiat dalam perdagangan
36.
Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman kemuncak pertengahan.
> artisan
> pedagang
> Ahli Perbankan
Apakah Faktor kemunculan golongan tersebut?
a)
kehadiran orang gasar
b)
kemunculan bandar besar
c)
kekuatan institusi parlimen
d)
kelahiran golongan baron
37.
Senarai berikut  adalah undang undang tanah yang diperkenalkan oleh British 
> peraturan tanah perak 1879
> peraturan tanah sungai ujong 1887
> Kanun tanah Selangor 1891
Apakah kesan pengenalan undang undang tersebut terhadap penduduk tempatan?
I        pengenalan sistem cukai mengikut jenis tanah
II      Pengutipan hasil hutan dengan kebenaran raja
III     pemilikan tanah individu tanpa had
IV    Permohonan Tanah melalui pejabat tanah
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
38.
Bagaimanakah Land Settlement Order yang diperkenalkan oleh British di Sarawak pada tahun 1933 dapat melindungi tanah milik peribumi?
a)
penetapan harga yang tinggi
b)
pemindahan hak milik secara warisan
c)
peningkatan kadar bayaran sewa
d)
penghapusan cukai tahunan
39.
Apakah ciri tamadun awal manusia yang berkaitan dengan maklumat berikut?  
• Hieroglif
• Cuneiform
• Ideogram 
a)
Bahasa dan tulisan  
b)
Organisasi sosial  
c)
Sistem pemerintahan  
d)
Agama dan kepercayaan
40.
Dalam sistem pemerintahan Tamadun Mesopotamia raja dianggap sebagai Tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.
Apakah sistem pemerintahan tersebut?  
a)
Tirani
b)
Oligarki  
c)
Teokrasi  
d)
Monarki